Movie yang best boleh layan masa PKP


Assalamualaikum


Wassap gaiss! Macam dah lama blog ni terbiar sepi! Hahaaa.. Now tengah musim kuarantin kat rumah ni la baru sempat nak update. Disebabkan ada masa terluang ni, boleh la sis marathon tengok movie yang dah lama sis nak tengok. Jom layan....



Contagion adalah filem thriller medik yang bercerita tentang virus yang berasal dari China yang dibawa oleh seorang bussinesswomen (Gwyneth Paltrow) yang kemudian pulang ke Amerika Syarikat. 

Pada tahun filem ini dikeluarkan iaitu tahun 2011, ia digarap kepada wabak SARS. Tapi filem ni seolah perkara yang terjadi kepada dunia harini dengan Wabak Coronavirus, Covid19 yang berasal dari najis kelawar.

“Contagion” juga cuba membawa perspektif tentang usaha di belakang tabir penciptaan vaksin yang perlu dilakukan, serta yang lebih penting kajian tentang perubahan manusia yang akan berlaku, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.


Rating : 8.5/10



Sebuah filem Korea Selatan yang diberikan judul “Gamgi” dan dikenali sebagai “The Flu” bagi pasaran antarabangsa, filem ini membawakan tentang penyebaran wabak selesema disebabkan oleh jangkitan virus H5N1 yang mampu membunuh pesakit dalam tempoh 36 jam.

Selepas satu operasi membanteras kemasukan pendatang haram mendapati pendatang yang dikurung meninggal dunia akibat satu jangkitan misteri. Dua individu yang bertanggungjawab menyeludup mereka juga mengalami jangkitan. Satu-satunya pendatang asing yang terselamat pula melarikan diri.

Usaha untuk melakukan kuarantin gagal dilakukan selepas jangkitan mula merebak, sehingga memaksa bandar Seoul ditutup aksesnya. Kerajaan Korea Selatan melakukan banyak perkara di luar jangkaan bagi melindungi wabak yang mula membunuh ramai nyawa. Cerita ni sedih terutama watak ibu dan anak dan abam bomba yang sanggup berkorban nyawa!

Film arahan Kim Sung-Su ini dibintangi oleh Jang Hyuk (Volcano High, Windstruck) dan Soo Ae (A Family, Sunny).


Rating : 9.5/10



Deranged (2012) Satu lagi film asal Korea Selatan bertema pandemik. Film ini mengisahkan mengenai penyebaran virus bernama “yeongasi” yang mana korbannya yang terkena infection akan sentiasa berasa haus dan akan menenggelamkan dirinya di dalam sungai. Ini merupakan cara agar virus yang bersarang di tubuh mangsa dapat keluar melalui dubur atau mulut.

Dikisahkan, 1 keluarga terkena virus iaitu ibu dan dua anaknya. Manakala bapanya berusaha sehingga mempertaruhkan nyawa untuk mencari ubat di tengah wabak yang sudah menyebar di seluruh negeri. Disebabkan sebiji ubat manusia sanggup berbunuhan. Cerita ni pon sedih! Sediakan tisu siap2 bagi anda yang berhati tisu!

Rating : 9.5/10



Film 28 Days Later bercerita tentang virus yang disebarkan secara sengaja melalui beberapa ekor monyet oleh sekelompok aktivis pencinta binatang. Dalam waktu singkat, manusia yang terkena virus itu berubah menjadi pembunuh yang makan orang aka Zombie. 

28 hari setelah virus tersebar, Jim (Cillian Murphy) tersadar dari koma di hospital. Dia mendapati tiada siapa pun di hospital tersebut. Sewaktu dia keluar dari hospital dan berjalan sehingga ke kota London, semuanya kosong. Tidak ada orang satu pun. Hanya ada tanda-tanda bencana dan kerosakan infrastruktur. 

Dalam keadaan bingung tersebut, Jim diserang zombie. Dia selamat setelah dibantu oleh Selena (Naomie Harris) dan Mark (Noah Huntley). Kedua manusia yang juga selamat ini memberi tahu kemungkinan virus telah menyebar ke seluruh dunia.

Cerita ni memang suspen & terkejut! Bersedia la untuk menjerit sambil melompat atas katil! hahaa.. Zombienya pon sangat ganas!


Rating : 9/10



Virus dahsyat yang memusnahkan Negara Britain secara misteri muncul kembali dalam sekuel 28 Days Later. Enam bulan telah berlalu sejak virus yang menyebabkan penduduk Britain berbunuhan dan memusnahkan segala apa yang ada di seluruh bandar. Kini tentera A.S. telah menyatakan kemenangan dalam perang melawan jangkitan yang cepat merebak ini. 

Apabila proses pembinaan semula dijalankan dan gelombang pertama penduduk asal daripada luar negeri kembali ke Britain, sebuah keluarga yang terpisah iaitu dua orang anak dan bapanya berasa gembira dapat bertemu semula. 

Ibu mereka dah digigit zombie & bapanya telah meninggalkan ibunya di suatu pekan dan ingat ibunya telah menjadi zombie yang ganas. Tapi sebenarnya, ibu mereka yang terkena virus sebenarnya mempunyai antibodi yang kuat setelah diserang zombie. Cerita ni awal-awal lagi dah sangat tragis dan sedih! Kena sediakan tisu jugak bagi yang berhati tisu! Zombie dia memang ganas dan makin kuat! 

Katanya akan ada sekuel 28 Months Later pula. Tapi try cari xde pulak. Ermm, harapan pelesu.... 


Rating : 8.5/10 



Filem arahan Steven Spielberg ni memang epik mengenai kisah sebenar semasa D-Day WWII. Cerita ini dibuka dengan sebuah prolog yang membawa seorang lelaki ke tanah perkuburan Amerika di Normandy, dan kemudian flashback, Ryan telah menyertai Kapten John Miller (Tom Hanks) dalam pendaratan pada 6 Jun 1944 di Omaha Beach untuk menghadapi tembakan artileri Jerman yang dahsyat. 

Filem perang Saving Private Ryan (1998) arahan Steven Speilberg dianggap sebagai filem perang terbaik yang pernah dihasilkan. Filem tersebut bukan sahaja memaparkan gambaran perang yang agak kejam dan menakutkan, tetapi sebenarnya turut menceritakan kisah yang pernah berlaku kepada anggota tentera Amerika Syarikat (AS), Federick “Fritz” Niland dan juga polisi Jabatan Perang AS ketika itu dalam mengelakkan sesebuah keluarga itu kehilangan semua anak lelaki mereka ketika berlaku perang. 

Beberapa hari selepas berjaya menawan Pantai Omaha (Seperti yang ditunjukkan diawal filem), Captain Miller menerima misi dari pemerintah tertinggi tentera, iaitu selamatkan Private James F. Ryan (lakonan Matt Damon), anggota tentera yang baru sahaja kematian 3 abangnya semasa perang dalam tempoh 1 minggu. 

Private Ryan ketika itu dikenalpasti sebagai satu-satunya “anak lelaki” yang masih hidup dan Jabatan Perang AS mahu dia diselamatkan dan dihantar pulang. Cuma masalah yang mereka hadapi, kedudukan Private Ryan tidak diketahui dan Captain Miller serta pasukannya ditugaskan untuk mencari askar tersebut yang disyaki berada jauh dibelakang garisan musuh. 

Berapa ramai anggota yang terkorban sebab nak selamatkan Private Ryan. Adakah berbaloi pengorbanan dorang ni? Korang memang kena tengok movie ni! Aksi perang dia memang penuh suspen, thrill & Padu beb! 


Rating : 9.8/10


Parasite mengupas kehidupan keluarga Kim Ki Taek, seorang pemandu dan isterinya Choong Sook, serta dua orang anak mereka yang sudah meningkat dewasa. Mereka berempat tinggal di sebuah apartmen bawah tanah yang tidak layak dihuni. Keluarga ini mengharungi kesempitan dalam hidup dan hanya bergantung pada kerja melipat kotak piza untuk menjana pendapatan.

Namun pada satu hari, Ki Woo, anak lelaki Ki Taek dan Choong Sook, mendapat pekerjaan untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris, membolehkan mereka menjana pendapatan yang lebih banyak. Pekerjaan ini ditawarkan oleh teman rapat Ki Woo yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka bermulalah keluarga ini berfikir strategi untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka yang serba miskin.

Beberapa adegan yang menonjolkan betapa bezanya hidup manusia dari dua golongan kelas berlainan – mengukir senyuman pahit di wajah kita. Macam-macam perasaan yang korang akan rasa bila tengok movie ni. Ada rasa happy, sedih, marah, rasa terhina dan macam-macam lagi.

Rating : 9.8/10


The Platform merupakan film berbahasa Spanyol dengan genre horor-thriller. Kisahnya bercerita tentang kehidupan di dalam sistem penjara vertikal. Sebuah kisah berlatar suasana penjara bertingkat dimana kat tengahnya ada satu platform yang akan turun setingkat setingkat.

The Platform berkisar tentang watak bernama Goreng (bukan pisang goreng) yang mana mahu masuk ke penjara untuk mencepatkan diplomanya. Di dalam penjara pertingkat yang dimasuki, makanan diletakkan di atas satu platform dan kemudiannya akan turun tingkat demi tingkat. Goreng menyaksikan satu struktur hidup penjara yang cukup sukar dimana ketamakan prisoner di atas menjadikan prisoner di bawah kelaparan.

Orang yang di tingkat 1 akan dapat makanan mewah, manakala orang di tingkat makin bawah akan makan lebihan makanan orang tingkat atas. Sebab apa, sebab orang atas makan lebih dan tak ingat orang lain.

Filem ni memang metafor tentang kapitalis. Tentang orang atas yang kekal kaya, dan orang bawah yang kekal miskin. Tentang tamak dan haloba.

Filem ni ganas, ada unsur kanibal, dan penuh darah. Tak sesuai untuk budak budak. Diingatkan filem ini adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja dan anda perlu ‘bijak’ untuk menontonnya. Jika tidak, anda akan rasa The Platform adalah sebuah filem yang bosan.

Rating : 7.5/10



Di masa depan di mana penduduk terlalu banyak dan kebuluran telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan "Polisi Satu Anak" yang drastik menyebabkan tujuh beradik kembar yang sama menjalani kehidupan secara rahsia. 

Dibesarkan oleh datuk mereka (Willem Dafoe) yang mendidik mereka dan menamakan mereka - Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday and Sunday. Mereka masing-masing boleh keluar sekali seminggu mengikut nama mereka secara bergiliran dan menggunakan identiti mereka sebagai Karen Settman (Noomi Rapace). 

Satu hari, Monday telah keluar pergi kerja, tapi dia tak balik ke rumah. Apa telah terjadi kepada Monday, kemana dia telah pergi? Haa korang kena layan cerita ni sampai habis. Cerita ni tragis sebab dorang kena bunuh bila ada orang dah tahu rupanya mereka adalah 7 beradik sebenarnya yang telah hidup selama bersembunyi selama 30 tahun.


Rating : 9.3/10



Kisah bermula dengan Jin-seok, seorang remaja yang sangat mengagumi abangnya iaitu Yoo-seok. mereka dalam perjalanan bersama kedua ibu bapanya ke rumah baru yang akan mereka duduki. Apabila sampai ke rumah berkenaan, Jin-seok seakan pernah datang ke rumah itu sebelum ini namun tidak mengetahui bila. 

First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-seok nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil tu sebab dia sorang je yang dengar bunyi pelik-pelik. Dah la aku tengok sorang-sorang. Hahaaa.. Walaupun seram, curious juga nak tahu benda tu jadi sebab memang ada hantu ataupun sebab Jin-seok sakit.

Pada suatu malam, abang in-seok membawanya keluar berjalan jalan walaupun waktu itu hujan lebat. Yoo-seok ingin menenangkan adiknya itu kerena Jin-seok sering mendengar bunyi yang pelik dalam sebuah bilik di dalam rumah mereka itu. Namun, malam itu Yoo-seok telah diculik oleh orang yang tidak dikenali dan adiknya tidak sempat menyelamatkannya. 

Jin-seok hanya sempat mengingati nombor kenderaan yang telah menculik abangnya namun pihak polis mengatakan bahawa nombor plate berkenaan tidak wujud dan tidak berdaftar dengan mana mana kenderaan ditempat itu. 

Yoo-seok akhirnya berjaya dijumpai selepas 19 hari hilang, namun dia tidak mengingati apa yang terjadi ke atasnya selama 19 hari itu. Namun Jin menyedari kelakuan abangnya telah berubah dan tidak seperti sebelum dia di culik. Begitu juga personaliti ibu dan ayahnya. 

Apa jadi lepas tu memang mind blowing! Memang korang tak akan jangka plot twist dia. Cerita ni pon memang sedih mengenai pembunuhan keluarga dan seorang adik yang terdesak untuk mendapatkan wang demi menanggung kos pembedahan abangnya. Memang tragis dan sadis!


Rating : 9.8/10


In a nutshell, kalau rajin boleh juga tengok movie-movie ni. Ni memang cerita favourite aku dari dulu sampai sekarang. Tengok banyak kali pon tak jemu! hahaaa :




Ok gais nanti ada masa sis sambung lagi movie yang best yang korang boleh layan masa perintah kawalan pergerakan ni! Kalau korang pun ada cerita best boleh suggest kat ruangan komen dibawah. #stayathome



kbai!














Comments

  1. assalamualaikum kak, ingat tak akak ada pergi bukit larut haritu? sekarang bukak lagi tak ? saya dtg bercuti kt taiping ingat nak pergi situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang sy xpasti buka ke tak. Cuba awak pergi jer kat situ dia dekat jer dengan taman tasik taiping tu. Ada signboard ke bukit larut. Kalau pintu pagar bukit tu buka maybe dah boleh naik. Kadang2 ade juga yang beriadah sambil hiking kat situ

      Delete
  2. movie² tentang pengembaraan okay juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat