Canopy Walk KL Forest Eco Park!


Assalamualaikum...


Lepas layan tangga kat batu caves tadi, kitaorang kasi terjah Canopy Walk di KL Forest Eco Park!

Dahulunya dikenali sebagai Bukit Nanas, tetapi kini ia telah rebranded sebagai KL Forest Eco Park atau Taman Rimba Eko KL.




Macam mana nak ke sini :

Berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) di Golden Triangle of Kuala Lumpur Entry points dari Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Nanas, Jalan Ampang, Jalan Gereja, and through the grounds of the KL Tower via Jalan Puncak.




Taman ni beroperasi dari jam 7:00am sehinga 6:00pm setiap hari termasuk public weekends dan public holidays. Alamat :

Menara Kuala Lumpur
NBo 2, Jalan Puncak
Off Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur

Tel : +6 03 2020 5448

Fee: Free of Charge




Facilities lain yang terdapat di taman ni :

  • Forest Information Centre 
  • Lookout Platform 
  • Birds Watching Area 
  • Toilets 
  • Huts 
  • Activities Field 

Kene naik tangga sikit untuk ke Canopy Walk ni. Tapi tangga dia tak de lah setinggi Batu Caves tu sampai goyang lutut! hahaa.... Rendah jer!


Bukit Nanas Forest Eco Park berhampiran Menara Kuala Lumpur adalah salah satu hutan simpan kekal yang tertua di negara ini. Ia telah diwartakan pada tahun 1906 dan sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Bucket Weld diikuti oleh Hutan Simpan Bukit Nanas. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 11 hektar dan hutan hujan tropika satu-satunya yang berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.





Canopy walk ni telah dibuka kepada umum sejak Jun 2015. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tempat ni, korang boleh merasai pengalaman unik merentasi titian kanopi di tengah-tangah bandaraya Kuala Lumpur!


Titian Kanopi berlatarbelakangkan Menara KL!



The best shoot of the day!


Titian kanopi ni agak panjang dan bersambungan lebih kurang 200 meter. Ketinggiannya lebih kurang 15 meter. So tak de la rasa gayat pon! hahaaa... Sesuai lah nak bawak anak-anak kecik berjalan sempena cuti sekolah!




Praktis protege cara ambik angle terbaekkk! Boleh buat kelas photography nih! hahaaaa ;p







In a nutshell, KL Eco Park Canopy Walk checked!




Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah