Pinoy Trip Part 6 : Balicasag & Virgin Island!
Assalamualaikum
Day 6
12 Julai 2017, Rabu, 5.30 am
Dolphin watching - Balicasag Island - Virgin Island
Previous entry : Pinoy trip part 5 : Bohol lagi!
DOLPHIN WATCHING
Pada jam 6 pagi, kami sudah berada di atas bot. Kami mahu melihat ikan lumba-lumba berenang di lautan. Tak sabar nak tengok mamalia ni di habitat liarnya.
Pada jam 6 pagi, kami sudah berada di atas bot. Kami mahu melihat ikan lumba-lumba berenang di lautan. Tak sabar nak tengok mamalia ni di habitat liarnya.
Hampir 2 jam perjalanan tak kelihatan seekor pon dolphin melompat di lautan! Sedihhhh la juga! uhukkk... Ye la kita tak boleh nak jangka sebab dolphin ni berenang di lautan yang luas. Kalau dapat tengok tu memang sangat bertuah lah!
Bohol adalah pulau yang menakjubkan dengan banyak pantai, gua dan air terjun yang indah untuk dijelajahi. Walau bagaimanapun, 'island hopping' ke pulau-pulau berdekatan juga merupakan cara terbaik untuk menghabiskan masa anda di Bohol.
Our Motorized Outrigger Boat |
Dengan bajet perjalanan sewa bot berharga 1500peso, transport dari homestay 1500peso dan sewa snorkeling gear 2500peso, kami dapat menikmati perjalanan sehari ke Pulau Balicasag dan Pulau Virgin, Bohol.
Tonyoh jangan tak tonyoh sunblock tu! hahaa
peace yo! |
Pada hari ini aku hanya menggunakan GoPro dan SJCAM kerana bimbang untuk mengambil Kamera Digital Panasonic Lumix dan kamera phone di dalam bot. Takut terkena air! hahaa
Pulau Balicasag adalah sebuah pulau yang kecil dengan aktiviti snorkeling yang menakjubkan. Air yang jernih dan banyak penyu berenang di antara batu karang.
Memang amazing betul dengan crystal clear water dia! Tak zabarrr nak terjun! hahaa
Laju skit mendayung tu bro! Bila nak sampai da kat tempat penyu ni!.... hahaa
Yeahhh, maka bermulalah aksi kejar mengejar, berenang bersama penyu!
Nak menyelam ke dasar tu memang dalam! So, hanya mampu tengok dari atas je lah!
Akhirnya kami tewas! Kepenatan nak kejar penyu yang berenang terlalu laju! hahaa
Next, kami snorkeling di 'Balicasag Island Marine Sanctuary'. Di kawasan ni ada pelbagai jenis terumbu karang! Sangat cantik!
Banyaknya ikan! Teruja!
Kami bawa roti bagi ikan makan.
Di sebelah sana yang warna biru gelap tu lautan dalam! Rasa macam seram pula sebab tak nampak dasar laut! So dok patah balik berenang kat kawasan coral tadi! hahaa
Terbaek weyh!
Awesome!
Dah puas snorkeling, otw balik kami singgah ke 'Virgin Island' di Panglao, Bohol.
Ia terletak 15-20 minit dari Pulau Panglao di Filipina. Ia dikenali sebagai Pulau Virgin kerana tiada siapa yang tinggal di sini dan jarang dikunjungi oleh pelancong walaupun ia dibuka kepada orang ramai sejak dahulu lagi.
Panglao Island on the other side |
Pulau Virgin adalah salah satu daripada banyak pulau di Filipina di mana kawasan pasir pantainya yang putih, tenggelam semasa air pasang dan hanya pokok kelapa di tengah-tengah pulau ini dapat dilihat. Memang unik!
Kat tengah-tengah laut ada pula gerai yang jual air kelapa! Memang rare! hahaa
Muka pun dah sunburn macam gadis pulau! hahaa
Masing-masing kehausan main air laut tengah panas! Dapat pekena pula air kelapa fresh! Memang padu! hahaa
Kepala mana kepala? Eh kelapa....
Raja bomoh Filipino sudah mari! Pangako sa'yo Pinoy!
Dikenali oleh penduduk setempat sebagai "hidden oasis", Pulau Virgin jelas menjadi daya tarikan kerana pantai pasir putih yang panjang ketika air surut yang berkeluasan 1 hektar.
Masalahnya semasa air surut dan perairan cetek adalah sesetengah bot bermotor tidak dapat berlabuh di pulau itu kerana banyak tumbuhan laut yang mengelilingi kawasan berhampiran akan tersangkut pada kepada kipas menyebabkan ia rosak.
Sesetengah penduduk tempatan menggunakan dayung mereka untuk menggerakkan bot keluar.
Tengah renang berirama ke tu??
Docking area for motorized boats |
Acah-acah model majalah mangga! Aummm... I'm sexy & i know it!
forevermore! |
Dah puas island hopping, kami bergegas menuju ke Tagbilaran Port untuk kembali ke Cebu.
Kami sampai di port pada pukul 1.55pm. Jadi tak sempat nak kejar Oceanjet ferri pukul 2.00pm. So next ferri adalah pukul 3.20pm. Mereput dulu la.
Harga tiket ferri adalah 500peso, ferri fees 20peso, untuk check in bag 100peso per bag. Hanya boleh bawa beg kecik je masuk deck. So total sorang perlu bayar 620peso.
Perjalanan menaiki feri mengambil masa selama sejam 45 minit. Terjumpa pula dengan staff feri tu yang pandai cakap melayu. Katanya pernah bekerja di Sabah! Teruja dia jumpa kami orang Malaysia! hahaa
Muka pun dah gelap memasing! hahaaa
Sampai di Cebu Port, kami ambil grab menuju ke South East Aurora Condominium tower. Grab harga 213peso. Kami check in di sini 2 malam dengan harga 5000peso. Boleh cari penginapan yang berbaloi di AirBNB.
Total lost perbelanjaan hari ke 6 : 2762.60peso per pax.
Esoknya kami nak jalan-jalan di bandar Cebu cari Pinoy ensem macam Tenten! (watak dalam drama Dolce Amore) hahaa
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!