Jalan-jalan Bukit Tinggi


Assalamualaikum...


Kali ni, aku & da geng nak pegi jalan-jalan kat Bukit Tinggi. Bukan yang kat Indon tu, tapi kat Malaysia je. Perjalanan tak jauh sangat, dalam 45 minit je dari KL.
 Lalu highway Karak-Kuantan tu pastu ade Plaza Tol Gombak, RM5. Tak susah pun nak ke Bukit Tinggi ni. Ikut je signboard tu. Lepas tu rapat ke kiri, ambil simpang ke Bukit Tinggi.


Tadaaaa......dah sampai!

Cantikkan bangunan ni!
Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ni ialah tempat peranginan di Pahang berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale.

Di sini kena bayar tiket masuk. Dewasa RM12.00/pax . Tiket ni valid untuk masuk selama satu hari (boleh keluar masuk banyak kali). Tiket ni boleh access ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden.

Bonjourr~ Jel mapelle Nadz!...Feeling2 French gitu...
Tempat ni dibina berdasarkan bangunan sebenar di Alsace, Perancis. Pattern bangunannya hampir kesemuanya mengikut seni bina hiasan bangunan di Perancis dan membawa kembali ke zaman era romantis benua Eropah pada abad ke-16. Chewahh...!So kat sini bolehla berangan macam pergi bercuti kat oversea..hehee

With Wishing Well...Mai campak sekupang dua kupang...
kot2 wish come true..keh3
Ini orang ke rumah?? Camouflage dengan kaler pink..hehee



Ade stage performance jugak kat sini. Sementara nak tunggu pukul 3.30 tu, kami pun pegilah jalan-jalan dulu kat Japanese Village dan Botanical Garden.

Moshi-moshi
Konnichiwa!...Watashi wa Nadz!..Welcome tu Japanese Village..
Watashi wa Diana Desu!
Feeling2 Jepun plak kat sini..Keh3

Watashi Wa Kawaii!
Rumah Teh Jepun
 Kat Japanese Tea House ni ada beberapa biji rumah tradisional Jepun. Boleh try pakai baju tradisional Jepun, KIMONO dan bergambar dalam 30 minit dengan bayaran RM20/pax. Ade jugak upacara minum teh RM28/pax. Chalet dan spa pun ade. Scenery memang cantik!

Posing ayu...
Mai teh secawan!
Kawaii (comel) sangat rumah ni!


Tatami Spa
Kalau dapat buat massage kat sini mesti best! Penat berjalan nih..

Ume Tatami Suite
Macam rumah dalam citer Ju On la..Tiba-tiba rasa seram!...kih3 

Cweet Cangat ;p
Botanical Garden
Macam-macam jenis pokok dan bunga-bunga yang ade kat sini. Cantikkk sangat!


Warna warni


Restoran Jepun pun ade kat dalam taman ni. 
Tapi harga makanan dia memang mahal la..

Ryo Zan Tei Japanese Restaurant
View Deck

Both of us!

Dah puas bergambar dekat Kawasan Japanese Village & Botanical garden tu, kami turun balik ke Colmar Tropicale. Tengok stage performance, best jugak ade tarian koboi sume & penari sume import dari oversea..Agak seksi skit;p..hehehh

Nak naik kete kuda ni...
Faber Castle
Nadz vs Fiq
Tempat ni kecik je. Dah habis pusing-pusing semua tempat xtau nak pegi mane dah..Tak banyak sangat aktiviti yang boleh buat kat sini. Ade jugak untuk outdoor sports, tapi harga agak mahal la. Kitaorang layan main pool la..
Meh sini tunjuk skill skit...mih3..

Ni first time main pool..Fusyoo style!


Time to take off~


Chill je kat sini..
Zoom in
Respek!
Relaks!
Respond...Peace yaw!


Kesimpulannye, tempat ni memang menarik dan cantik dengan senibina bangunan yang unik dan romantik. Memang sesuai la untuk buat photoshoot ke honeymoon ke. Ade jugak tempat lain yang boleh dilawati seperti Rabbit Park & Horse Trail Ride. 


Sayounara!



Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS