Santai @ Janda Baik with Brahims



Assalamualaikum


Rindu nak pergi camping trip! Hampir genap setahun yang lalu aku pergi camping trip dengan Brahims ni sebenarnya... Sekarang baru sempat nak update. Haaa.. nampak tak betapa sibuknya life aku! hahaa


Brahim's bole la kot amik contract kami jadi duta! hahaaa #verangan

Mobile cafe!
BBQ Night!



Setiap orang akan dapat 2 set adventure pack ni. Macam ala2 ration askar tu, siap dengan heat pack. So tuang air jer dalam plastik untuk panaskan pack ni. Senang nak bawa pergi camping. Pack ni memang dah selamat aku bawa pergi trip Taiwan haritu. hahaa.. Memang naisss!


Camping trip ni 3 hari 2 malam. #100millionstarshotel


Nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan
 

Good morning gaisss!     

Aku pun baru tahu sebenarnya Brahim's ni ada group outdoor dorang yang buat banyak trip hiking & camping around Malaysia & juga ke luar negara. Selama ni yang aku selalu jer beli pek Brahim's ni bila travel pergi overseas.

Selalu trip yang dianjurkan oleh Brahim's ni memang hot seat! Sekali open terus sold out dalam masa beberapa minit. Mungkin sebab tu dia jarang up trip kat orang luar. Camping trip ni pun sebab kawan adik aku yang folo rapat dengan Brahim's ni ajak so dia secure seat untuk kami la. Hahaaaa... 

Sebab apa trip dia ramai orang nak folo?? Sebabnya harga murah & dapat banyak gler freegift barang-barang camping! Sapa yang tak mau kan! Memang berbaloi-baloi bak ang! Sis pon teruja la juga! haha


Jom Santai Janda Baik @ Riverside. Ni sebenarnya last camping trip yang dianjurkan oleh Brahim untuk tahun 2018. So sepanjang tahun memang every month dorang akan ada trip. 

 
 
Ni kira trip penutup la dia buat tema santai-santai jer tepi sungai. Sebab sepanjang tahun tengok trip dia macam hardcore juga gunung yang dorang pergi. Hahaaa

 
Korga aka G7 gaiss!


Meriah camp site dia. Yang tak de khemah tido bawah fly jer dengan sleeping baf. Sapa yang ada khemah sendiri boleh bawa & pacak kat sini. 

Syok tengok dorang punya khemah especially yang bawak 1 family dah macam banglo mewah! hahaaa.. Siap kerusi meja tilam bantal bagai! Alatan camping semua lengkap dengan periuk pinggan mangkuk! hahaa



Kemah ada belon-belon uolls!




Abam Long, orang kuat Brahim's
Sweet ni pak cik ni & mak cik ni bawa 1 family camping!
with Owner Brahim's!

Barisan crew2 yang sporting!

Acara yang ditunggu-tunggu, tresure hunt & team building!

Group photo!

Team Ledang! #bestbestbest

Our Badge
 
 
Nama group dinamakan sempena nama-nama gunung yang ada kat Malaysia ni. Team Ledang, Tahan, Kinabalu, Batu Putih dan lain-lain lagi.



Team gadis-gadis ke tu! hahaa








Berkerut hoiii nak jawab soalan treasure hunt nih! hahaa


chill dulu gaisss!

Susah juga nak jawab soalan dia! hahaaa... Bukan kaleng-kaleng





Macam-macam halangan yang perlu ditempuh! Kalau terkena tali kena ulang balik dari awal.. hahaa





Demmit merangkak dalam lecakkkk!


Bagus team aku ni.. Memang support each other!




Musz, Ana & Nadz
 
Malas nak masak ration, kami makan kat luar! hahaa



Petang tu sambung acara sukaneka pula. Macam-macam games yang ada.


Lari dalam guni! Mengah woii! hahaa




Isi air dalam cawan yang berlubang! Sampai bila nak penuh macam ni! hahaa
Basah lenjun semua!

Lepas tu acara cari gula-gula dalam tepung. Tapi ada satu kemalangan yang telah berlaku disebabkan trek yang basah main air tadi. So licin. Ada orang tergelincir masa tengah excited main games ni. Aku tak perasan siapa yang jatuh tu sebab ramai yang tolong angkat dia... Rupa-rupanya si Mustakim! HUkalohh demo!..

Dia terjatuh terhempap tangan ke macam mana tak pasti. Sebab kejadian berlaku dengan sangat pantas masa tengah syok main games tuh. Dia cakap tangan dia rasa kebas dan tak rasa apa-apa. Kami semua pun bergegas la ke hospital terdekat. Kena turun ke KL jugak la dalam 45 minit ke sejam tengok keadaan trafik. Terus warded dalam emergency.


Terjun tiruk kat sungai sebelah campsite!

Firework!

Team Ledang champion gaiss! hahaaaa... Tasangka boleh menang! Memang terboekkk semua!





Esok pagi kami pon cepat-cepat packing & pergi la ke hospital. So memang parah gaisss tengok X-Ray tangan dia!


Allahu, seram tengok! Fuhhh... patah riuk tulang tangan! Malang memang tidak berbau!


Kena operation masukkan besi, kasi cantum balik tulang yang patah tu! 3-4 bulan mc! hahaa.. Untunglarrrr..


Ehem2... cantik manis sekali orangnya....

Get well soon!



In a nutshell, kalau nak pergi hiking, camping atau buat apa-apa aktiviti lasak pun kena berpada-pada gaisss! Keseronokan boleh bertukar jadi tragedi! Kecelakaan memang kita tak dapat jangkakan. Bila-bila boleh berlaku. Jadi kena harus waspada. Kalau kemalangan tetap terjadi mungkin ia takdir yang harus kita redha. 


Apa pon, semoga cepat sembuh Musz! Dah setaon pun. Besi kena keluarkan tahun depan katanya. Ohh come on, jangan serik nak pergi camping lagi! hahaaa





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS