Gunung Besar Hantu, N9


Assalamualaikum


11 November 2018, Ahad


Baru-baru ni, aku mendaki ke 'Gunung Besar Hantu' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. 


So kita tengok macam mana trek dia seram ke idok??


Pendakian ni disertai seramai 18 orang. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke starting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm...



Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami semua menuju ke starting point. Nak masuk ke starting point agak jauh juga. Duduk atas lori Kejung dengan angin yang sejuk! hahaa



Selepas subuh, kami terus memulakan pendakian dari Guardhouse. Trek permulaan dia start dengan laluan balak sepanjang 4.6km. Jalan dia teringat macam trek Nuang & Rajah! Perjalanan yang sangat jauh tak sampai-sampai! Awal-awal lagi dah start mental! Pa dia?



Nak sampai kat simpang ni lebih kurang sejam juga. Kat sini dah ada beberapa orang yang dah pewai terok! Aku pon pewai la juga sebenarnya! hahaa


Gunung ini tak ramai orang pun yang naik. Jalan untuk ke kaki gunung tidak rata, lecak, berbatu-batu, dan bertanah merah yang menyebabkan kebanyakan pendaki akan menggunakan atau mendapatkan perkhidmatan 4WD atau kenderaan yang tahan lasak seperti lori.

Pendaki-pendaki yang tidak pernah mendaki gunung ini perlu menggunakan perkhidmatan guider kerana terdapat kemungkinan yang tinggi untuk sesat.

Me & my sis

Kebetulan pakai tudung merah! hahaa
Boleh ceria lagi!

Pewai ke tu sis?


Kat GBH ni, ada 2 checkpoint yang boleh berhenti rehat. Yang pertama iaitu di Sg. Kering. Lepas tuh checkpoint yang kedua di Kem Orkid, dekat sini pon ada sungai juga tapi kena turun bawah sikit lah baru nampak sungai. Daripada Kem Orkid ni akan terus sampai ke Puncak.

Partner in crime, Dila & Ana

Awan Karpet!



Sambung lagi trek balak! Aduhhhh memang bersepai gak layan trek balak nih! Sebab jauh giler!

Kemon sis! hahaaa


Ni first time aku tengok dia pewai terok layan trek balak! Kalau tak berdesup ajer sampai aku tercicir! hahaaa


Sampai kat Sungai Kering ni semua keletihan! So pekena breakfast milo panas dulu & take 5!


Kat sini pun boleh camping.


Ada beberapa orang pendaki yang dah tak larat nak ke puncak, stay kat sini. Kami yang lain masih lagi berkobar dan bersemangat waja meneruskan pendakian yang masih lagi jauh berbaki. Ada juga rasa nak lipak tapi nanti lagi mereput nak tunggu dorang turun tah pukul berapa! hahaa


Ni rupanya sungai kering. Kecik je pun sungainya! hahaa


Kami bergerak daripada Sg Kering ke Kem Orkid pada jam 10:00 pagi. 


Boleh pula terjumpa customer dia kat sini! Pastu terjumpa pula dengan budak-budak kolej & lecturer dia kat sini. hahaa.. Ehh tiber ade pula fans 'Nutshell' kat campsite nih! :p hahaaa.. So memang boleh cam eh sis. hihii


Trek daripada Sg Kering ke Kem Orkid masih boleh handle. Ada la kejap rata kejap menaik sikit. Tapi okaylah. 


Ni bro Akmal yang giler padu! Boleh bawa kek birthday dari bawah sampai atas puncak! Boek punya dia jaga kek tuh! Biar dia yang tersadung tergolek semua, tapi kek tetap maintain tak lepas dari genggaman! hahaa.. Aku yang tolong pegang kek tu kejap pun dah lenguh tangan! Weh trek menuju ke puncak hatkur kot! Memang gigih! Sis salute sama lu!


Kita tengok macam mana rupa kek tu kat atas puncak nanti! Maintain ke Bersepai? hahaa


Kena cross sungai!



Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami sampai di kem Orkid.


Time ni tetiba pula panas terik! Al maklumlah dah tengahari

Ni memang rare! Orkid hutan yang tumbuh meliar kat sini!

Jangan cakap sis tak payung!


So far so good!



Kemudian, sampai di Kem Orkid, lepak-lepak kejap. Tepat jam 12.15 thgri kami terus bergerak naik ke puncak. Part ni, memang mencanak je. haha So korang kena kuatkan mental dan fizikal daripada Kem Orkid nak ke puncak ni. Sebab dia akan terus naik naik dan menaik. haha Track dia lebih kurang macam Rajah!



Pacak lagi dan lagi!


Trek nak ke puncak ni, fuhhhh... mencanak!

Pewai ke tu bang?



Part tali siap lutut bertemu dagu! hahaa

Mental ada koyak skit! :p

Skit lagi sis! jangan nangis!
Sempat lagi tu membawang!



Kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke puncak sebab banyak sangat rehat. Ada team member yang buat 1 jam lebih je. Ikut speed and stamina masing-masing.


Dan akhirnyaaaaaa, kami sampai di puncak tepat jam 2.00 petang! Wohoooo!



Okay, puncak dia takda lah besar mana, agak sempit sikit lah bila ramai. Masa kami naik tu pon hanya ada group kami je. 

sedap tido bro!

time for lunch!


So yeah, kami lepak2 makan2 amik2 gambar semua 


Gunung Besar Hantu mempunyai ketinggian 1,462 meter (4,797 kaki). Gunung Besar Hantu merupakan kelompok gunung yang terletak di penghujung banjaran Titiwangsa dan merupakan salah satu kemuncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia digelar gerbang Titiwangsa, gunung Besar Hantu juga merupakan penanda sempadan antara Pahang dan Negeri Sembilan.


Semasa zaman Darurat, pihak komunis dipercayai menggunakan 'laluan tikus' di kaki gunung ni bagi menyusup masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang. Denai tersebut masih kelihatan hingga hari ini, menyusuri sungai yang berliku melalui lembah dan kadang-kala digunakan oleh pendaki gunung riadah yang mendaki gunung tersebut.


 Kawasan gunung dan hutan sekitarnya telah digezet oleh kerajaan sebagai hutan simpan.


Taraaaa.... Tengok la kek ni tak bersepai weh! Hebat tak? hahaa


Next time Kemal leh buat service kek delivery kat atas gunung! hahaa.. Upah dia berbaloi-baloi la dapat menikmati kek yang enak kat atas gunung. Thanks bro Akmal! Terbaik!





Birthday celebration kat puncak gunung!

sempoi!



Memandangkan langit pun dah gelap awan mendung berarak kelabu, kami pun dengan pantasnya turun lebih kurang pukul 3.00 petang!


Turun memang berdesup-desup! Tapi kena hati-hati sebab trek licin




Tetiba start hujan lebat giler! Lenjun habis weh.. Kasut pun jadi berat penuh tanah liat masa lalu kat kem balak!



Masa balik tu kami nak lalu semula kat sungai ni dah jadi kepala air! Fuhhhh, ni memang first time aku tengok fenomena kepala air. Nak ambil gambar pon dah tak larat sebab pewai terok dengan hujan lebat. Takut telefon basah & jahanam! Cukup la peristiwa telefon aku bergenang dalam air hujan masa kat CBL dulu! hahaa

Kagum dengan Gogo dan lineup yang sangat bagus jaga kami! Ada group yang dah berdesup ke depan sebelum kepala air lagi. Jadi kami yang masih tinggal ni tunggu beberapa orang lagi kat belakang nak buat benteng pertahanan sebab nak lalu kat kepala air ni. So bila dah ramai bersusun dari hujung ke hujung, baru la yakin nak cross sungai yang deras ni. Alhamdulillah semua berjaya menyeberangi sungai dengan selamat!


Masuk hutan pukul 6.30 pagi keluar hutan pukul 7.30 malam. 13 jam total hiking dengan trail yang sangat panjang tak sampai-sampai, trek pacak yang never ending dan pengalaman yang paling seram meredah kepala air!!  
Hantu? Nasib baik tak jumpa! hehee


In a nutshell, Gunung Besar Hantu ni boleh masuk aku punya another list of 'trek penyesalan'! hahaaa.. Ni last trip gunung untuk tahun 2018!

Thanks Mark & Go!


See ya in a next trip!




Comments

  1. Terbaaaeeekkkk...👍👍👍
    Teruskan perjuangan...
    Memartabatkan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan...


    emarti
    #sabarituindah

    ReplyDelete
  2. salam...saya ada baca tulisan cik naik cbl dan gbh ni..saya dah naik cbl..akan datang ni insyaallah gbh pula..nak tanya..gbh dan cbl ni ni pada pandangan cik, mana lagi susah?hahaha..tanya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. cbl lagi susah sebab trip pnjg 3h2m pikul beg berat. GBH pon susah jugak sbb daytrip trek hardcore.. hahaa

      Delete
    2. hahaha..macam tak de beza je..kikiki..tp untuk trip GBH kami plan ni, 2 hari satu malam. Tido di kem orkid katanya. anyway cantik seluar. PM lokasi pembelian.hehe

      Delete
    3. oh kalau camping ok la boleh rileks skit.. hehee.. Beli kat Jaymie Bundle, kota damansara.

      Delete
  3. Salam sis..hari tu masuk silipat bawak kete ke? Nak tanya jarak dari pekan betong ke kaki gunung silipat berapa km..? Saya ada trip 16 nov 2019 ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas. Xjauh pun dalam setengah jam nak ke tempat naik powil tu.

      Delete
  4. assalamualaikum. bole tau camner nak dptkan permit? bole bayar je kat bawah? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap di Pejabat Hutan Daerah Jelebu. Pergi ke sana atau tulis kpd mereka nak permit. Bayar dgn wang pos.

      Delete
  5. Salam kak, sy nk tnya tentang kos pengurusan sumber manusia dan pertahanan d upnm. Kos tu macam mana ye, sbb sy cari dlm google kurang dpt info.. Sy brminat nk apply kos tu dkat upnm.. Bleh bgi sedikit pndedahan x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos dia sama jer macam dekat uni lain yang ambil pengurusan sumber manusia. Cuma dia ada extra utk pelajar upnm wajib ambil subjek military cth military law, military history, law of arm conflicts dlln. Suasana belajar kt upnm pun sgt berbeza la mcm uni lain sebab dlm kem askar so kne ikut training palapes/kadet every week.

      Delete
  6. Assalamualaikum, naik lori tu start dari mana sampai mana yaa? Berapa jarak time naik lori dan berapa keseluruhan jarak( km ) dari start naik lori sampai habis naik lori...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Naik lori dari area masjid smpi ke starting point lebih kurang 5km dalam setengah jam.

      Delete
    2. Kalau taknak pakai perkhidmatn lori boleh tak

      Delete
  7. wow kek perfecttt tahniahhh! hebat sangat 💪🏻💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing your experience sis....

    ReplyDelete
  9. Slm sis.. mcm mn nk dptkn contact guide

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah