ABC Trip Part 7 : Sedingin Hujan Salju


Assalamualaikum



25 Mac 2018 (Ahad) 

Hari Kelima Trekking 


Lower Sinuwa - Upper Sinuwa - Bamboo - Dovan - Himalaya – Deurali

8.00am - 6.00pm
                    
Gunung Ais di Deurali


Harini kami start trekking pada pukul 8.00 pagi. Dari Sinuwa 2300M nak ke Deurali 3200M, kami perlu melalui jalan yang menaik hampir 1000 meter. It's gonna the be the hardest & longest day! huh


Breakfast dulu sebelum bergerak! Karbo loading katanya



Pagi yang dingin di Sinuwa!


Pendakian pada hari ni adalah yang paling mencabar! Jarak perjalanan yang agak jauh dengan cuaca yang tidak menentu. 


Dari Lower Sinuwa nak ke Upper Sinuwa, kami perlu trekking dalam sejam. Setelah mendaki ribuan anak tangga ke upper Sinuwa, kami melalui kawasan hutan buluh yang tumbuh liar.


Semasa dalam perjalanan ke Bamboo kami hanya melalui lereng dan lembah bukit yang tidaklah terlalu susah. Anda boleh lihat terdapat banyak pokok buluh dikawasan ini. Ramai juga trekker lain yang kami jumpa semasa dalam perjalanan ada yang turut ke Bamboo dan ada yang baru turun dari ABC. So anda tak perlu risau kebarangkalian untuk sesat disini. Memang sentiasa ada orang yang lalu lalang di sini. 



Two roads diverged in a wood and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference...


The Road not Taken


Kat sini ada papan tanda yang tak benarkan korang bawa makanan yang berdaging. Ia bagi menghormati masyarakat disini yang menganggap lembu tu suci dan Tuhan mereka bagi penganut Hindu. So makanan kami jenama Sharipah yang ada daging & serunding daging kami tinggalkan di guesthouse di Sinuwa. Nanti kami akan singgah semula di sana masa balik nanti.


Tapi masa kat sini, aku tetiba rasa pening kepala dan rasa nak pitam! Mungkin sebab altitude. So aku perlahankan langkah, jalan santai-santai! Layan view, layan perasaan daripada berjalan laju dan ingin cepat sampai kang tak pasal pengsan! hahaa

Lagi satu bila kita di tempat tinggi kena waspada dengan simtom AMS ni. Altitud Mountain Sickness memang boleh bawa maut ooo… so korang tak perlu gopoh semasa berjalan… just rileks!



Jauh lagi nak sampai ohoiii!



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! 

May the force be with you!



Time ni aku banyak jalan sorang jer. Aku pun selalu bermonolog...

Jadahnyer, aku datang kat sini. Susah-susahkan diri trekking jauh-jauh! Apa yang ko dapat! hahaa.. Lebih baik dok kat rumah, lepak tido kan! Rasa menyesal sebab jalan tak sampai-sampai! ekekeee


Disebalik sesalan tu, kena pastikan la impian aku nak sampai ke Annapurna Base Camp tu tercapai barulah terasa berbaloi! hahaa.. Kalau tak, malu dengan orang kampung ohoiiii! Lagi la bapak aku dah warning, ni last gunung yang ko daki ehh... hahaa.. Tapi Pak, banyak lagi orang punya list nak p menggunung ni! kohkohkoh..


Going to the mountains is going home.


Tengah bermonolog sendirian, rupanya ada abam photoghrapher kat belakang aku! hahaa.. Btw, nice shot awaa!


To walk in nature is to witness a thousand miracles


Stay close to what keeps you feeling alive.


Aku dan dia, berlatarbelakang kemegahan Gunung Annapurna. Untuk dia yang berbagi mimpi yang sama denganku...


Look deep into nature and then you will understand everything better.

Ada apa dengan cinta


Lebih kurang 2 jam kemudian, kami sampai di Dovan. Dapat aku lihat gunung disebelah kanan aku hampir keseluruhanya sudah diselaputi salji. Cuaca agak sejuk ketika ini. 


Kami berhenti kat Dovan untuk makan tengahari dan berehat.


Ternyata jauh lagi perjalanan untuk sampai ke Deurali! 


List menu dia sama jer dari hari first kami start trekking, sampai la kami sampai kat ABC nanti! Cuma harga jer yang berbeza. Semakin mahal woi! Harga macam kat restoran Menate gamaknya! kah3




Maggi telur harga nak dekat RM20! Bapak meninggai harga! hahaa


Aku macam biasa share makan nasi dengan Kekmi & Roja.

Nasi - 300/3
Vege Omelete - 250/3
Potato Soup - 270/3
Mushroom soup - 270/3
Hot lemon - 90

Total : 453 npr


Nasi putih bersama sup bawang putih menjadi pilihan bagi menghangatkan badan dengan cuaca yang semakin sejuk! Minum pula bersama air lemon hangat! Ahhh syahdunya…. 

Tapi kombinasi ni telah menyebabkan perut aku memulas! Ahhh sudah, terasa mahu cirit pula semasa dalam perjalanan menuju ke Deurali. Adehh.... buat hal! Tapi aku cuba tahan. Meremang siot! Berdiri bulu roma.. hahaa


Kat sini cuaca dah mendung. Kami beli plastik untuk standby kalau hujan. 

Plastik harga 350 npr lebih kurang RM14. huhhh

Baju hujan paling lejennn...



Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya! Nak tak nak, kami terpaksa mempercepatkan langkah untuk menempuh trek yang licin dan kami pun dah basah lenjun. Disebabkan terlupa bawa baju hujan, kami hanya menggunakan plastik untuk berlindung dari hujan. Sadis betul rasa! hahaa

Tetapi perjalanan masih lagi jauh untuk sampai ke guesthouse! Masa ni aku dah hampir berputus asa dan nak menangis! Lutut dah goyang, mental koyak gile! Barai bersepai dengan sakit perutnya nak ceri beri! Rakan yang lain sudah jauh didepan. Tinggal la aku jalan bersama Wak dan Porter, Aswin.



Hari ini merupakan hari terburuk selama trekking.





Masa ni semua dah sampai kat sini tengah berteduh dari hujan lebat kat guesthouse Himalaya. Syok le lepak sambil layan kopi panas! Aku jer yang belum sampai tengah berteduh dekat batu dengan Aswin & Wak.





Kemudian, gogo trip iaitu Apis datang dalam hujan untuk rescue dan menemani aku berjalan sampai ke Himalaya dan kemudian sehingga ke New Panorama Guesthouse. Fuhhh, mencabar betul kami trekking dalam hujan dan salji yang sejuk beku! Banyak kali juga aku hampir tersungkur & tersadung sebab trek yang curam dengan batu-batu licin. Nasib le ade gogo untuk aku berpaut! Tq sebab banyak tolong aku! ekekeee.. Tangan rasa kebas macam nak kena frostbite dah!.. hahaaa

 Berdebo, sedih, hiba, terharu rasanya dan sekali lagi hampir menitiskan air mata dalam hujan! Moment yang memang aku takkan boleh lupakan. Memang sentimental betul rasa. Tapi hujan dalam hati tak siapa yang tahu. Oh adakah ini namanya cinta? There is memory in the forest. And the rest will be history! huhuu.. 


Btw, Thanks Mr Hafizzuddin! I heart you!


 Akhirnya, kami semua selamat tiba di Deurali di ketinggian 3200m pada pukul 6.00 petang setelah 10 jam trekking! Salji sudah mulai turun disini. Bukan ternampak jodoh je bergetar rusuk, nampak salji pun begitu juga! Sejuknya bukan kepalang sehingga ke tulang! hahaa



Rehat dulu dalam bilik sementara tunggu dinner siap!


Masa dinner sempat berkenalan dengan awek mata biru dari Jerman! Rileks je dia lone ranger! Dorang ni memang berani travel solo! Kagum! Dia yang dah biasa dengan salji pun tak tahan sejuk kat gunung ni katanya! Kami yang baru first time jumpa salji ni lagilah! hehee


Dinner, kami macam dah tak lalu nak makan apa-apa kecuali pizza! Memang sedap len machiam pizza atas gunung nih sampai repeat order 2 kali! hehee


Harga mau sampai RM50 juga, tapi nasib kami tong-tong!



Malam di Deurali memang sejuk! Tanpa heater kami tidur rapat-rapat agar kami semua dapat panaskan badan…. Dah macam ikan sardin sempitnya! hahaa

Kali terakhir kami jumpa heater di Tadapani. Mungkin semakin tinggi, trek hutan dah berkurang sebab gunung dah diliputi ais. So dah tak de kayu kering untuk dibakar untuk tempat pemanas api.


Berhibernasi dalam selimut! Dah macam beruang kutub memasing! hahaa


Breakfast esok pagi kami makan pizza lagi. Pizza tomato cheese.


Curi-curi dapat wifi free! Kata bloodbrother kan! hahaa.. Sempat la update kat family, gulpren & boipren memasing yang kami semua still alive kat Himalaya nih! hahaa


Dah macam tongkang pecah bilik ni! Esok pagi jenoh nak packing balik barang-barang! hahaa.. Memang macam ni la keadaan kami selama 9 hari trekking ni. Kena ada skill untuk pack & unpack bekpek dengan pantas!


Thanks to Roja yang banyak tolong aku packing bag sebab kami share 1 porter! Itu pun masih lagi tak muat beg.. Biaselah pompuan, bawa almari kan! :p Thanks juga kat abam Pi yang selalu bagi aku tumpang barang skit kat beg dia! hehee


Gud Morning sunshine from Deurali!


Cantik sungguh view gunung-gunung salji depan guesthouse nih!


It’s better in the mountains. Mom i'm fine here! Still alive....


Jom layan lagu dulu




SKY ABOVE. EARTH BELOW. PEACE WITHIN.



Life is like a mountain, hard to climb, but worth the amazing view from the top.


Comments

  1. hye sis! sy macam perasan ade 1 gambar someone tengah pakai seluar. gambar sebelum "good morning sunshine from deurali". Tak tau la kalau sy salah tengok. Huhu.

    ReplyDelete
  2. me too..in case xperasan terupload..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS