part 9 : Bali


Assalamualaikum


Day 9

13/5/2017 - Sabtu, 9.00am


Kami checkout hotel pukul 6 pagi dan terus menuju ke Komodo Airport yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki van. Tambang van 100,000rp. 

Sampai kat airport, kaunter check in untuk flight kami tak buka lagi. So mereput dulu sambil makan biskut Gery!


Aku tak tahu yang biskut ni viral. Masa kat Malaysia haritu kawan aku beriya cakap biskut ni sedap. Tapi bila rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu. Sekali makan memang tak boleh berhenti sebab memang sedaplah rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Tapi dia ada salut dengan coklat so rasa lemak manis berkrim gittew! hahaa


Biskut Gery adalah biskut buatan dari Indonesia yang sebelum ni viral di media sosial. Ramai yang memuji kesedapannya terutamanya Biskut Gery Saluut Malkist. 

Biskut ni juga mempunyai sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktirafkan oleh JAKIM Malaysia.



Terminal baru Bandar Udara Komodo dibangun mulai tahun 2012 dan siap pada tahun 2015. Ia mengambil nama inspirasi dari haiwan yang hanya satu-satunya di dunia yang terdapat di Indonesia iaitu "Komodo" dengan luas 9.687 meter persegi sehingga mampu menampung penumpang sebanyak 553 orang.


Kami menaiki pesawat Lion Air menuju ke Denpasar Bali.



Doa menaiki kenderaan pelbagai versi.



Naik jer flight terus dibuai mimpi indah gamaknya! hahaa


Pemandangan indah kawasan pergunungan di Bali dari udara.


Sampai je di airport Bali, pergi cari money changer. Duit pon tinggal bape sen jer! hahaa.. Ada sehari lagi perjalanan sebelum pulang ke Malaysia.


Aku tukar duit RM100 dapat 280,000rp.



Makan tengahari di kawasan luar sikit dari airport. Harga 32,000rp.


Disebabkan hari pun masih awal sebelum pulang ke Lombok, kami decide untuk jalan-jalan kat sekitar Bali. Kami sewa 1 kereta bersama supir dengan harga 700,000.00rp. Agak mahal juga sebenarnya. Tapi lepas dah deal, tu je harga yang kami dapat setelah tawar menawar. 


Peta Bali dan kawasan yang menarik kat sini.


First kami ke Pantai Pandawa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari airport. Tiket masuk di sini kena bayar 8,000rp seorang dan parking kereta 5,000rp.


Pantai Pandawa adalah salah satu kawasan wisata di area Kuta selatan, Kabupaten Badung, Bali. Pantai ni terletak di sebalik bukit dan sering disebut sebagai Pantai Rahsia (Secret Beach). 



Di sekitar pantai ni terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya dipahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam patung tersebut  disusun secara berurutan (dari posisi tertinggi) diberi nama Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula, dan Sadewa.


Patung-patung ni adalah inspirasi dari 5 Kesatria Pandawa yang merupakan tokoh utama dari kisah Mahabrata bagi penganut Hindu.



Dari lokasi yang paling atas, ada patung Dewi Kunti yang merupakan ibu kepada 5 Kesatria Pandawa dan disusun secara berurutan dengan jarak sekitar 5 meter bagi setiap patung. Setiap patung ini menghadap ke arah pantai Pandawa.



Arjuna Beta!


Menurut masyarakat setempat, patung kesatria Pandawa tersebut dibuat untuk seolah menjaga pantai Pandawa dan sekaligus juga menjadi keunikan serta daya penarik kepada para pelancong. Inilah satu-satunya pantai di Pulau Dewata yang memiliki jejeran patung-patung raksasa di pinggir pantai.




Besar giler patung-patung nih!







Kat Pantai ni ramai bule (mat saleh) main kayak, surfing dan sunbathing. Selain tu, ada juga aktiviti parasailing dari Bukit Timbis kat hujung tu.



Aktiviti kami, cuma jalan-jalan kat tepi pantai & melepak. Walaupun laut ni pasirnya putih dengan airnya yang biru, tapi bagi aku biasa jer pantai ni sebab kami dah puas tengok pantai yang sangat cantik kat lautan Flores! Datang sini macam tak de feel jer! Hahaaa



Layan perasaan nih! hahaa





Dah penat & panas berjalan, singgah sebentar minum air kelapa 20,000rp sebiji. Lepas tu makan jagung bakar 10,000rp! Enak banget!



Makin petang, makin ramai orang yang datang!






Next kami ke Uluwatu. Tiket masuk kereta 2,000rp, manakala tiket masuk untuk seorang 30,000rp.


Ramai giler bule kat sini! Aku dah rasa macam ada kat Ostolia jer bukan kat Indon! hahaa. Untuk pengetahuan korang, Mat Saleh lebih mengenali Bali ni daripada orang Indonesia sendiri. 


Ombak laut berwarna biru cerah dan putih menyapu tebing.


Nak masuk ke dalam kawasan Uluwatu, kami diberi kain sarung. Ia sebagai simbol kehormatan kerana tempat ini dianggap suci bagi penganut Hindu.


Dalam kawasan Uluwatu ni kene hati-hati dengan barang-barang yang dibawa sebab monyet sangat banyak. Monyet-monyet dekat sini agak agresif lagi-lagi bila dia nampak bayang macam makanan yang kita bawa walaupun sebenarnya bukan. So, better korang simpan la segala barang dalam beg elok-elok.




Nak tangkap gambar kat sini kene hati-hati. Sebabnya belakang tu tebing gaung! Gayat bak ang! Sebenarnya tak boleh duduk kat tebing tu. Lepas aku tangkap gambar je, ada penjaga kat situ tegur tak boleh duduk kat situ. hahaa


Kedudukannya pada paras 97 meter dari permukaan laut turut menyaksikan satu upacara Kecak Dance selama 1 jam 30 minit yang menjadi salah satu sebab ramai pengunjung datang ke sini selain daripada menikmati panorama cantik (especially for sunset).


Kami tak tengok pun kecak dance tu sebab nak masuk dia kene bayar lagi. Cuma dengar dari luar je la dorang tengah rancak berkecak-kecak! Macam best jer kat dalam tu! hehee


Uluwatu juga terkenal dengan puranya yang dibina pada abad ke 17 yang terletak di atas cerun menegak lebih kurang 100 meter tingginya menghadap lautan Hindi. 



Love birds!


Dah pukul 6.05 petang. Matahari pun dah nak hampir terbenam!


Layan sunset!


Muka toksah cita la, dah gelap, rentung habis! hahaa


Pemandangan pura di atas tebing yang sangat indah dan menakjubkan.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk ke pelabuhan Padang Bai untuk menuju ke Lombok dengan menaiki feri. 


Sebelum tu singgah di warung untuk makan malam. Dinner hari ni memang paling murah! Nasi ayam penyet bersama es jeruk berharga 19,000rp. Lebih kurang RM5.


Feri antara kedua pelabuhan di Bali dan Lombok beroperasi 24 jam. Feri berangkat sekali tiap satu jam, dengan harga tiket 40,000rp seorang.


Terdapat ruang bangku panjang untuk berbaring dalam feri. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam. Feri bergerak pada pukul 11 malam. Sempat untuk kami melelapkan mata.


Ruang untuk mengecas segala gajet yang ada! Kami sampai di Pelabuhan Lembar pada pukul 4 pagi. Kemudian terus mengambil teksi menuju ke airport Lombok dengan tambang 250,000rp.


Sampai di Lombok, kami lepak di surau sementara menunggu flight menuju ke KLIA pada pukul 3.00 petang. Breakfast biskut Gery lagi! hahaa


Day 10

14/5/2017 - Ahad, 9.00am


I love LIA!


Sebelum pulang, kami lunch dulu kat kawasan luar dari airport dengan harga 10,000rp dan pekena kopi lombok 3,000rp. 




This is how we kill a time! Main terup. hahaa


Total lost untuk hari ke 9 & 10 adalah 389,000rp iaitu lebih kurang RM125. Jumlah keseluruhan total hangus perjalanan aku selama 10 hari merentasi dari Kota Bharu-KL-Lombok-Bali-Flores-Bali-Lombok-KL-Kota Bharu all in lebih kurang RM3000. Ni kira dah berjimat habis dah! hahaa


In a Nutshell, liburan ke Indonesia adalah sangat indah dengan pemandangan gunung-ganang dan pantainya yang memukau! Pengalaman mendaki Gunung Rinjani, mengembara ke Lombok, Bali dan Kepulauan Flores meninggalkan kenangan pahit manis yang sukar untuk kami dilupakan! Pastinya aku akan kembali lagi ke Indonesia dalam misi untuk menawan gunung berapi tertinggi di puncak Indrapura!


Till then guys!



Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS