Gempur Wira!



Assalamualaikum


Gempur wira!



Tahniah kepada adik aku yang terlibat pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Tentera Darat Siri 185/2017 yang melibatkan 1578 PM lelaki di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 7 Jul 2018 yang lalu.

 Beliau telah berjaya menamatkan latihan asas selama enam bulan! Bravo!


We are so proud of all of you, bro!


 Profesion ketenteraan ni sebenarnya menagih pengorbanan diri yang memerlukan keikhlasan dalam melaksanakan tugas, kegigihan bagi mencapai sasaran serta mengekalkan tahap disiplin yang baik pada sebilang masa agar sentiasa dipandang tinggi dan diyakini rakyat. 

Salute!

Rentung terbako kulit! Baru lah asykarrr sejati!


Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri,
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri,
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya

Band of brother!


Mengimbas sejarah PUSASDA, hasrat untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan terdiri dari anak-anak Melayu bermula sejak tahun 1902 dan pada tanggal 23 Jan 1933 Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Rang Undang-Undang Askar Melayu dan satu Kompeni Percubaan terdiri dari 25 anak watan telah memulakan latihan asas ketenteraan pada 1 Mac 1933 di Haig Lines Batu 5 Port Dickson.

Kini sejajar dengan perkembangan negara yang makin pesat membangun PUSASDA tidak ketinggalan dengan arus pembangunan negara yang mana pelbagai konsep dan pelaksanaan latihan diubah agar objektif latihan dapat dicapai dan legasi pewaris yang dilahirkan memenuhi kehendak Tentera Darat kini.

we were soldiers!


Perajurit Muda (PM) telah menjalani latihan selama enam bulan bermula dari 9 Dis 2017 lalu dan latihan yang dilaksanakan adalah untuk melatih dan melengkapkan PM dengan keperibadian ketenteraan, pengetahuan asas ketenteraan, pembinaan kekuatan dan ketahanan fizikal serta mental sebelum di serap ke pelbagai kor dalam TD.

Pada masa sama latihan yang dijalani termasuklah pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, latihan jasmani, pengendalian senjata, kemahiran perang dan pengukuhan aspek kerohanian bagi melahirkan PM yang mempunyai keyakinan diri, trampil, disiplin dan kompeten.


Bangga woi bila dapat berkawad sempena tamat latihan ni! Teringat zaman masa aku Palapes dulu! hahaa


Sama je semua.. Tah mana satu tah Idan nyer?!



Gagah setia!




Tahniah Idan sebab meneruskan legasi aku! hahaa




Jet dah tunggu kat belakang tu! Gerak lu pape roger!

Next destination : Alor Gajah



Berkelah bawah pokok! Asyikk dengan angin sepoi-sepoi bahasa!



Pesanan dan amanat dari Jeneral Abah Hata! hehee


In a nutshell, good luck brother! 
I wish you success in all your future endeavors! 


Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS