Ban Pecah, Perak
Ban Pecah terletak di mukim Kuala Kurau dan
Tanjong Piandang di Daerah Krian, Perak. 45 km dari Bandar Taiping.
Ban Pecah kini dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di negeri Perak. Ia telah diiktiraf oleh pihak berkuasa pelancongan dan dimasukkan dalam daftar peta tempat2 yang sesuai dikunjungi di negeri ini.
Penerangan makna Ban
Ban ialah struktur tebatan air / banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah.
Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras air banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang Perak struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantai bagi mengelakkan hakisan ketika ombak kuat.
Nama Usul “Ban Pecah”
Ban Pecah ini seolah-olah memisahkan kawasannya kepada dua bahagian. Sebelah laut Selat Melaka dan sebelah lagi hamparan sawah padi yang luas menghijau.
Nama “Ban Pecah” ini diambil sempena suatu tragedi yang mana “ban” atau benteng yang memisahkan laut dan kawasan penduduk. Tidak terdapat makna khusus dalam Kamus Dewan ataupun dalam Bahasa Melayu tetapi loghat bagi negeri di bahagian Utara mengistilahkan “ban” sebagai batas yang memisahkan antara sawah padi atau bahasa mudahnya adalah sempadan. “Ban” juga bermaksud ombak pantai berpecah sehingga merosakkan kawasan.
Pada awal 1960-an, Ban Pecah hanyalah sebuah perkampungan petani dan nelayan. Bagi penduduk setempat, Ban Pecah adalah kisah duka penuh tragedi. Dari hari ke hari, ada saja tanah tempat mereka mencari rezeki musnah di depan mata. Hakisan menyebabkan tanah bendang dan rumah mereka runtuh hanyut dibawa ombak deras. Amukan ganas laut itu berterusan sehingga ke tahun 1970-an.
Ban Pecah juga selalu dikaitkan dengan sumpahan si anak yatim. Memang cerita ini sudah berlegar sekitar tahun 1960-an. Konon ceritanya amukan laut ini adalah akibat sumpahan anak yatim yang teraniaya.
Harta peninggalan yang diamanahkan kepada bapa saudaranya tidak ditunaikan mengikut perjanjian asal. Dua beradik yatim piatu itu dibiarkan hidup merempat dan dinafikan hak mereka kepada hasil harta tersebut. Kedua2 beradik ini kemudian melarikan diri ke tempat lain.
Mengiku ceritanya, mereka ini berdoa agar bapa saudaranya yang zalim itu ditimpakan bala dan diberikan balasan sewajarnya. Maka dari situ timbul dan popularlah mitos sumpahan anak yatim kepada tragedi runtuhan tanah sawah di kawasan itu.
Sekitar tahun 1980-an, dengan terbinanya benteng konkrit sepanjang kira-kira 10 kilometer dari pesisir pantai Tanjung Piandang ke Kuala Kurau, hakisan tanah sekitar kawasan itu mula reda. Maka Ban Pecah mula menampakkan wajah ceria. Pengunjung yang datang pula tergoda dengan keindahan alam sekitar kawasan ini yang kelihatan unik dan menawan.
Sudah semestinya lokasi ini ibarat syurga atau 'port' terbaik bagi kaki pancing dari serata negeri di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai spesies ikan yang ada di sini khususnya sembilang dan pari.
In a nutshell, dengan pantulan cahaya matahari di atas permukaan laut, bunyi deruan ombak, dan angin sepoi-sepoi yang menyegarkan, Ban Pecah adalah tempat yang ideal untuk melepaskan tekanan dan mencari ketenangan.
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!