Jalan-jalan Cameron Highland Part 1



Assalamualaikum....


7 Februari 2015, Sabtu 5.30 am


Rombongan Day trip Cik Emy ke Cameron Hinghland! Yeahhh... Sebelum balik ke Jeddah haruslah berjimba2 dengan trip kekawan!... koh3... ;p

Jam 5.30 pagi, kitaorang bertolak dari KL ke Cameron Highland. Kitaorang melalui Simpang Pulai. Walaupun jauh sikit tapi jalan sini lebih selamat berbanding lalu kat Tapah tu.. Tapi ni pon dah pening2 lalat sikit jalan bersimpang siur! ;p

Dalam pukul 11 pagi kitaorang sampai di Cameron Highland & tempat pertama yang dituju, Lavender Garden!




Lavender Garden ni terletak di Tringkap ke arah Brinchang.



Ni kali kedua aku datang sini. Dulu datang mase aku nak g hiking kat Gunung Irau. Alang2 lalu sini singgah dulu.. hehee...

Lavender
Daisy!







Dijual dengan harga RM2 sekuntum. Korang boleh pilih dan petik sendiri.

Bajet ala2 kat obersea! lol


Hajat di hati nak memetik kumbang... Bunga di taman!

Muke jerr nampak ganaz, tapi dalam hati ade taman! keh keh keh...

Ehhh ehh.... ade aweks2 kat celah pokok vungee! koh3....






ko dah kenape Emy??? bhahaaaa.... ;p



Waktu Operasi
Setiap hari : 9 pg -6 ptg

Harga Tiket
Dewasa : RM 5
Kanak-kanak: RM 3



Next destination ke Kea Farm.


Borong strawberry cekelat!

Kea Farm ni tak jauh pun dari pekan Brinchang lebih kurang 3km je dan juga 3km dari Tringkap.


Ambik bau jerrr! hahaaa...
Kea Farm ni merupakan tempat atau market untuk beli barangan cederahati atau pun sayur mayur. Banyak jugak benda lain yang boleh diborong seperti jagung, strawberi, bunga-bunga, madu tualang dan banyak lagi. Kea Farm ni memang sesak sket kalau time hujung minggu. 
Borong jejagung!


Next destination ke Agro-Technology Park MARDI



Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultureal dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kejaraan. Agro Park ni memang luas dalam 42 hektar dan pelawat boleh menyaksikan sendiri keindahan bermacam jenis kebun bunga, tapak penyemaian, ladang dan juga tempat penanaman mini untuk pokok teh.


Orked menjalar!
Pokok frozen! Let it gooo...... let it go....
Taman ini sebenarnya dibuka oleh pihak Inggeris pada tahun 1925 sebagai pusat penyelidikan tanaman seperti teh.

Pokok teh terawal yang ditanam di Malaya masih boleh dilihat disini. Kilang memproses teh tertua di Malaysia juga masih ada di dalam taman. Namun begitu, walaupun ia masih boleh menghasilkan teh, kawasan kilang kecil ini tidak dipromosi sebaik ladang Teh Boh.


Senyum ciked!
Tadaaaa.....
Sekuntum mawar pink!
Dandellion!

pokok orkid ni unik macam kuku rimau!


Bebunga kat sini semua cantik mekar, sayuran pon nampak fresh tapi buah2 dia macam tak menjadi jer... ke sekarang ni bukan musim buah kot? Hajat di hati baru nak petik buah epal, strawberry, anggur, epal & nangka! Tapi pokok kering jerrr! lol



Acah-acah sopan! Geli!... bhahaaaa..... ;p
Bunga Matahari xde kelopak! Leh amik biji dia buat kuaci! hehehhh...

Sayur mayur!




Sesiapa yang sukakan tanam tanaman mungkin akan enjoy masuk sini!... Yang tak berapa suka tu krik3 la..... hahaa


Teko ayah pin!


Waktu Operasi

Tutup setiap Isnin (kecuali pada cuti am atau cuti sekolah)
Selasa – Ahad : 8:30pg – 5 ptg

Harga Tiket

Dewasa : RM 3
Kanak-kanak: RM 1.50



To be continued.......




Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah