LATA BELATAN, BESUT GANU!



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku berkesempatan pergi piknik di Lata Belatan. Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya berada 40 kilometer dari bandar Besut, iaitu lebih kurang 103 kilometer jika dari Kuala Terengganu dan 78 kilometer dari Kota Bharu. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu. 


Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 


Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, anda boleh berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibu pejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung.


Hutan lipur ni telah dimajukan secara berperingkat semenjak tahun 1985 bagi menawarkan kemudahan bagi pengunjung.



Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan di mana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. 


Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday". Bersesuaian dengan konsep tersebut, pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf ("pondok rehat"), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.


Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).



Bagi pengunjung yang inginkan kegiatan mencabar, satu denai hutan disediakan bagi pendaki menuju ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke puncaknya. 




Selain daripada tarikan air terjunnya yang cantik dan keindahan hutan yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna, Gunung Tebu menjadi kegilaan kepada pendaki gunung yang sukakan aktiviti lasak. Untuk ke puncak Gunung Tebu, pendaki perlu melalui beberapa halangan antaranya Sungai Cakah Dua dan Batu Mat Hassan seterusnya punca air terjun di ketinggian 4950 meter.



Tapi hari ni aktiviti kami santai jer. Berkelah sambil mandi-manda di kawasan air terjun!


Di sini turut disediakan tapak perkhemahan yang luas kepada mereka yang suka menikmati keindahan malam di dalam hutan dan melakukan aktiviti yang lasak seperti jungle tracking di Hutan Lipur Lata Belatan. 


Selain daripada itu, kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini dengan keadaan yang selesa pihak pengurusan turut menyediakan chalet yang berpatutan harganya.


Kena hiking lebih kurang 30 minit juga! Ni pun dah pewai sebab dah lama tak exercise! hahaaa


Trek dia mula-mula ada kawasan bertangga. Lepas tu dah masuk jalan hutan, mencanak sikit dengan trek akar-akar kayu. Aku dah la pakai selipar jepun jer, tapak licin dan asyik tersangkut kat celah akar! hahaa... bertabahlah! Trekking slow-slow sambil sepak daun jer!


Yeahhh, akhirnya sampai juga kat port baek! Tak ramai orang! Kalau kat bawah tadi tu air dia cetek je ramai budak-budak siap ada gelongsor lagi masuk ke sungai! Sesuai untuk family yang bawa anak kecik.  


Merecikk hawau peluh! hahaa


Taa zabarr nak terjun tirukkk oi! 



Perut pun dah lapar, berkeroncong irama dangdut! So buka bekalan makanan yang kami bawa sambil lepak atas batu. Terbaekk weh!


Munira, Ecah, Muz, Fendi & aku


Sedapnya roti sardin! hahaa


Lepas makan, berendam dalam sungai!! yuhuuuu...




Pertapaan dewa air!


Air yang tenang, jernih dan sejuk! Syok mandi woi!



Acah-acah berenang!




Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.


Kawasan batu licin. Kat sini kami hanya berehat untuk ambil gambar.





Deruan air yang mengalir deras! Kena hati-hati, kat sini tak boleh mandi!



Dah habis berendam, kami pergi layan makan sate di Kg Jabi! Sepanjang jalan di sini memang terkenal dengan hidangan Sate Jabi!



In a Nutshell, memang best berkelah di Lata Belatan ni! 

Next trip, siapa boleh guide bawa aku hiking Gunung Tebu please??? Dah lama sangat ni mereput! hahaa






Comments

  1. Utk guide hiking Gunung tebu blh wasap sy wasap.my/60169303214

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah