Jalan jalan Cameron Highland Part 2



Assalamualaikum....



7 Februari 2015, Sabtu 4.00 pm


Kalau dah sampai kat Cameron Highland ni memang tak sah la kalau tak berkunjung ke ladang teh! Selain Strawberri, salah satu trade mark untuk Cameron ni Teh la. Terdapat dua syarikat penanaman teh utama kat sini iaitu Bharat Tea dan Boh Tea. 


Kitaorang sempat singgah ke Ladang Teh Bharat (Cameron Valley). Ladang ni terletak di Ringlet. Kalau Ladang Teh Boh pulak terletak di Sungai Palas Brinchang.
Bharat Tea Plantation 

Bharat tea plantation ni merupakan ladang teh yang kedua terbesar di Cameron Highland. Asalnya Bharat Tea Plantations ni dari seorang saudagar India yang membeli 50 ekar tanah Cameron pada tahun 1933. Kini Bharat Tea Plantation mempunyai 3 ladang di sekitar Tanah Rata dan di Kuala Terla dengan signature Cameron Valley. 


Nama betul ladang ni adalah Ladang Teh Cameron Valley tapi lebih dikenali sebagai Ladang Teh Bharat kerana ia dimiliki dan dikendalikan oleh Kumpulan Bharat.
Selfie ciked!
Ejukkk angat!! ;p


Kat sini korang boleh turun menyusuri ladang ni sampai ke dataran bawah ladang teh tu. Ikut sampai mana korang larat nak turun la... Jauh jugak kene turun tangga nak ke tengah2 ladang ni.. Menggigil lutut noks! hahaaa....




'Yaadon Ki Baraat Nikli Hai Aaj Dil Ke Dwaare'

'Dil Dil Dil3.... Dewanaaa'.....




Fefeling layan hindustan pulak depa ni kat tengah2 ladang teh nih! Abam Shah Rukh jer tak de! Kang aku panggil abam Bharat la!... koh3.... ;p



Aku suka jalan-jalan dalam ladang teh ni sebab fefeeling macam ada kat obersea, maklumlah sejuk udara pulak nyaman, pemandangan semua hijau jerrr! Macam ada kat lautan dedaun. View dia memang thorbaekkkk! Ohsem giler!


Nak naik balik tangga atas tu, sempottt!~ hahaaa...

Pecah screen sjcam aku dengan gambaq selfie! koh3.. ;p



Lepas dah penat posing sakan kat ladang teh, lepak sat kat deck cafe..



Minum teh sambil makan cake strawbery, blueberry cheese, carrot cake & cream scones.


Lepak santai petang sambil menikmati secawan teh panas! Memang layan! Fuhhhh......


Fefeeling ombak rindu!
Gadis litar! koh3...

Last destination of the day : Abang Strawberry Farm & Cafe


Lokasinya di Kampung Taman Sedia, kira-kira 600 meter dari pekan Tanah Rata. Ia sebuah perkampungan tradisional orang Melayu. Agak padat dengan rumah, homestay dan ladang-ladang strawberi. Memang menarik kampung ni! Homestay memang banyak dan dikelilingi ladang strawberi (lain-lain pemilik). 


Masuk2 jer cafe ni tak menahan bau yang sedap giler... kecuq liuq! Ade menu special Nasi lemak sambal strawberi ikan masin! Woowwww! Kitaorang macam kagum! Strawberry leh wat sambal ye! Macam nak try je resipi ni! hahaaa...


Kitaorang pon menjengah ke dapur... eh dapur ke?? Saje menyebok nak tengok macam mana depa masak sambal strawberry nih...

Focus2 balik nanti ajar kitaorang masak sambal nih!... hahaa
tuuu dia! 
Tapi disebabkan kitaorang baru je lepas mengeteh & makan kek tadi, memang kenyang giler! Tak leh sumbat dah nak try nasi lemak sambal strawberry nih. Just rasa jer sambal dia.. Sedap, rasa manis2 sikit. Macam kene repeat jer datang sini! hahaa



Masa kitaorang datang sini, strawberry tak berbuah dengan lebat, tambahan musim hujan, jadi pengeluaran agak perlahan kot. Baru jer dah berangan nak petik strawberry berbakul-bakul... huhu... jadinyer acah2 petik je la! bhahaaa....



Sebelum balik, just lepak makan strawberri coklat sambil haruman sambal strawberry menerjah ke hidung masing2!... Mak aih terngiang-ngiang pulak sambal ni.. rasa lapar balik.. tapi tak leh nak sumbat dah kang nak balik kene menempuh hazab jalan berliku mau termuntah balik! koh3...


Hasil tangkapan kaktus aku bagi menceriakan meja kat opis! heheee...
Ceria sangattt! ;)


Total damage untuk one day trip Cik Emy ke Cameron Highland :



In a nutshell, done my list #5 senarai baldi saya!







Comments

  1. tak pernah pergi lagi.. tapi teringin nak pergi..

    ReplyDelete
  2. Memang suka pergi Cameron tapi yang tak tahan kalau jalan sesak kat atas tu..

    ReplyDelete
  3. Seronok nye jenjalan...
    Saya pun jenjalan juga lah nk tgk tuan blog... Hehe

    ReplyDelete
  4. yeayyy bln 8 pg sn 😊😊

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

YUNNAN, CHINA

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt