Bukit Tabur West




Assalamualaikum.....




Kali ni aku nak hiking kat Bukit Tabur West pulak!


Bukit Tabur West, lokasinya juga terletak di Taman Melawati, Gombak berhampiran dengan Empangan Klang Gate. Diwartakan sebagai salah satu bukit yang membentuk permatang kuarza terpanjang di dunia lebih kurang 16 km. Berada dalam Hutan Simpan Hulu Gombak Tambahan 1 dan ianya boleh dilihat dari lebuhraya Kuala Lumpur Middle Ring Road (MRR2).


Pintu masuk Bukit Tabur West
 Biasanya kalau korang tiba di pintu empangan klang gate ni seawal jam 6.30 pagi sudah ada beberapa kereta yang parking dan beberapa orang sedang siap sedia untuk mendaki. Kalau datang lewat sekitar 7.30pagi, semakin ramai orang datang dan tempat letak kereta akan penuh.


Sweet angat olen2 nih!;p
Guide kitaorang harini cam biasa iaitu bro Ariff & cikgu otai! Trek starting kat sini pon lebih kurang macam Tabur east. Start2 terus naik mencanak.. sempot jugak iolls! koh koh koh


Cikgu pendekar langit ke 7 & Miju! Bergabung!.....
Jelmaan gegadis!
Dah nampak dah view dia!
Thorrbaekkk!
Trek bukit tabur West ni, permulaan korang akan mendaki sekitar 30 minit untuk sampai ke puncak yang pertama. Kat puncak ni korang dah boleh menikmati pemandangan matahari terbit.



Kat kawasan rabung batu ni memang feveret spot hikers2 suma tangkap gambar! Lawa giler view kat sini! kawasan ni tak terhalang oleh pokok2 jadi view lebih jelas. Tapi kawasan ni memang agak bahaya dan sesak gila coz suma orang nak bergambo. Kawasan sini sempit, berbatu & kena hati2. Takut tengah syok2 bergambo konon2 nye nak amik angle2 baek punye, kang tak pasal2 jatuh gaung beb! Naya!




Bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu...




kolumpo!

batu ke batu, rabung ke rabung, puncak ke puncak!

Bajet ala2 Epik kat Himalayas! Puihhh.... hahaa
Ade lagi kene panjat tuh!
#followmeto


Secara amnya trek Bukit Tabur ini terdiri daripada beberapa puncak (tak kira, tapi banyak gak r). Justeru ketika menyeberangi dari satu puncak ke satu puncak, sila pastikan korang berada di laluan yang selamat dan bergerak secara berkumpulan dengan berhati-hati. 


Perjalanan diteruskan setelah berpoyo-poyoan disitu! 
Empangan dan kotaraya!
Kawasan Tabur West ni dah banyak berlaku insiden maut dimana pendaki tergelincir jatuh. Korang boleh google sendiri lah. Disebabkan tidak berwaspada dan menjaga keselamatan, pendaki yang lalai dan mengabaikan keselamatan menyebabkan dorang tergelincir terjatuh. 

Happy feet!
Memandangkan trek hiking sini memang agak mara bahaya, aku amat mencadangkan supaya para pendaki yang tidak biasa atau pertama kali supaya melantik guide atau mendaki bersama rakan yang sudah biasa mendaki di bukit tabur. Apa2 pun keselamatan mesti diutamakan.


Luas pandangan jauh dah berjalan

Tak sempurna masih ada kejanggalan





Turun naik, naik turun, turun naik... ulang buat kesekian kalinya! lol ;p

Epic moment!
 Perjalanan naik ni banyak memerlukan kemahiran rock climbing. Bagi yang gayat, jangan terlalu tengok bawah sebab itu lagi membuatkan korang panik. Trek perjalanan menjadi lebih mencabar kerana perjalanan seterusnya memerlukan korang melalui rabung di sepanjang bukit ini dan terpaksa melangkah dari puncak ke puncak selain memanjat. Beberapa kes direkodkan sama ada kes jatuh atau kematian di kawasan ini.

Aku lah abam sado penyelamat gegadis ayu! koh3....

Peluh bertaburan, batu bertaburan..puncak bertaburan..gaung bertaburan..trek bahaya woi! Nasib gigi jerr tak bertaburan! ;p

WEST BUKIT TABUR 446M
Yeahhhh!

“You can never conquer the mountain. You can only conquer yourself.”


-James Whittaker 


Player ke playa?
say cheeseee! ;)
Senyum ciked!

Tempoh masa mendaki Bukit Tabur West ni mengambil masa sekitar 3 jam la. Trek dia lebih panjang, mencabar, lagi susah kot & lagi tinggi dari Tabur East. Kalau pendaki yang tegar tu mungkin sekejap jer. Bagi yang santai2 dan gila bergambar ni memang lebih dari 3 jam la. hahaaa.... 


Awan mendung yang berarak

Bawa tangis bawa resah

Rebah rindu yang terkumpul....

Awan cantik!
Adekah sini tempat asal usul The Hobbit??

Kat atas ni ade view yang menarik jugak! Hutan pokok bonzai... Renek2 jer.. Pastu ade karpet lumut yang sejuk & lembut gila. Rasa macam kat Mossy forrest pulak! hehee

Jemaah mesyuarat tingkap!
Ni suma cobaan!
Lepak sat kat karpet brokoli ni.... lembut siakk!...
Kalau baring mau terlelap teruih nih! hahaa
#takemeto
Perjalanan turun mudah skit coz ikut trek yang melalui kawasan kebun buah. Makan masa lebih kurang 50 minit. Masa turun ni memang memerlukan kemahiran mengawal berat badan sepenuhnya kat lutut & kaki. Gigil jugak lutut gua beb! Akar kayu yang ada di sepanjang trek banyak membantu perjalanan kerana akar kayu ini membentuk permukaan bertangga.

Last pit stop! Belakang tu la bukit batu gajah aka tabur extra
yang aku penah naik dulu tuh!

 Leh usha kat sini! xpdc bukit batu gajah aka tabur extra

Nak tengok xpdc Tabur East leh klik sini bukit tabur east


Ahli2 jemaah mak jemah sume bergumbira setelah
berjaya menawan Tabur West!

Lepas dah bakar kalori mai lah kita p menambah kalori pulak! koh3...



In a nutshell, dua-dua bukit Tabur East & West ade keistimewaannya & keunikannya tersendiri. Memang dah lame mengidam nak naik bukit ni... hahaa.. Terima kasih bebanyak kat guide kitaorang yang sudi bawak & melayan kerenah weolls ni! ;p Till then!


Done my list #64! senarai baldi saya













Comments

  1. wahhh syokkk . cantik pemandangan :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis berjaya jgk ye..
    Dekat dgn sek akk ni..tp blm pernah lg smpi kt sini..

    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. adoiiii jalous btl tgk org g panjat2 ni.. sbb i is tak berjaya sbb sempot.. *sedihhh!

    ReplyDelete
  4. First time dengar maybe sebab saya bukan hikers kot tapi view sangat cantik!

    ReplyDelete
  5. wah, bestnye. rindu masa saya naik mendaki gunung datuk di Negeri Sembilan. sampai puncak memang hilang semua letih hahaha. sampai nak ambik gambar pun kene bergilir2 sebab kawasan puncak kecik.
    rindunye nak mendaki...hihihi

    ReplyDelete
  6. Kena get approval tak now utk hike tabur? Last was in 2013 then early last yr kena get approval due to few incidents. Ke tak payah dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Approval xde pon. kene amik permit RM5... better pergi dengan orang2 yg berpengalaman la.. dia boleh uruskan permit mendaki

      Delete
    2. amik permit drpd siapa eh tu? boleh share..sebab ade plan mgu ni nk naik sana😊

      Delete
    3. amik permit drpd siapa eh tu? boleh share..sebab ade plan mgu ni nk naik sana😊

      Delete
  7. Saya dari singapore. Last panjat bt tabur east bulan December 2013. Ingin panjat lagi hujung bulan march. Perlu bayar permit 5RM tak? Bayarnya dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I baru hiked Tabur west ytday..ermm tak ada permit anything pulak weols main redah ajer huhuw

      Delete
  8. Tumpang tanya .. pakai camera apa ye tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkai sjcam sj4000 & camera phone

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. wahhh sj4000 gambar dia lawa betul mcm gopro dah..

      Delete
    4. wahhh sj4000 gambar dia lawa betul mcm gopro dah..

      Delete
  9. dengar crita kalau nak naik bukit tabur kena ada permit. so nak tanya, korang masa naik ni apply permit tak? ada orang check permit ke kalau tak apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ade permit. Slalu tak de orang check. Tapi kalau kantoi ade org check kene denda sebab naik tanpa kebenaran

      Delete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!