NITE RUN @ KB



Assalamualaikum



Selamat tahun baru 2018 gais! 


Acara larian pertama di tahun baru. Yeayyy.. Excited!




Acara larian ' Nite Run @ KB Ambang 2018 ' telah diadakan pada 31 Disember 2017 bertempat di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Larian ni dianjurkan oleh Pertubuhan Nadi Sihat yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu kerajaan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


Maklumat lanjut mengenai Nadi Sihat, korang boleh layari laman Facebook Nadi Sihat. 

Image credit : FB Nadi Sihat

Ketua Pegawai Eksekutif, Pertubuhan Nadi Sihat, Abang Fahisha Irwan Mustafa di hadapan pintu gerbang tempat permulaan larian Ambang 2018.

Image credit : FB Nadi Sihat

Berisan anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas sepanjang acara larian diadakan.


Runners for today : Nadz, Ros, Amal, Aisya dan Kak Hani. 
Tn Syazmi, adik ipar dia & Ejat tiada dalam gambar. hahaaa


Bergambar bersama Timbalan Pengerusi Nadi Sihat, Kak Azlina Abdul Aziz. Kami kenal masa pemilihan Ratu Ais untuk ke Antartika haritu. Kak Ina salah seorang juri masa pemilihan tempoh hari. #Aweeta2018


Yeayy dapat gambar photobooth!


Yuran penyertaan ialah RM40. Bagi aku agak murah untuk larian 7km. Kami register secara berkumpulan seramai 7 orang. Kami diberi T-shirt, No bib, medal, roti dan air mineral. Ni first time dapat t-shirt lengan panjang sepanjang masuk acara larian. Material kain dry fit dan cantik!

 

Yeayy comey blako sek2 kito! hahaa

 



Azam tahun baru macam biasa, forward dari tahun-tahun sebelumnya, nak kurus, kurus lagi & lagi-lagi kurus... ehhh

Tapi kurus ke?? huahaa (gambar tu ilusi je semata2)


Semua dah berkobar-kobar tak sabar tu nak berlari! 

Gomo Klate Gomo! Sek kito jange pecoh! hahaa


Larian ni fun run jer.. Semua peserta dilepaskan secara serentak. Tiada kategori yang dipertandingkan. So aku pun lari pelan-pelan jer. Tapi Amal, Ecah & Kak Hani dah berdesup-desup lari kat depan tu persis atlet Kenya dalam acara marathon! hahaaaa... 

Padu siaaaa... Kaki katang! :p


Dab pose!


Yeahhh, berjaya menamatkan larian 7km dalam masa 1 jam! hahaaa... Next time, kena target masa bawah dari sejam. Tapi teringin nak join half marathon. Phewwww.. Ni aku lari slow-slow santai sambil sepak daun, lepas tu dah tak larat, jalan jer. 

Pewai weh! hahaaa


Terjumpa dengan kawan baru, Norhiyati! Haritu kenal masa di larian bandar selamat KB. Terkejut juga ada orang tegur aku. Rupanya dia selalu baca blog ni. Heheee.. Yati ni memang seorang yang aktif bersukan dan selalu masuk acara larian ni. Terbaekk!

Tapi memang tak sangka di bumi Kelantan juga ada pembaca setia blog 'In a Nutshell' yang tak seberapa ni. hihii.. Tq Yati for your support! Terima kasih kerana menjadikan penulisan mengenai trip backpacking, hiking & artikel di blog ni sebagai sumber inspirasi. (walaupun kadang-kadang aku tulis merapu jer) hahaa...

Sis terharu! :)


Ehhh ada pula gambar candid! hehehhh 


Gambar close up sikit. Cantik medal dia!


Rakan-rakan penaja untuk run ni!


Last sekali, acara yang ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. Macam-macam hadiah yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur seperti barangan elektrik, beberapa buah basikal serta sebuah motosikal


Yeahhh, tahniah Aisyah! Anda memang bertuah! Dapat bawa pulang kipas meja. Kak hani juga bertuah dapat hadiah beg dan botol air. Kami yang lain krik-krikkkk.... hahaaa.. Tak dak ong barangkali. Nampaknya kena mandi bunga ni! lol :p


Wajah-wajah ceria 'runners' yang bertuah bersama hadiah dan medal!


Saya menang motor! Terbaek kak! Tahniah!


Geng-geng 'auntie' yang memang padu berlari bersama medal masing-masing!



In a nutshell, see you guys in a next run & have a happy New Year 2018! 

Page 1 of 365 days checked!







Comments

  1. Wahhh, bestnya larian malam tahun baru! :D

    Takpe2, insyAllah rezeki lucky draw akan datang! ameen!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS