Part 7 : Cebu City
Assalamualaikum
Day 7
13 Julai 2017, Khamis, 7.30 am
Cebu City
Previous entry : Pinoy Trip part 6 : Balicasag & Virgin Island!
Pagi terakhir di Cebu, kami mulakan dengan bermalas-malasan sambil menikmati pemandangan bandar Cebu dari tingkap hotel. Kemudian, pukul 10.00 pagi kami keluar untuk berjalan-jalan ke SM City Mall. Kami naik grab dengan tambang 200peso.
Sebelum masuk mall, kena scan body kat pintu masuk. Sebarang senjata tidak dibenarkan bawa masuk. fuhhhh~ Dah macam kat airport jer! Dorang punya safety memang terbaik!
Sebelum masuk mall, kena scan body kat pintu masuk. Sebarang senjata tidak dibenarkan bawa masuk. fuhhhh~ Dah macam kat airport jer! Dorang punya safety memang terbaik!
Kat sini susah juga nak jumpa Money Exchanger. Kami tanya polis kat situ, dia cakap kalau nak tukar duit datang kat Starbuck! So ada agen yang datang bawa duit. Aku tukar RM200 dapat 2300peso.
Aktiviti harini, window shopping dan melihat apa yang ada di pusat membeli belah ketiga terbesar di Filipina itu. Sempat aku beli sandal sebab dah jahanam masa main canyoneering haritu! hahaa. Sandal harga 652.50peso.
Jangan pelik kalau diorang kat sini pun ingat kau orang Pinoy! Biase la muka sepesen jer! hahaa.. Bila diorang cakap Tagalog ke, bahasa Pilipino ke, balas je “taga Malaysia ako.” Kebanyakan mereka fasih berbahasa Inggeris.
Beli sikit cenderahati di Island Souvenirs buat kawan-kawan & family kat Malaysia. Aku beli fridge magnet & bantal angin dengan harga 259.50peso.
Dah tengahari perut pun sudah berkencorong irama dangdut Pinoy! Kami lepak di 7-Eleven. Kedai 7E kat sini dah macam cafe starbuck boleh lepak-lepak makan & minum. Kami makan Mami Cup Assam Laksa dan minum air mineral. Mami Cup jenama Malaysia jer yang kami yakin halal kat sini. Bangga juga mee segera Malaysia jenama "Mami Chef" agak terkenal disini. Total lunch 76peso.
Next, kami ke Ayala Mall pula. Naik grab, tambang 200peso. Kat Ayala Mall, aku beli souvenior lagi, harga 230peso.
Dah penat jalan-jalan cari souvenier sambil cuci mata, kami lepak untuk makan di Persian Palate.
Ni adalah restoran makanan Arab. So halalan toyyiban! Musz lapar teruk, dia makan nasi putih dan kari telur! Yang lain makan kebab ayam & roti nan.
Aku makan roti nan garlic & air kalamansi.Total makan 120peso. Finally dapat juga makan makanan lain selain maggi & nasi Brahims tu setelah seminggu kat Filipino nih! Nampak Brahims jer, kami dah rasa loya tekak xleh masuk dah! hahaa
Dah puas window shopping, kami balik semula ke hotel naik grab. Tambang 80peso. Harga tambang grab kami share 5 orang. So total lost perbelanjaan aku untuk hari ke tujuh di Filipina ni lebih kurang 1490peso.
Day 8
14 Julai 2017, Jumaat, 4.30 am
Mactan Cebu International Airport
Lepas solat subuh, kami checkout dari hotel pada pukul 4.30 pagi. Flight kami ke KL pada pukul 7.00 pagi. Kami ke airport naik grab. Tambang 500peso. Memandangkan ada duit lebih sikit lagi, kami sempat breakfast sebentar kat Starbuck. Sambil-sambil tu mencari free wifi! hahaa.. Total air & biskut 460peso.
Haaa ni satu tips yang penting! Korang kene prepare siap-siap 750peso untuk bayar terminal fee kat airport! Kalau tak de duit nak bayo, ha mereput la kat situ tak leh balik Malaysia. Nasib baik kami dah simpan skit duit lebih tadi! hahaa
Acah-acah comel dengan bantal Tarsier dia tuh! hahaa
Filipina adalah negara kepulauan terbesar kedua di dunia (setelah Indonesia) dan terdiri dari 7,107 pulau yang terletak di Laut Cina Selatan, Laut Filipina, Laut Sulu, Laut Sulawesi, dan Selat Luzon. Philippines gonna be my favourite places to go after Indon! Banyak lagi tempat yang best & adventure yang boleh diterokai di Pilipino nih!
Till we meet again! Mabuhay Pilipinas!
Till we meet again! Mabuhay Pilipinas!
Total hangus hari terakhir adalah 942peso seorang. Jumlah perbelanjaan keseluruhan (all in) 8 hari 'Pinoy Trip' di Cebu, Bohol, Tagbilaran, Balicasag, Sumilon dan Oslob adalah lebih kurang RM1500 per pax!
Jom layan video:
In a nutshell, happy travelling guys!
Jom layan video:
In a nutshell, happy travelling guys!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!