Review Movie : The Fault in Our Stars


Assalamualaikum....


Baru2 ni aku berkesempatan pergi tengok satu movie ni yang diadaptasi dari no 1 best selling novel 'The Fault in Our Stars' oleh John Green.


Filem ni mengisahkan tentang Hazel Grace Lancaster, seorang pesakit kanser tiroid tahap 4 yang sentiasa dengan tangki oksigennya, dipaksa oleh mak bapak dia untuk menghadiri support group yang terdiri daripada pelbagai golongan yang jugak pengidap kanser. Dengan harapan untuk berjumpa dengan ramai kawan baru & mengembalikan semangatnya untuk tidak putus asa dengan penyakitnya.

Satu hari, dia bertemu dengan ahli baru dalam support group tu, Auguatus Waters yang juga pesakit kanser dengan sebelah kaki besi. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu membaca novel.

 Hazel rekemen kepada Augustus untuk baca novel kegemarannya, An Imperial Affliction,  iaitu novel tentang seorang gadis yang juga mengidap kanser seperti kisah dirinya.

Hazel sangat obses dengan novel tu sehingga ingin berjumpa sendiri dengan penulis novel tersebut iaitu, Peter Van Houten di Amsterdamn untuk mengetahui sendiri ending novel tu yang tergantung. 

Pelbagai dugaan yang dorang hadapi sebelum & sesudah sampai ke Amsterdamn & akhirnya sape yang fefeeling & tertouching lebih2 tu, korang kene siap2 dengan tisu @ lap je la hingus ke airmate kat mane2 yang boleh lap dengan ending yang sedih lagi tragis!.... hehehh..

T_____T





“Maybe 'okay' will be our 'always” 
― John Green, The Fault in Our Stars



In a nutshell, filem ni memang best, sweet, romantik, emosi & jugak mengajar kita supaya sentiasa bagi semangat antara satu sama lain & tidak mudah berputus asa dalam hidup. Rating aku bagi 8/10.

Jom layan trailer movie ni...

















Comments

  1. it is a great movie <3. kena tengok ni >_<
    MISS IKA'S BLOG

    ReplyDelete
  2. nak sangat tengok nieh... tunggu orang download baru leh tengok.. hehe...

    ReplyDelete
  3. wah. Hee sungguh seronok tengok movie itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah