Jalan jalan ke Kota Singa pt1



Assalamualaikum....




28 Disember 2014, Ahad 9.00am



Hari ni kita sambung explore, redah, jelajah & terjah jalan-jalan sekitar Singapore.




Sebelum gerak, isi perut dulu.. Kat hostel ni korang layan diri jer nak wat breakfast. 

Selfie dulu!... kekekee



Jalan kaki nak ke MRT little India sambil mengusha mamat2 hot kat Singapore... koh3... ;p


Unik tengok cara dorang sidai kain. Macam ni barulah kain cepat kering! Cukup pencahayaan & penyerapan haba... Agak2 kalau kat sini leh praktik sidai kain camni tak??hehehee...






Dari Little India kitaorang ke HarbourFront lagi nak ke Sentosa Island.



Giant Christmas Tree!

Sebelum ke Sentosa, korang kene masuk dalam Vivo City dulu. Naik tingkat atas skali. Vivo City ni gateway to Sentosa Island.




Kitaorang usha dulu ape yang menarik kat atas Vivo City nih. Kat atas ni macam ala2 One City Skypark tu. 

Port kontena


Walaupun baru pukul 10.00 pagi, cuaca memang panas terik bak ang! 





Kawasan sini memang cun lebih2 lagi berdekatan dengan laut, jernih air laut kat sini. 



Tarik ciked kaki dia! hahaaaa.... ;p



Open area mengadap laut & Pulau Sentosa..

Mak posing ayu!



Ada cable car kat belakang tu & Singapore Star Cruises




Kitaorang nak tengok ape yang best & menarik kat Sentosa tu. Ingat nak main Skyline Luge. Boleh amik map sentosa kat kaunter & usha2 harga.


Sentosa ni macam taman tema jugak la.. Macam-macam ade kat sini. Kalau nak beli tiket untuk main ape2 kat Sentosa tu boleh beli kat sini. Tapi beli tiket kat sini kalau korang nak main banyak benda. Dia ade pakej untuk masuk ke 4-5 tempat. Lagi jimat beli pakej. Tapi memang seharian suntuk la kalau nak main banyak bende kat sini. Kalau nak masuk ke satu tempat je, nak beli kat Sentosa tu nanti pon boleh.


Kene beli tiket return macam semalam SGD4.


So dari Sentosa Station turun kat Imbiah Station.


Lima minit dah sampai Sentosa Island!




Kat sini pon ade singa! Tapi tak de kuar air kat mulut.. keh3.. Korang boleh naik kat atas mulut singa tu.. Tapi kene bayar la SDG10 kot tak silap la..



Sentosa Merlion

Tips : Kat sini pon korang kene sentiase la bawak air botol coz cuaca memang panas & senang nak wat istinjak. Toilet kat sini memang xde air la.. 


Tiger Sky Tower. Sama cam menara Taming Sari kat Melaka tuh...

Singapore Cable Car

Kitaorang nak main ni jer... Skyline Luge!



Kalau nak main satu bende jer kene beli kat tempat dia jual tiket terus...

Dia ade 2 tracks. Dragon & Jungle Trail.




Tiket Harga SGD15 untuk main seround Skyride & Luge. Korang boleh pilih nak main 2 kali ke 3 kali ke. Kitaorang main sekali pon cukuplah.. Nak main banyak2 tak cukup bajet.. haha



Skyline Luge ni dia macam go-kart sikit tapi ni lagi adventure coz dia menurun bukit. So tak payah nak tekan minyak.. Kene kawal break jer. Dia ade kat 5 international location iaitu kat New Zealand, Singapore & Kanada. 


Tengah tunggu turn nak main Luge!


Are you ready eberybadehhh??!


Fuhhh.. syok jugak main Luge ni.. Laju jer time turun bukit ni... Tapi hati2 la takut terbabas & jangan dekat sangat dengan orang lain nanti berlanggar..


Lepas dah turun bukit, skang kitaorang naik Skyline pulak. Gondola ni ala2 macam kereta kabel, tapi dia open air.. 




Fuh fuh... thorbaek2 dapat tengok view Sentosa ni dari atas!...









Mak kasi peace ciked!






Lady Gaga

Muzium Lilin, Madame Tassauds Singapore. Muzium ni baru bukak & katenyer siap ade boat tour kat dalam ni.. Kitaorang tengok dari luar je la.. 

Posing kat Merlion Sentosa


Ok next entry sambung lagi jalan2 Singapore naik hop on bas.....


Previous entry :



Eps 2 : cara nak ke uss








Comments

  1. hehe.. rindu dgn singapore.. it was my first backpacking secara solo experience.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. stylo gila naik cable car open air gituuuu. heheheh teringin nak naik ni masa pergi USS dulu.. tapi tak kesampaian.. next time nak cuba datang sini, tunggu anak saya Adam besar sikit ~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!