Trans Bukit Tabur




Assalamualaikum


Pada cuti hari Deepavali lepas, aku telah join expidisi Trans Bukit Tabur yang diketuai oleh abang guide, Mr Suhaimi aka Mimo. Aku tengok dia open trip kat group hiking, HACAM. Macam menarik, tertarik jer. Trans Bukit Tabur maknanya dia akan bawak pergi Tabur Extra, Tabur Extreme & Tabur Far East.



Tempat berkumpul di Zoo Negara. Dari situ, aku & Ayu carpool dengan sahabat hiking untuk naik ke atas berhampiran Cafe Rimba Jimbara. Thanks to Opie & Azmir coz sudi tumpangkan kami! heheee



Rupanya dorang ni group2 power dalam hiking nih. Tapi sembang buat rileks jer, bajet2 newbie! hahaaa... Sahabat hiking selamanya aka Lanun Rimba! 



Tu abang Mimo tengah bagi briefing sikit tentang perjalanan nak trans tabur menabur nanti. Dahsyat r Mimo & krew-krewnya boleh handle sampai 80 orang ni nak naik bukit tabur. Salute! Ni memang betul-betul otai! heheeee.... Kebanyakan yang join ni geng bebudak student jer yang ramai. Kitaorang semua tak kenal pon antara satu sama lain. hahaaaaa


Ni kira first time aku join group hiking paling ramai ni! heheee.. Meriah la sambut Deepavali kat puncak bukit tabur jap lagi! hahaaa


Track laluan : Kemensah - Tabur Extra - Tabur Extreme - Tabur Far East - Kemensah


Start-start je dah naik pacak! Semput mak nak! ;p


Pendakian Bukit Tabur ni tidak mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perjalanan merentas hutan dan akan banyak kali naik turun bukit sebelum sampai ke puncak.



Trek semak ni banyak duri-duri tajam.


Berjaya melepasi trek semak & pacak! Pewai2!



Dah nampak view lawa!


Ni trek yang aku pernah lalu dulu masa pergi Bukit Tabur Extra dengan abg Ariff.

Sunshine!

Ada beberapa tempat yang agak berbahaya, berbatu curam. Pastikan sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. Jangan kalut. Jangan berebut. Jangan tolak orang lain. Beratur tunggu turn nak panjat batu tu.


Ni kat kawasan Bukit Tabur Extra. Kat sini tak de signboard. So lepas tu kitaorang terus ke Bukit Tabur Extreme pulak.




Nasihat aku pada yang baru first time nak pegi Tabur extreme ni, baik pergi dengan orang yang dah biasa pergi pasal laluan dia agak tricky. Trek dia bagi aku, memang betul-betul extreme lah! Trek mencanak & gayat weyh kene rock climbing!

Treknya sempit, kena lalu celah batu dan boleh menempah maut jika tersilap langkah.




Bagi aku bukit ni bukan pendakian takat celah-celah gigi. Kalau nak mendaki, mohon cekalkan hati lagi-lagi kalau yang jenis spesies gayat macam aku! hahaa... Pendakian batu hampir 90 darjah tanpa tali yang memang mencabar kekuatan otot tangan & kaki yang jitu! Gittew....




Ayu & Nadz was here!

Bukit Tabur Extreme 396 meter checked!


Sempat pinjam mortarboard bebudak UIA yang buat photoshoot konvo atas bukit nih! Kemain bebudak sekarang amik gambar konvo nak style kat puncak bukit! hahaaaa...

Hats off!
Flying kiss!

Flying kick! lol
We are Supergirls!
Masa otw nak turun dari tabur extreme ni, hujan turun lebat pulak. Habis lenjun. Lagi lah bertambah gayat nak turun batu-batu licin tuh! Lepas tu dah berenti hujan, sambung pergi ke tabur far east pulak. Dalam sejam lagi kne trekking. Aku sebenarnye dah pewai giler dah. hahaaa



Nak naik ke Tabur Far East ni pon sama gayat macam tadi jugak! Nebes iolls!


Dengan adik Anuar. Dia ni student lagi! hahaa


Krew-krew yang hebat & mantap! Kipidap! Thanks to Mimo & krew2 yang sudi bawak kitaorang yang nubis kubis ni naik bukit tabur! hahaa...


Dah sampai kat tabur far east suma bukak bekal masing-masing. Aku & Ayu dah melahap tadi masa kat tabur extreme. Bawak nasi lemak sebungkus jer. Patut bawak 3 bungkus kot coz pergi 3 puncak! hahaa... Sampai kat sini dah lapar balik! Nasib la geng2 ni baik hati kongsi makanan, bagi roti canai & siap masak teh o panas lagi dalam hujan! Terima kasih bro2 sekalian! Tak sempat nak tanya nama. hahaaa....

Nadz was here!
In a Nutshell was here!

Bukit Tabur Far East 357 meter checked!


Time ni pon sama, bila sampai puncak je dah start hujan! Adehhh..... tak boleh la nak lepak lama-lama.

Ayu was here!

Hi my Kent! Please bawak daku terbang turun bukit nih! Dah tak larat! Rasa macam naik gunung Nuang jer dia punya pewai! huhuu...



Tips kalau nak naik bukit tabur nih :

1. Bawak air 3 liter & makanan yang mencukupi.

2. Pakai glove untuk elak luka-luka masa panjat batu.

3. Hati-hati bila daki & pijak batu. Banyak kes kemalangan yang berlaku kat bukit tabur ni.

4. Paling penting, bawa seseorang yang ada pengalaman daki bukit tabur ni so 
    dia boleh guide supaya tak sesat. Dah banyak kes budak2 sesat sampai ke 
    empangan tuh.



Masa turun memang disaster! Trek licin giler lalu jalan ATV tu. Coz baru lepas hujan. Berapa ramai la yang dah jatuh tertonggeng, tergolek sume. hahaaaaa... Rasa macam nak sliding jer! Rasa macam jauh giler perjalanan yang perlu ditempoh melayan trek licin nih! Mental sudah!


Ni la hasil dia selut berkilo-kilo! Jenuh la nak mendobi kasut & seluar! huhuuu... Lepas ni menyesal lah nak join trip trans2 nih! hahaaa... Saia ta kuaddd!


In a Nutshell, I'm Officially graduated Trans Bukit Tabur! Tapi tak cemerlang sangat lah! Tak dapat 4flat! Rekod pewai terokk! hahaaa... Ok tamat sudah semua episod bukit tabur! Sekian! 


Previous hike :



















Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah