Taman Tasik Kelana Jaya

Assalamualaikum

Harini kita nak bersantai di Youth Park Kelana Jaya!


Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman yang terbesar dan sangat dikenali di Petaling Jaya. Terdapat 7 tasik di taman ini dan ianya merupakan salah satu tempat yang popular dengan kepelbagaian trek joging di sekeliling tasik. 


Selain trek jogging, taman ini dijuga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan lain untuk pengunjung beriadah seperti alat senaman serta skate park. Berhampiran taman ini juga terdapat pusat membeli-belah seperti Paradigm Mall dan Giant hyper market.


 Taman ini juga mempunyai pusat renang bersaiz olimpik, gelanggang tennis dan gelanggang badminton. Stadium MBPJ yang terletak bersebelahan taman ini juga merupakan salah satu tempat yang digunakan semasa Sukan Komenwel pada tahun 1998. Pengunjung juga boleh memancing di taman ini dengan mendapatkan permit daripada MBPJ.






Testing Iphone 14pro max. Now dah keluar yg Ip15 dah pon. hahaaa


In a nutshell, best trek jogging kat sini. Kalau uolls yang kaki mancing sini memang port baek lah!





Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Bukit Marak, Kelantan