10 KM RUN



Assalamualaikum...



SDGG 10KM RUN 2013!

Aku memang dah lame teringin nak masuk acara larian ni. Bile dah dapat peluang macam ni ape lagi, aku antara orang terawal yang register nak masuk. Nampak nau excited!..Hahaa

Tapi sebenarnye time sekolah-sekolah dulu, aku lah orang yang paling benci skali nak masuk acara lari-lari ni terutamanya merentas desa. Memang nak surrender awal-awal, tak pun pergi menular kemana-mana mase lari tu..hehee..

Mampu ke aku nak lari 10km ni..ermm..Sila abaikan meja yang bersepah tu! 


Sekarang ni baru aku sedar, berlari ni baik untuk kesihatan. Masa kat universiti dulu pun selalu je kene buat latihan fizikal (PT) pagi-pagi. Keliling padang, side roll, forward roll, star jump, squad jump sume..

Semput mak~

Itu zaman universiti, skang ni dah berape lame tak exercise..huhuuu..Berat pun dah naik. Sebagai persediaan untuk 10km run ni, ade la buat exercise sikit kat gym. Tapi baru lari 1km atas treadmill pun dah semput..Acane tu?...haish..


Ni nombor aku C3048. Nombor anda?
Takpe la. Ni pun first time nak masuk acara yang besar jugak la..So tak de nak harap ape-ape sangat. Suka-suka je. Dapat tamatkan sampai finish line pun dah kire ok la jugak kan. Hehee..


Aku heret adik lari skali ngan aku..hahaa
Ade macam-macam kategori untuk acara ni. Aku masuk kategori 'Women Open Junior'. Berbasikal pun ade jugak

Aku bersama Syida & Amal..Muka ceria sebelum start lari.


Masa aku datang tu pun macam dah lewat sebenarnye dalam 7.50. Terus dorang panggil semua peserta untuk berkumpul. Yang datang awal tu sempatlah nak beraerobik dan warm up. 

Yang aku & da geng sume baru sampai. Tak sempat nak warming up bagai terus pergi kat start line tu. Aishh...

Ape lagi, terus LARI........& LARI & LARI.


Ade sesi warm up & aerobik

Start & Finish line

Acara berbasikal pun ade jugak

Semua peserta dah sedia...Get set, go!
Masa 10 minit pertama boleh tahan lagi lari, pastu makin slow & slow. Masa tengok signboard, 8km to go..Mak aih, baru lari 2km dah semput. 


Pastu jalan je la..Sambung selang seli lari sikit jalan, jalan sikit lari. Orang-orang dia pun muka-muka tu je. Aku potong kau, kau potong aku..Hahaaa..semua dekat-dekat je..


Lari lari, kita lari! Agar kuat urat kaki. Urat dawai tulang besi...Lalalaa

Sepanjang route larian, ade beberapa water station. Ingat ke dapatlah grab 100 plus ke time lari tu, tapi air kosong je. Hamboih demand pulak..hahaa


Dapatlah jugak basahkan tekak yang memang dah kering habis time tu. Ditambah dengan cuaca yang panas terik pukul 9 pagi. Rasa macam mau pitam pun ade. Memang pancit..


Run Nadz Run! Yang belakang tu cepat skit...hehe



Dah tinggal 1km to go, rasa macam bersemangat balik. Sikit je lagi nak habiskan 1km run ni. Aku pun lari je la walaupun rase macam tak larat nak mampuih, heret adik aku sekali lari sama-sama. Ahhh....Akhirnya sampai jugak garisan penamat. 


"Mama always said life is like a box of chocolates, 
you never know what you're gonna get"


Tadaaaa!


Ni dia medal kami!

Kami pun tak sangka dapat jugak finisher medal masa kat finish line tu. Rasa macam dah jauh je ketiggalan kat belakang. Alhamdulillah....


Agak-agak kami ni bertuah tak? Zorro kelihatan cool je disitu...hehe


Lepas tu ade pulak acara penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah. Macam biaselah, aku & da geng muke sume tak bertuah..

Nak buat macam mane kan, tak de luck..hahaa..Tapi atleast dapat jugak la bawak balik medal & sijil. Apa lagi posing baek punye la..mih mih mih.


Acara lucky draw & penyampaian hadiah
Me with medal & certificate
Yeahhh!
KAMI



Mine!

Kalau korang nak tengok cerita pasal lari-lari ni yang boleh beri ilham & sangat memberi inspirasi, aku cadangkan Terry Fox & Forrest Gump..

Walaupun mereka melalui hidup berliku dan penuh cabaran tapi nothing impossible jika buat sesuatu dengan bersungguh - sungguh dan penuh azam.


Just run!






Terima kasih Sime Darby sebab telah merealisasikan impian aku nak masuk acara larian ni. Antara satu pencapaian yang membanggakan untuk diri sendiri...Hahaa..Lepas ni boleh la nak masuk lari-lari lagi..Marathon ke, Towerthon, Walkhaton..Jom sapa mau join?

In a nutshell, I have completed my list #7..


Toodles!


Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!