part 8 : Komodo Island, Loh Liang, Pulau Kelor


Assalamualaikum


Day 8



12/5/2017 - Jumaat, 9.00am


Pagi ni kami tak perlu keluar awal macam semalam. Sebabnya nak pergi jumpa dengan Komodo Dragon ni kat sebelah kampung ni jer. Hahaa


Duduk kat homestay ni rasa macam dekat kampung aku jer kat Malaysia tu. Hehee... Dapat tidur yang selesa. Cuma elektrik kat kampung ni ada pada waktu malam jer. Nasib baik dah cas segala kamera dan gajet malam tadi.


Dalam rumah ni ada banyak bilik. satu bilik boleh duduk 2 orang. Bilik air ada 2 kat tingkat bawah.


Breakfast dulu sebelum keluar rumah.


Bergambar kat depan anjung homestay kami. Rumah kat sini semuanya dibina tinggi. Sebabnya untuk mengelakkan biawak komodo masuk dalam rumah. Dah nama pun kampung komodo, memang bersepah la biawak berkeliaran secara liar kat kawasan kampung ni.


Naik bot lebih kurang 15 minit, kami dah sampai di Loh Liang iaitu di Komodo National Park! Loh Liang merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. 


Ada 4 track yang ditawarkan : Short , Medium, Long dan Adventure. Kami ikut yang medium trek. Kalau nak ambil long & adventure trek, pastikan korang fit untuk naik turun bukit dan ready untuk berlari dengan laju kalau dikejar Komodo! hahaa... gurau jer! :p Sebabnya kalau Long trek tu, memang renjer akan bawak masuk ke dalam sarang penternakan Komodo ni! Macam seramm jer bunyinya!


Renjer sedang memberi sedikit taklimat sebelum memulakan trekking di loh Liang walking trail!


Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang perjalanan, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, so kalau dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la. hehee


Nasib kami agak baik sebab jumpa banyak juga Komodo sepanjang trekking ni! hehee.. Waktu yang sesuai untuk datang sini adalah pada awal pagi semasa Komodo sedang aktif mencari makan. Jika waktu tengahari atau semasa cuaca panas, Komodo lebih suka menyorok dan tidur di dalam sarang.


Komodo adalah spesis biawak dan dikenali sebagai biawak raksasa oleh penduduk tempatan. Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam.


Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.


Komodo dapat menghasilkan telur dalam jangka masa pendek iaitu hanya selama 30 hari sahaja. Biasanya sekitar pertengahan Ogos, Komodo betina akan mengeluarkan telur-telurnya. Dalam sekali bertelur, Komodo akan menghasilkan sekitar 15-30 butir telur yang akan terus dijaganya hingga selama kurang lebih 4 bulan atau sampai Bulan Disember. Namun untuk menetas, telur-telur ini perlu waktu hingga sembilan bulan lamanya.

Why so serious?? Lol :p
Khusuk dengar penerangan oleh ranjer!


Ni antara sarang biawak komodo iaitu di dalam pokok yang tumbang.


Rasa macam masuk dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa cuak juga masa trekking takut kalau tiba-tiba biawak muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah kang! hahaa


Ni semua trik kamera jer! kedudukan kami & biawak tu jauh ye sebenarnya! hehee



Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. 

Kiss of the dragon!


Renjer yang sentiasa berjaga-jaga dengan kemunculan biawak komodo!



Pada bulan November biasanya musim hujan, Komodo akan memadatkan tanah tempat menyimpan telurnya untuk membuat sarang. Kemudian ia akan tertutup dengan rumput-rumput yang tumbuh di atasnya dan melindungi telur-telur di dalam lubang. Dan saat itulah ibunya akan pergi meninggalkan sarang dan membiarkan telur-telurnya menetas sendiri. Telur-telur ini tidak menetas sekali gus semuanya, ada yang menetas di akhir bulan Mac, April bahkan sampai awal Bulan Mei.


Untuk bertelur Komodo akan menggunakan sarang berupa gundukan yang di dalamnya terdapat beberapa lubang-lubang. Lubang-lubang tersebut dibuat oleh induk Komodo namun gundukan sarangnya sebenarnya dibuat oleh Burung Gosong atau sejenis Burung Maleo untuk bertelur. Membuatnya bisa sampai 5-7 tahun lho. Biasanya Komodo memangsa telur-terlu burung tersebut dan mengambil alih sarangnya.


 Jumlah yang menetas amat tergantung pada alam dan juga kemungkinan serangan dari haiwan pemangsa lain seperti babi hutan atau monyet. Setelah menetas pun, anak-anak Komodo tidak dilindungi oleh ibunya, mereka harus survive sendiri. Bahkan ibu Komodo tidak mengenal anaknya sendiri sehingga  terjadi kanibalisme. 


Besar bak ang!

Seronok la Komodo ni dibelai-belai manja! hahaa

Sihat & gemuk2 Komodo kat sini!




Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour nih!


Homosapien vs Komodo Dragon! Let's the battle begins! hahaa








“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.



Komodo Sang Naga Dari Nusa Tenggara Timur!



Komodo sedang bersantai tepi laut layan angin sepoi-sepoi bahasa!



View kat pulau ni memang awesome giler!

Komodo tengah sunbathing! hahaa




Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling cepat. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.


Sepanjang masa trekking di pulau ini, pengawal Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut pengawal tersebut biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.



New 7 wonders of nature!
Komodo udah tumbuh tanduk! ehhh2


Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. 


Kesimpulannya, memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!





Selain biawak komodo, Taman Negara Komodo juga terkenal di kalangan peminat scuba diving kerana terumbu karangnya yang cantik.




Lepas dah habis tour di Loh Liang, kami kembali semula ke kampung komodo untuk berkemas dan angkut bag untuk ke destinasi terakhir kami iaitu Pulau Kelor.


Singgah kedai tepi tu beli souvenier keychain & fridge magnet = 100,000rp


Bergambar kenangan bersama pemilik homestay. Layanan yang diberikan sangat bagus! 


Selamat tinggal Kampung Komodo! Sehingga ketemu lagi!



Tiga jam lebih dalam bot untuk menuju ke Pulau kelor! Terbongkang masing-masing macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk sebab ombak kuat menghempas bot! Bergoncang habis!


Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki.


Sebelum mejejakan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal.


Macam biasa, nak dapat view yang mengancam ni kena la hiking! Trek dia memang pacak habis sehingga 45 darjah, lutut bertemu dagu beb! Fuhhhhh.... memang mencabar untuk orang yang sakit kaki macam aku & Fifa akibat penangan Gunung Rinjani yang tak habis lagi! Memang sepanjang trip ni memang non-stop hiking! Bertabahlah kaki! hahaaa


Tadaaaa... Pasir putih berpadu dengan air biru jernih yang dibatasi dengan gugusan pulau di seberangnya, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya dunia Flores!




Yang dorang 3 orang ni kemain laju lagi berdesup-desup naik! Dalam 10 minit dah sampai puncak! Huntunglarrr kaki kebal!




Nadz was here! My bucket list checked! Trip to Flores done!







Saranghae!

I love Flores!

The three stooges! :p

Slapstick action! 


Bergambar dengan Mas Bidong yang banyak membantu kami sepanjang sailing Trip di Flores ni! Terima kasih banyak Mas, yang jadi guide, merangkap photographer kami. Hahaaa... Terbaik! 


Kalau korang nak join trip ni boleh usha kat IG ni : 



Lihatlah doniaaa!

Hatiku tertinggal di Flores!



Di puncak tertinggi Pulau Kelor! Again, untuk spot view terbaik adalah dekat puncak yang first tadi tu. Kesimpulannya, untuk dapatkan gambar pemandangan yang paling cantik, tak perlu korang naik sampai puncak yang tertinggi kat pulau-pulau ni. Sama seperti di Gili Lawa, Pulau Padar, Pulau Komodo.


Puas melihat keindahan dari atas bukit, main air kat bawah ni pula!







Dalam setengah jam kami dah sampai semula ke pelabuhan Labuan Bajo.


Artis & paparazzi!


Kami stay satu malam di hotel yang sama haritu, Siola Hotel. 1 malam 150,000rp. Share bilik dengan Fifa sorang bayar 75,000rp.



Lepak dulu dekat warung depan hotel. Minum extra joss mangga susu harga 10,000rp.



Malam tu kami makan seafood di tepi jeti.


Macam-macam jenis ikan yang ada! Rambang mata nak pilih! Semuanya fresh dari laut!



Makan malam ikan bakar = 175,000rp. Dibahagi 5 = 25,000rp




Lepas makan, kami masuk dalam supermarket beli biskut yang tengah viral tu. Biskut Gary = 21,500rp.

Total lost hari ke 6 = 231,500rp lebih kurang RM75



Esoknya flight kami ke Bali dan kembali semula ke Lombok!





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS