Taman Tasik Shah Alam

Assalamualaikum

Whats'up gaiss!

Kembali lagi kita dalam episode jalan-jalan ke mana? hahaa


Harini sis nak bawa dak elsah p Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
6.00 Pagi - 8.00 Malam (Setiap Hari)


Cantik ye air terjun ni terasa deras air dia


Taman Tasik Shah Alam adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam. Taman ini mempunyai sebuah tasik buatan manusia yang luas dan indah dengan latar belakang bangunan-bangunan tinggi. 


Anda boleh bersantai di tepi tasik, berkelah, bermain layang-layang atau menyewa bot untuk berkeliling tasik. Anda juga boleh mencuba aktiviti flying fox yang merentasi tasik dengan harga RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.


View masjid Shah Alam


Kalau nak healing sampai pagi tabalekkk oh nooo! Tabalekkk...


Syok la port healing ngadap tasik.


Time ni budak ni kecik lagi la... hahaaa.. Rasanya baru setahun lebih time awal tahun haritu. Nampak sangat mama dah lama tak update belog.


Bagi mereka yang gemar berjogging dan berselfie, korang boleh berjogging sampai ke bahagian hujung tasik berdekatan dengan bangunan MBSA, di mana anda dapat menikmati lukisan mural yang indah di bawah jambatan tersebut.


jambatan kanopi ini ianya dibina melintasi pokok-pokok besar yang ada di antaranya berusia 40 tahun.


In a nutshell, best berekreasi kat taman ni! Jumpa lagi di taman yang lain. 

kbye!















Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS