BAHASA HIKERS



Assalamualaikum



 Hiking : kegiatan outdoor seperti berjalan kaki, mendaki bukit atau gunung yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe. Jalur pendakian pula dipanggil hiking trails.


 Mountaineering : kegiatan outdoor mendaki gunung-gunung yang tinggi yang memerlukan kepakaran dan peralatan khusus, mengetahui teknik mendaki, menggunakan ice axe, carabiner, rope, tali dan berisiko tinggi. Mountaineering lebih popular di Eropah, kerana kedudukan geografi pengunungannya yang berupa batuan, ais dan curam. Contoh seperti pendakian ke Puncak Sejati Raung, Puncak Jaya Cartensz Pyramid 





MARI BELAJAR BAHASA HIKERS





Ni bahasa ni tak tahulah dapat dari mana. Tapi sering digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. 

Contohnya, pewai. Dulu aku tak tahu pun nate gapo lah pewai tuh! hahaaa... Bila dah selalu mendaki dengan geng-geng otai, memang tu la perkataan yang selalu didengari!





1. pewai - terlalu penat
2. lolo - kem lolo, I love Nuang
3. powil - kenderaan pacuan 4 roda 4x4
4. ground & fly - canvas menggantikan khemah 
5. Open tent - khemah xde pintu
6. depek - daypack
7. lipak - tipu / xdpt pergi
8. gogo - organizer / tukang push bg semangat jalan sampai peak
9. sweeper - tukang  sapu belakang
10. guide - Petunjuk arah / orang depan
11. angkat sauh - Mulakan Perjalanan
12. nubis - Pendatang baru arena hiking / newbies
13. tiruk - mandi
14. sidai - melepak
15. capless - tergelincir
16. laat - typo
17. pangok / pacak - trek mencanak naik


Ini pula ialah singkatan yang digunakan pada nama gunung:


1. CBL - Air Terjun Chemerong, G. Berembun dan air terjun Langsir, di Terengganu
2. K2 - kenderung dan kerunai, di Gerik Perak
3. MK - Mount Kinabalu
4. CUS - Chamah, Ulu Sepat (banjaran Titiwangsa)
5. GUS - Gap, Ulu Semangkok, Fraser Hill
6. ABC - Annapurna base camp
7. EBC - Everest base camp 
8. GBH -gunung besar hantu di Jelebu Seremban
9. BAS - Baha , Ayam, Stong di kelantan.
10.YYBTN - Gng. yong yap, bubu, tok nenek (banjaran Titiwangsa)



Kalau ada pulak kawan-kawan yang ajak pergi misi G7, ini maknanya : 


*G7* - Antara 7 gunung yangg tinggi di malaysia yang berketinggian 2000 meter ke atas. (Tapi tak pe lah jangan berani nak hajak aku ok!) hahaaa...



­čö║Gunung Tahan (2,190m)
­čö║Gunung Chamah (2,171m)
­čö║Gunung Ulu Sepat (2,158m)
­čö║Gunung Yong Yap (2,168m)
­čö║Gunung Korbu (2,183m)
­čö║Gunung Gayong (2,173m)
­čö║Gunung Yong Belar (2,181m)



Ni antara bukit ataupun gunung yang pernah aku daki & G7 memang tak de dalam list pun sebab aku rasa macam G7 tu sangat hatkurrr pendakiannya! huahaa






In a nutshell, sekian pelajaran untuk hari ini! #nubiskubis





Comments

  1. salam ziarah & follow sini...mcm2 istilah orang hikers ni yer..menarik utk dipelajari walaupun x blh nak join aktiviti hiking ape benda tu..hihi

    jemput singgah blog kite yer sis.. :)

    ReplyDelete
  2. Akhirnya...banyak perkataan2 yang aku tak tahu maksud tapi jumpa kat sini. Terim kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Bukit Gasing 2.0

Bukit Larut Taiping

Trip rumah bot di Royal Belum!

Hiking Bukit Kutu

Bukit Keluang, Besut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!