Day 3 : Avenue of Stars, Hong Kong!




Assalamualaikum.....






Dari Macau tadi balik semula ke HK pastu kitaorang terus ke MTR menuju ke stesen Tsim Sha Tsui, Exit J. Follow je signs ke Avenue of Stars. Salah satu tempat wajib pergi kalau ke HK ni.

 Kalau tak pergi sini, memang rasa macam tak pergi HK la. hahaa... Walaupun kaki gua rasa macam dah tak jejak tanah dah time jalan ni. Lenguh siakkk! Jalan kaki dari pagi sampai malam! Tapi misi kene teruskan sebab esok dah nak ke Shenzen, China. Kalau tak, dah tak sempat dah nak tengok view malam kat HK ni. heheee... 


Lintas jalan
Papan tanda ke Avenue of Stars

Avenue of Stars ni macam ala-ala Hollywood Walk of Fame. Ianya untuk memberi penghormatan kepada nama-nama selebriti yang telah membantu menjadikan Hong Kong sebagai "Hollywood Asia". Selain tu, kat sini pemandangan bandar dari tepi laut sambil dikelilingi lampu neon sangat cantik dengan latar langitnya yang indah!




Avenue of Stars ni juga melambangkan sisi glamour industri filem Hong Kong. Terletak di sekitar Victoria Harbour, terdapat pelbagai mural & plak, cetakan tapak tangan selebriti, catatan peristiwa penting, tanda ingatan filem, patung saiz sebenar adiwira aksi kungfu Bruce Lee & banyak lagi.



Kat Avenue of the Stars ni jugak ade pertunjukan 'A Symphony of Lights'. Show yang ade pancaran laser & muzik. Kitaorang memang nak tengok show ni! Tapi disebabkan sampai pon dah lewat so dah habis dah. Tak sempat nak tengok! huhuu... Show ni ade setiap hari pada pukul 8 malam. 

Show ni diiktiraf dalam Guinness Book of World Records sebagai the "world's largest permanent light and sound show"! Ermmm macam best jer! Macam kene datang sini lagi jer! hahaa...


Aku memang minat & layan la dengan movie2 Hong Kong ni sejak zaman sekolah lagi. Excited giler lah bila dah sampai sini. Konon nak cari tapak tangan pelakon2 yang memang aku admire dari kecik macam Jacky Chan, Stephen Fung, Stephen Chow, Nicholas Tse, Daniel Wu, Aaron Kwok, Edison Chen & ramai lagi kot! hahaaa....

Action!

Anita Mui
Bruce Lee
Andy Lau
Jet Li
Michelle Yeoh pon ade! 
Stephen Chow
Lights, action, camera!
Movie related sculpture
Aaron Kwok uolls!

Special dedicated to my bff yang memang kipas susah mati Nicholas Tse sejak zaman hingusan lagi! Nah ni untuk kau, Xue Li! bhahaaa


Untuk korang yang baru bercadang untuk ke sini, aku baru baca kat website dia, Penutupan Sementara Avenue of Stars!

Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui ditutup untuk projek penaiktarafan, yang dijangkakan boleh disiap pada akhir tahun 2018. Sila rujuk kepada laman web rasmi untuk maklumat lanjut. 



Jacky Chan
Bruce Lee

Bukan kat KL je ade Sogo, kat HK pon hade! hahaa


Prudential HK

Muka sedih sebab esok Fedit & Nabila dah nak balik Malaysia. Bubye! So tinggal la aku & Haq meneruskan pengembaraan kitaorang. heheee...

Pemuzik jalanan

Esok, aku & Haq nak pergi hiking kat Hong Kong! Ade spot atas bukit yang memang cantik yang korang boleh pergi untuk yang kaki hikers!


Previous entry :

















Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS