trip Perlis


Sambung cerita jalan-jalan di Perlis


Singgah di Pasar FAMA Perlis


Kalau dah mai perlis ni kita memang teringin lah nak try mangga harum manis nih. 
Harga dia keras ehh!!


Beli 3 kilo RM90 tapi dapat lah dalam 6 biji jer... tudiaaaa aihh! 

Sedap sangat ke ni??


Dapat juga ketemu long lost bestfriends masa zaman uni dlu kat Arau ni.. hehee.. rindunya dak tasya!


Last datang sini masa dak tasya ni kawen 10 tahun lepas kot. hehehh


Kat Perlis banyak cafe2 hipster dah sekarang. So kami pun singgah breakfast kat Arau Kopi


Arau Kopi terletak di sebuah lorong kecil di kawasan kampung yang hanya boleh dilalui satu kereta sahaja pada satu masa. Kedudukan papan tanda Arau Kopi di hadapan lorong pula agak tersorok, kita perlu perhatikan dengan teliti supaya tak terlepas untuk membelok masuk lorong.


Menu di Arau Kopi. Konsep di sini - ambil sendiri kad menu dan kertas pesanan di hadapan kedai, kemudian isi dan serahkan ke kaunter pesanan. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja.


Makanan dia sedap. Cuma kedai dia agak sesak sebab dalam kawasan rumah & memang ramai betul orang. hehee


Ni alamat dia :

136,Jln Chin Ali,Kubang Gajah,02600 Arau, Arau, Malaysia


Waktu operasi :

Setiap hari | 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tutup | Jumaat


Kampung Wai

Kampung Wai di Kuala Perlis bagaikan sebuah “alam baharu” yang sangat mempersonakan. Ia merupakan pembinaan terusan sepanjang 3 km dari Kampung Wai ke Muara Kuala Perlis.

Mereka yang mencintai alam semula jadi dan menikmati keindahan dengan menelusuri bukit batu kapur berusia 500 juta tahun dengan berkayak boleh berkunjung ke Kuala Perlis. Air terusan disini berwarna kehijau-hijauan mengalir tenang antara bukit-bukau batu kapur yang menambahkan lagi keindahan pemandangannya. Keindahan flora dan fauna pastinya mengamit pengemar aktiviti kayak.


Terowong yang membelah bukit batu kapur dengan kayak di terusan Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Kampung Tebing Tinggi, Bintong ini sejauh 765 meter. Terdapat perkhidmatan kayak yang disediakan iaitu dari Kayak Dahagi Perlis dan Kayak Nakawan Perlis.


Kami tak sempat lah nak naik bot or berkayak sebab rushing nak pulang ke KL. Maybe next time.




OOTD lu


Sebelum balik, singgah di Kampung Warna Warni atau nama sebenarnya Kampung Seberang Ramai merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik dan menarik. 

Kampung ini tidak hanya menawarkan panorama yang memukau, tetapi juga menonjolkan kreativiti seni mural yang menghiasi setiap sudut rumah-rumah penduduk

Teringat macam sis pergi dekat indon dulu :



In a nutshell, moga ada rejeki lagi nak datang Perlis! 

See ya!











 

Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha