Assalamualaikum Hari ni kita nak ke Afrika gaisss! Waka-wakaaa eyyy ehh..... Bukit South Africa (juga dikenali sebagai Bukit Baka/Bukit Unyang) yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ialah lokasi hiking popular kerana pemandangan tanah merah dan batuan gondolnya yang menyerupai pemandangan savana di Afrika Selatan. Gunakan Waze/Google Maps ke Bukit Baka Salak Tinggi atau kawasan kejiranan Taman Seroja / Medan 8. Parkir kenderaan di parking yang disediakan secara berhemah tanpa mengganggu laluan penduduk. Flight nak mendarat dah gaiss! Cabaran utama di Bukit Unyang / South Africa Sepang ialah tiada langsung trail mark. Kawasan ini bukannya trek hutan simpan rasmi yang diselenggara, sebaliknya kawasan lapang bekas kuari dan laluan tanah merah. Sebab itu tiada penanda ( trail marking ) atau papan tanda rasmi. Panduan Supaya Tidak Sesat Guna Aplikasi GPS/Trek: Sebelum mula mendaki, muat turun trek menggunakan aplikasi seperti Wikiloc, Strava, atau AllTrails. Cari lal...
Assalamualaikum Macam dah lama tak hiking kan.. So kali ni kita pergi trek yang mudah je la... heheee Anggaran dari KL: lebih kurang 45 km dari Sungai Besi Toll ke Bandar Ainsdale, jadi biasanya sekitar 40–60 minit, bergantung trafik. Dalam Bandar Ainsdale, navigate ke The Rock, Hiking Trail. Lokasinya sekitar 1 km dari kawasan Bandar Ainsdale Lake Park. Tahap: Beginner / mudah Jarak: sekitar 1–2 km untuk loop pendek, ada laluan yang boleh jadi lebih panjang. Elevation gain: kira-kira 58–68 m untuk loop pendek. Masa: lebih kurang 35–60 minit, bergantung laluan dan pace. Permulaan trek bertangga Into the woods Ada hutan buluh Ada buai. Tapi macam dah nak roboh! hahaaa.... risau timpa kepala Ada signboard map So tak de risau tersesat. Trek dia nampak jelas & proper fuhh lega dapat teguk air sejuk.. cuaca sangat panas gaiss! Air kemenangan di puncak! 100PLUS PRO High Protein is an all-in-one functional drink that helps with hydration, muscle re...
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum Baru-baru ni, sis berkesempatan untuk main Paintball di Kombat Zone Painball, Kemensah. Kat belakang Zoo Negara. Memang dah lama teringin nak try game ni. For your info, Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak "pallet" (saiz guli, 0.68 caliber) kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an. Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai style. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. shoot to kill! Package RM90.00 kitorang dapat : *500 pallets *Marker *Mask + Jacket *Breakfast + Lunch (Nasi lemak, ayam penyet) *Air mineral + 100plus *lebam-lebam & kenangan pahit manis... hahaa Team adik beradik! #sis Ain & Nuenue sama tapi tak serupa! ehhh Briefi...
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!