Bukit Merah Laketown Resort, Perak


Assalamualaikum

Lamanya tak balik Bukit Merah ni. Ni sebenarnya hometown arwah abah dulu.


Bukit Merah Laketown Resort ini adalah destinasi popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan penginapan yang selesa di sekitar Tasik Merah. 


Kami nak p Pulau Orang Utan, tapi depa habaq ayaq tasik surut pulak. Bot xleh p dia dok sadai kat tepi tu.. Ermmm... nak kne ripit lagi la datang sini nampaknyer.. hahaa


moody plak dak tecik ni


Bossku ke tu? hahaa


Next time la kita mandi-manda kat waterpark pulak. Ni nak usha2 dulu apa yang menarik



Kami pi Petting Zoo sebab kids ni animal lover. 


Bagi pencinta haiwan, terdapat peluang untuk melihat haiwan-haiwan yang mesra seperti ayam dan arnab, serta haiwan liar seperti buaya. Aktiviti sebegini amat sesuai untuk anak-anak anda yang sedang membesar kerana ia dapat membuka minda mereka untuk menerokai dunia baru.


Excited betul nak bagi animals makanan


Harga tiket cuma RM10 dan anda juga boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini yang dijual dengan harga RM5 sebakul.



Pavilion Petting Zoo Bukit Merah Laketown Resort




Mak sis berani rileks je dia pegang ular! Sis yang geli nak pegang. hahaa




Jinak rabbits kat sini.







Naik kereta electric sekitar resort. Satu kereta RM30. Banyak spot boleh ootd.






In a nutshell, dengan landskap semula jadi yang menakjubkan dan kemudahan yang lengkap seperti taman tema air, kolam renang, dan aktiviti lasak, resort ini menarik pengunjung dari pelbagai latar belakang. 

Ia juga menjadi destinasi yang ideal untuk percutian keluarga atau pengunjung yang mencari keseronokan dan ketenangan alam semula jadi.
 

Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS