Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Hari ni kita nak ke Afrika gaisss! Waka-wakaaa eyyy ehh..... Bukit South Africa (juga dikenali sebagai Bukit Baka/Bukit Unyang) yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ialah lokasi hiking popular kerana pemandangan tanah merah dan batuan gondolnya yang menyerupai pemandangan savana di Afrika Selatan. Gunakan Waze/Google Maps ke Bukit Baka Salak Tinggi atau kawasan kejiranan Taman Seroja / Medan 8. Parkir kenderaan di parking yang disediakan secara berhemah tanpa mengganggu laluan penduduk. Flight nak mendarat dah gaiss! Cabaran utama di Bukit Unyang / South Africa Sepang ialah tiada langsung trail mark. Kawasan ini bukannya trek hutan simpan rasmi yang diselenggara, sebaliknya kawasan lapang bekas kuari dan laluan tanah merah. Sebab itu tiada penanda ( trail marking ) atau papan tanda rasmi. Panduan Supaya Tidak Sesat Guna Aplikasi GPS/Trek: Sebelum mula mendaki, muat turun trek menggunakan aplikasi seperti Wikiloc, Strava, atau AllTrails. Cari lal...
Assalamualaikum.... Selamat datang 2014! Hari ni aku nak share senarai baldi aka 'my bucket list'. 100 things to do before I die! Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun, aku nak buat aktiviti2 & benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan teringin sangat nak buat. Lepas aku buat, aku akan share tips & lokasi yang menarik yang aku dah pergi sebagai rujukan & panduan klu korg nak try. Selalu pun aku just tulis 'done my list'! Jadi ramai member2 yang tertanya2 ape sebenarnye aku punye wish list tu.... heheehh So, lets check it out! 1. Paragliding. Done! 2013 - hiking & paragliding di bukit jugra 2016 - Paragliding Jugra with Planta 2016 - Paragliding Kuala Kubu Bharu with Planta 2. Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Done! ...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum Fuhhh dah bersarang blog aku nih!. Baru sempat nak update. Kali ni story pasal misi Kinabalu ada dalam Majalah BackPackerz Vol 3 edisi April 2016! Memang menarik betul majalah ni untuk kaki2 travel & backpackers! Kebetulan plak aku baru je balik dari trip Surabaya & Jogja! Ade pulak story pasal terjah Jogja dalam nih! Fuhhhh memang mengimbau betul! Memang best gler majalah nih! Magnet Kinabalu! Mana nak dapat majalah ni??? Hurmmm memang majalah ni tengah hangat di pasaran! Jenuh jugak aku cari kat banyak kedai semua dah sold out! Korang boleh cari kat kedai-kedai buku Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat kiosk2 myNEWS.com. Beli online pon boleh jugak! Boleh usha kat fb BackpackerzMag ! Tu diaaaa... gambar poskad aku kemain besaq! Teruja kejap! hahaaa Story pasal Adam & Team Anak Gunung! In a Nutshell,TQ Backpackerz Magazine! So cepat-cepat pergi beli s...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Assalamualaikum Rasa macam panas sangat la cuaca kat Malaysia sekarang ni. Panas bahang dia sampai tak boleh nak bincang! Rasa macam nak pergi main salji! hahaa Walaupun kat sini tak de salji, tapi ada la beberapa tempat yang korang boleh try rasa sejuk dan suasana ala-ala kat salji : Snowalk I-City, Shah Alam Genting Snoworld Banyak jugak nak kena bayar masuk sini. Fuhhh... Entrance jer dah RM3. Parking RM3. Nak naik tram ke rumah 4 musim RM5 kalau tak silap. Nak sewa basikal pun boleh Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini. BULAN KUTUB UTARA KUTUB SELATAN MUSIM Disember - Februari Mac – Mei Jun – Ogos September - November Salji Bunga Pana...
Assalamualaikum Macam dah lama tak hiking kan.. So kali ni kita pergi trek yang mudah je la... heheee Anggaran dari KL: lebih kurang 45 km dari Sungai Besi Toll ke Bandar Ainsdale, jadi biasanya sekitar 40–60 minit, bergantung trafik. Dalam Bandar Ainsdale, navigate ke The Rock, Hiking Trail. Lokasinya sekitar 1 km dari kawasan Bandar Ainsdale Lake Park. Tahap: Beginner / mudah Jarak: sekitar 1–2 km untuk loop pendek, ada laluan yang boleh jadi lebih panjang. Elevation gain: kira-kira 58–68 m untuk loop pendek. Masa: lebih kurang 35–60 minit, bergantung laluan dan pace. Permulaan trek bertangga Into the woods Ada hutan buluh Ada buai. Tapi macam dah nak roboh! hahaaa.... risau timpa kepala Ada signboard map So tak de risau tersesat. Trek dia nampak jelas & proper fuhh lega dapat teguk air sejuk.. cuaca sangat panas gaiss! Air kemenangan di puncak! 100PLUS PRO High Protein is an all-in-one functional drink that helps with hydration, muscle re...
Happy New Year 2020 ��
ReplyDeletehappy new year too!
Delete