BUKIT TABUR EAST





Assalamualaikum.....



Pada hujung minggu lepas sekali lagi aku ke trek mendaki. Trek kali ni agak popular dikalangan pendaki sekitar lembah Klang. Trek yang aku maksudkan ialah Bukit Tabur East Wing. Bukit Tabur East ni terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor.Bukit ni jugak dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 275 meter.





Park kereta di bahu jalan & start perjalanan nak menuju ke kawasan pendakian.






Kitaorang berjalan menyusuri satu pembentung air yang besar dan sampai hujung akan nampak laluan untuk pendaki. 


Gayat jugak jalan atas pembentung ni...salah step skit boleh tergelincir weyh!
Suma dah ta zabarr nak memanjat!... hahaa
Pintu masuk ke bukit tabur

Pendakian kitaorang bermula jam 8.00 pagi. Tahap awal pendakian dah macam tahap dewata raya!. Memang menguji mental dan fizikal dengan menitik tertitik peluh macam lari atas thread mill setengah jam dah!. koh3...

Naik2 dah start trek pacak woi!...

Bro Ariff tengah verangan!
Mengikut kata bro Ariff selaku guide kitaorang ni, laluan ke Tabur East ni lagi pendek dari Tabur West, tapi pendakian dia menegak. 



Tali untuk mendaki telah disediakan di kawasan berbatu yang curam. Kalau nak daki bukit ni jangan lupa bawak glove uolls!.. Banyak batu2 tajam kat sini, nanti luka2 abih jatuh la saham! ;p


Hati-hati cik hakak!

Disepanjang laluan mendaki, ada tanda-tanda jalan (cebisan kertas ada gambar kura-kura). Tak taulah sape yang buat, tapi memang memudahkan kepada pendaki2 khususnya yang nubis kubis cam gua nih! ;p Kalau agak2 sesat, ikut jer kura2 tu, sure menuju ke jalan yang benar!... hahaa

lepak sat kat karpet! Lembutnya,guna softlan ka??
Barisan tugu2 negara! keh3...
Beb, lu tapayah nak cover macho nak rock Climbing! ;p


Cabaran sebelum ke puncak memerlukan iolls semua memanjat cerun 70-80 degree (anggaran) dengan menggunakan tali. Pacak beb!!.. Kekuatan tangan dan kaki memang sangat diperlukan disini. 

Tali yang ada memudahkan pendakian tapi tetap perlu berhati2. Ni baru real rock climbing! hahaa... Batu kat kawasan sini agak tajam, curam dan licin. Pastu kat sini ada traffic jam sikit coz tunggu turn orang2 yang kat atas tu turun dulu baru kitaorang boleh naik.


Sikit lagi nak sampai!...
Tadaaaaa!
Dah sampai pon kat puncak! kat atas ni leh dengar sayup-sayup laungan selawat nabi sempena Maulidur Rasul. Aku pon turut berselawat dalam hati sambil layan view yang sangat indah ni! Subhanallah!...

Batu2 Kristal! Agak2 boleh cungkil ciked tak, nak buat cincin kawen?? koh3...
Yeahhh, Menuju Puncak, gemilang cahaya~
Selfie!
EAST BUKIT TABUR! 275M

Dari Bukit Tabus East ini korang akan jelas nampak empangan Klang Gate.



Fuh3..... Breathaking view!
Posing berterabur di bukit tabur! bhahaaaa.....
Gegadis! Sapa nak kenal leh pm gua...koh3...;p
Gayat woi gayat! Bajet muka bahagia dapat menawan tabur yang hensem! ;p
Gigil lutut!
Happy Feet!




Kebanyakan pendaki cakap East Wing ni lebih susah berbanding West Wing. Ok next week kita cuba try test naik Tabur West pulak ye!... hehe

we did it!


Laluan menurun kitaorang ikut trek jalan kebun. Banyak pokok2 buah. Laluan dia pon agak curam dan licin tapi better la dari kene patah balik ikut laluan berbatu tadi. hahaaa... So dari sini all the way down sampai jumpa perkampungan kecil orang asli dan terus keluar kat perumahan harga juta2 punya. Lawa2 umah kat sini, tapi hmmm.. cam tak laku jer?... Perjalanan turun dalam 45 minit dah sampai bawah. Lebih kurang jam 11 pagi kitaorang selamat sampai kat tempat letak kereta.


In a nutshell, Tabur East ni memang awesome giler2 dia punya view! Thorrbaekkk bak ang! Okay see uolls kat Tabur West pulak nanti! Bye!











Comments

  1. Klu nk g sini, mmg kena pakai guide ea?
    mana nk carik guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better pegi ngan orang yang berpengalaman la.. join je mane2 group hiking kat fb.. dorg slalu wat trip mendaki..

      Delete
  2. bukit tabur? wow never know ada bukit macam ni! nampak macam challenging! =D

    Join Giveaway here!

    ReplyDelete
  3. nak ikutttt lain kali. please please!

    ReplyDelete
  4. Gengzzz BBM ghupernyer... ahakzzz..
    Keep update ya... pernah manjat bukit tabur ni masa jadi student menyewa rumah di Taman Malawati fasa 3... tapi dah zaman tok dongg ...

    ReplyDelete
  5. So since u dah pergi both West and East, which one lagi susah? hee thanks in advanced ya ;)

    ReplyDelete
  6. So since u dah pergi both West and East, which one lagi susah? hee thanks in advanced ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. West lagi susah sebab lagi tinggi & curam..

      Delete
  7. Nadzirah, saya dah naik west, teringin nak cuba east. tapi orang cakap east lagi curam and extreme. haiyoo saya dah konfius. hahahah

    ReplyDelete
  8. nak hiking dekat tabur east ni perlu ada permit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane nak dapatkan permit? wuwuwu. pestime nak naik tabur weekend ni

      Delete
    2. mane nak dapatkan permit? wuwuwu. pestime nak naik tabur weekend ni

      Delete
  9. salam ada stu lg port kene naik, bukit tabur far east view..try naik situ..sbb bukit tabur ada 5 peak, west,east,far east, extreme and extra..

    ReplyDelete
  10. Salam nadzirah..sy sabtu ni nk test bukit tu solo..boleh sent lokasi pintu masuk yg awak masuk x?0173275051..plz share location dkt no ni ye..ni utk buat aktiviti sekolah sy..dan aktiviti guru2 yg nk terlibat..tq

    ReplyDelete
  11. Salam nadzirah..sy sabtu ni nk test bukit tu solo..boleh sent lokasi pintu masuk yg awak masuk x?0173275051..plz share location dkt no ni ye..ni utk buat aktiviti sekolah sy..dan aktiviti guru2 yg nk terlibat..tq

    ReplyDelete
  12. baru naik semalam. gigil lutut . huuuu

    ReplyDelete
  13. Nak naik kejap lagi ni... ahaksss.

    ReplyDelete
  14. Nak naik kejap lagi ni... ahaksss.

    ReplyDelete
  15. Salam. Nak tanya. Starting point..dia kat mna? Nak waze apa yea?

    ReplyDelete
  16. Salam. Nak tanya. Starting point..dia kat mna? Nak waze apa yea?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya