In a Nutshell menang contest #beautifulmalaysia



Assalamualaikum...



Tourism Malaysia telah mengadakan contest #beautifulmalaysia dengan hadiah yang menarik setiap minggu! Hadiah dia memang bikin gua termimpi2! Hahaa.. Aku perasan pasal contest ni kat instagram. Tu pon selepas week ke 7 kot. So aku terus je pergi website dia pastu upload gambar. Aku ade banyak gler koleksi gambar masa aku pergi jalan-jalan! Hobi aku memang suka tangkap gambar! :p hahaaa... 


Ni website dia :



Contest ni berlangsung selama 14 minggu. So aku pikir sempat lagi ni nak hantar gambar! Hadiah yang memang aku aim 'Gopro Hero4 Silver' tu.



Gambar boleh upload dekat Instagram @ website dia yang mengambarkan tentang beautiful malaysia seperti tempat-tempat menarik dekat malaysia, culture, building, people or apa-apa saja yang related dengan Malaysia. Tapi jangan lupa letak #BeautifulMalaysia . 


Pemenang akan dipilih berdasarkan 5 ciri penting ini iaitu :

+ Creativity
+ Impact
+ Caption
+ Relevance
+ Originality


So lepas dah hantar gambar tu, aku selalu la usha sape plak yang menang minggu ni. Gambar yang menang suma memang.. fuhh.. lawa2 giler. Macam professional photographer jer suma! Mesti pakai kamera DSLR mahai2 ni. Tengok dorang punye teknik tangkap gambar, angle, balance, lighting... power2 jer suma nih! hurmm...

Pastu tup2 aku tengok week 9, eh ehh macam kenal jer gambar tuh! Macam gambar aku je tu??? Like seriously??? Perghhhh! Memang tak sangka lah! Aku menang 'The Best of The Week 9'! Alhamdulillah! Mungkin ni la kot namanya rezeki! ;) Padahal aku amik gambar tu pakai phone jer. hehee





Ni gambar yang ori dari phone aku. Aku pakai phone murah jer. Oppo Mirror 3.  hehe ;)


Tapi bila aku dapat email dari Tourism Malaysia, bukan gambar ni. Yang sebenarnya aku menang gambar yang nih! hahaaa....


Apapun, thanks to lembu-lembu ni sebab sudi jadi model dalam gambar aku! hahaaa.... Ternyata tak sia-sia aku masuk kat tengah-tengah ladang ni dengan terpijak taik yang harum demi nak dapatkan angle shot macam nih! bhahaaa.... 


Finally, hadiah yang ditunggu2 dah sampai! Yeayyyy! 


GoPro Hero4 Silver & poskad 100 keping! Wooo banyaknye poskad! hahaa... 





Yeayyhh my new hero! GoPro yang kacak! Siap ade tanda harga tuh, tak leh blahh! hahaaaa ;p


GoPro ni dia kecik skit dari SJCAM aku! hehee

Testing2 GoPro!

Lepas tu untuk week yang berikutnya, aku pon hantar la lagi gambar-gambar yang aku rase 'perfect angle' yang ade dalam koleksi aku! Aku nak aim untuk Phone Oppo R5 tu pulak! hehee


Lepas tu tetiba, aku dapat email lagi dari Tourism Malaysia! Aku macam terkejut!.... Wowwww! Menang lagi ke?! Alhamdulillah rezeki! Walaupun tak menang grand prize untuk week 14, dapat saguhati pon dah bersyukur sangat!




Gambar ni aku tangkap guna Panasonic Lumix TZ10 Digital Camera.



Aku pon tak tau ape hadiah saguhatinya. Sampai jugak kat umah aku hadiahnya! Besar giler kotak! Aku ingat ke barang eletrik ke?? hahaaa...


Cenderamata dari Tourism Malaysia!

Proboscis monkey yang cute! Boleh wat peluk malam nih! hehee
Poskad lagi 100 keping! Banyak gler koleksi poskad aku! hahaaa...

Fridge magnet, Craft batik & Badge button
Ni kain alas pinggan kot... Ingat ke sarung bantal! heheee

In a nutshell, Alhamdulillah & terima kasih Tourism Board Malaysia! Dah lama aku mengidam nak beli GoPro nih! hehee... Tahun depan nak masuk lagi! Yeahhh! #beautifulmalaysia





Comments

  1. alamak alamak ada lagi ker tak ni contest ni.. iols gedik nak masuk gak hihihi.. tq tq tq skrang gak terjah website tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi kot sampai tgh malam nih! hehee ;) Cepat2 hantar!

      Delete
  2. laa lupa pulak nak ucap tahniah hihihi tahniah for winning gopro my idaman kalbu jua ;p

    ReplyDelete
  3. tahniah. cantiknya pic tu . memang layak menang. tak nampak macam pic pakai phone pun. well, kalau ada skill amek gambar, pakai apa pun cantik :)

    ReplyDelete
  4. tahniah tahniah .... sempat lagi ke nak masuk contest tu hurrmmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya