Gunung Angsi, N9





Assalamualaikum....


Mood training is on! Kali ni kasi redah Gunung Angsi dengan member lama & geng Orang Hutan Malaya!

Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia.



Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.


Ada 2 laluan masuk yang dikomersialkan untuk ke puncak Gunung Angsi iaitu Ulu Bendul dan Bukit Putus. Menurut otai-otai ni, laluan ikut bukit putus ni santai jer berbanding dengan Ulu Bendul yang mempunyai trek hardcore.


Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 20 orang. Member aku semasa di matrik dulu, Athiah yang mengajak join trip ni. Aku pon follow je lah. Bayaran permit untuk masuk hutan ni adalah sebanyak RM5 seorang.


Starting pointnya di tangga ni. Bagi pendakian sekitar 20-30 minit pertama, treknya agak curam sekitar 40-45 darjah. Lepas tu trek dia lebih landai dan santai tapi masih ada juga trek yang curam sepanjang perjalanan ke puncak. 


Terdapat banyak Big Dick kat sini! lulz ;p... Banyak kayu balak yang tumbang yang menghalang laluan sepanjang trek dan ditandakan dengan Big Dick! Mungkin senang nak ingat tanda check point! koh koh koh


Waterfall view. Tapi tak de air terjun pon dekat sini. Menurut abang guide tu, dikatakan waterfall bila sesiapa yang mau memancut kat sini, so jadilah waterfallnya! lol


Trek Bukit Putus ni juga menjanjikan pemandangan yang menarik. Terdapat beberapa view checkpoint untuk bergambar sambil menikmati pemandangan.



Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam, dan pokok mersawa.


Take 5 dulu. Minum ayaq, bancuh kopi siap!


Trek dia kejap pacak kejap landai. Agak jauh jugak. Adehh Pewai2!


Sikit lagi nak sampai!


Kasut getah sedang beraksi. Tak larat dah nak basuh kasut tiap kali hiking. Lunyai! Pakai kasut getah jer senang & tahan lasak! hahaaa


Lebih kurang 3 jam dengan pendakian paling santai mak jemah, maka sampailah kat puncak! Patut lah beg dorang ni penuh semacam jer macam nak pergi camping! Siap bawak dapur haram, periuk, cerek, kuali, kambing panggang bagai! Bentang fly, main masak-masak, lepak sambil makan tengahari. Perghhh.... Aku tukang makan jer! hahaaa...


Perompak gunung! Jaga-jaga, sebelum hati kau ku rompak! hahaaa...


Pinjam buff S.O.S! Style jugak! kah3...


Gunung Angsi 2702 ft, 824 m checked!


Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.

Ermmm teringin gak nak pergi Gunung Telapak Buruk. Nak tengok bangkai kapal terbang masa WWII. Ade sesapa yang nak bawak tak??? hehee



Kat atas ni, view dia tak luas sangat macam kat Gunung Datuk. Tapi boleh la layan jugak!


Athiah yang mengesot kat aku & kawanya yang acah-acah hipsterr bergaya dengan shades aku.. hahaa.. Sumpah dah lama gler tak jumpa minah nih! Nak dekat 7 tahun kot! Aku dapat tahu yang dia juga hikers kental! 

Beliau adalah antara insan-insan bertuah yang terselamat semasa kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu tahun lepas! Aku pon terkejut jugak, dapat tahu yang dia ade kat puncak mase kejadian gempa tuh! Fuhhhh, memang ko sangat bertuah Athiah! Tapi dia wat lek, wat peace jer! hahaaaa...



Geng Orang Hutan Malaya yang sempoi!

In a nutshell, ni memang last training aku lah!  Next hiking, jumpa di gunung tertinggi di Asia Tenggara! Dejavu!

K Bye!






Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya