Bukit Marak, Kelantan



Assalamualaikum


Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee

Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671.


Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.


Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa


Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan kecantikan wajahnya bagi mengelakkan peperangan bertambah dahsyat sehingga membunuh lebih ramai rakyat dan memusnahkan harta benda. Ketika hendak bertolak ke Siam, Puteri Saadong telah berpesan kepada suaminya agar menunggu kepulangannya semula ke Kota Mahligai.


Sepanjang berada di Siam, dia yang tidak mudah tunduk pada kehendak dan pujukan Raja Siam & mengatur strategi bagi menyelamatkan diri. Dia menggunakan helah dengan mengatakan tubuhnya tidak boleh disentuh Raja Siam sehingga terpaksa disediakan sebuah istana untuknya bersemayam. Ketika Raja Siam diserang penyakit kudis, Puteri Saadong berjaya menyembuhkan penyakit Raja Siam dan membuat permintaan supaya dia dihantar balik ke Kelantan.

Namun, sekembalinya ke Kota Mahligai, dia menjadi berang dan marah dengan tindakan Raja Abdullah yang memungkiri janjinya untuk setia menantinya. Pertelingkahan yang berlaku akhirnya menyebabkan kemangkatan Raja Abdullah.


Berhubung kemangkatan Raja Abdullah, menurut Raja Sulaiman, terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan mengenai punca yang menyebabkan kematian suami Puteri Saadong itu.

Ada pendapat mengatakan wujudnya konspirasi atau pakatan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang sengaja mencetuskan ketegangan di antara suami isteri itu yang seterusnya menyebabkan Puteri Saadong menikam Raja Abdullah. Kematian Raja Abdullah seolah-olah dirancang supaya takhta raja tersebut dapat dirampas.


Ada pendapat lain pula menafikan Puteri Saadong menikam suaminya dengan menggunakan cucuk sanggul akibat mengikut perasaan marah dan cemburu kerana dia disifatkan sebagai seorang yang mempunyai pegangan agama dan berperibadi baik, mana mungkin dia sanggup membunuh suaminya. Jadi, kematian Raja Abdullah dikatakan tiada kaitan dengan Puteri Saadong.

Pendapat seterusnya mengatakan Puteri Saadong tanpa sengaja tertikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya yang akhirnya menyebabkan suaminya terbunuh. Berdasarkan kesemua pendapat ini, tidak tahu mana satu yang tepat.


Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong membawa diri ke Bukit Marak bersama dayang-dayangnya termasuk seorang pengawal yang dikenali Awang Selamat.

Beberapa bulan kemudian, Raja Abdul Rahim (adik Raja Abdullah) dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 1671 (dengan gelaran Sultan Abdul Rahim) atas kehendak Puteri Saadong sendiri yang membuat keputusan untuk turun takhta.


Namun, sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Rahim, pelbagai bentuk kezaliman berlaku menyebabkan rakyat terpaksa mengadu dan merayu Puteri Saadong di Bukit Marak supaya campur tangan dalam usaha mengembalikan semula keamanan di Kota Mahligai.

Kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman akhirnya mengakibatkan Sultan Abdul Rahim terbunuh di tepi Tasik Lelayang. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Sultan Abdul Rahim mati dibunuh atas arahan sepupunya, Raja Kechil Sulong.


Dengan kemangkatan Sultan Abdul Rahim, maka berakhirnya kerajaan yang berpusat di Kota Mahligai dan selepas itu wujud kembali kerajaan Jembal di bawah pemerintahan Raja Umar yang bergelar Sultan Umar pada 1675. Sultan Umar merupakan adik kepada Raja Loyor (Sultan Adiludin) iaitu bapa kepada Puteri Saadong.

Dalam pada itu, berita mengenai Puteri Saadong tidak diketahui lagi selepas kali terakhir dia didakwa berpindah dari Bukit Marak ke Gunung Ayam yang terletak berhampiran Sungai Nenggiri, Ulu Kelantan.


Throwback misi menjejak Puteri Saadong:


Dah pewai ke tu?? hahaa


Pada sekitar 1980-an, kesan sejarah ni sering dikunjungi ribuan pelawat termasuk pelajar sekolah pada setiap hujung minggu untuk menyaksikan pelbagai kesan peninggalan seperti tapak Awang Selamat, batu menyerupai gajah, gendang batu dan bilik persolekan peninggalan puteri legenda ni yang terletak di puncak Bukit Marak.



Dalam setengah jam mendaki dah sampai kat atas ni.


View sawah padi yang cantik kat puncak!


Mengikut mitos purba, nama Bukit Marak muncul setelah seorang ahli sihir dihumbankan ke atas puncak bukit itu lalu muncul api yang menyala. Ahli sihir terbabit sebelum itu dikatakan melakukan pelbagai kejahatan dengan menggunakan ilmu hitamnya.

Sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang lelaki yang mematahkan sihir lelaki berkenaan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Ahli sihir itu kemudiannya ditangkap dan ditempatkan di atas puncak Bukit Marak. Pada ketika itu, muncul api yang marak dari arah bukit tersebut. Berdasarkan cerita itu, maka muncullah nama Bukit Marak.


Pendapat lain pula ada mengatakan nama bukit berasal daripada perkataan burung Merak dan diubah menjadi Marak. Sungguhpun terdapat pelbagai cerita mengenai asal-usul Bukit Marak namun menurut Kamus Dewan, perkataan marak bermaksud bernyala besar atau bernyala dengan hebatnya.




Dah puas lepak layan view, kami meneruskan lagi misi untuk meneroka tinggalan sejarah yang menarik di sini.




Di kawasan gua



Selepas berpindah dari Bukit Marak ke Gunung Ayam, berita tentang Puteri Saadong sudah tidak diketahui lagi. Di gunung tersebut, Puteri Saadong dikatakan bertindak menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan.

Ada pendapat mengatakan Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam bersama ibu angkatnya iaitu Che Siti Wan Kembang selepas sering merasa tidak tenteram berada di Bukit Marak.


Pendapat lain pula mengatakan Puteri Saadong membawa diri ke Gunung Ayam kerana merajuk dan makan hati dengan sikap segelintir penduduk kampung yang tidak bertanggungjawab dan tidak menepati janji dalam memulangkan semula pinggan mangkuk yang dipinjam daripadanya.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK), Raja Yusof Raja Abd. Rahman, ketika bersemayam di sebuah gua di Bukit Marak, penduduk kampung sering datang ke gua itu untuk meminjam pinggan mangkuk apabila mengadakan majlis jamuan.

“Di dalam gua tersebut, dikatakan tidak ada sesiapa pun yang dapat melihat wajahnya dengan jelas. Puteri Saadong akan mengarahkan dayang-dayangnya menyerahkan barang-barang yang ingin dipinjam penduduk.

“Dayang-dayang yang menyerahkan barangan tersebut juga tidak menampakkan diri melainkan dua tangan sahaja yang kelihatan dihulurkan keluar dari pintu gua, sementara anggota badan yang lain disembunyikan di sebalik gua,” katanya.

Namun, selepas menggunakan pinggan mangkuk tersebut, mereka tidak memulangkan semula barang-barang yang dipinjam untuk diserahkan semula kepada Puteri Saadong.
Malah ada juga yang nakal sengaja memegang tangan dayang-dayang ketika mereka menghulurkan barang-barang yang hendak dipinjam.

“Keadaan ini menyebabkan Puteri Saadong marah dan bertindak meninggalkan Bukit Marak lalu berpindah ke Gunung Ayam. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut kerana terdapat pelbagai pendapat mengenai Puteri Saadong yang menghilangkan diri tanpa diketahui di mana pengakhiran kisahnya,” ujarnya.


Adakah ni jelmaan puteri saadong sedang bertapa di atas batu??







Line up harini, Aishah, aku, Syafiq & Haidil. Sek kito jange pecoh boh! hahaa


Pokok unik!



Pak cik bawang tengah bergossip kat belakang tu! hahaa



Dah jom turun! 





Dari jauh, batu tu nampak macam kepala gajah.


Tak pasti lah ni kubu ke apa. Tu macam serombong asap.




Tak habis pusing lagi semua tempat ni, lepas tu hujan turun lebat juga! Kami pun cepat-cepat la berlari nak turun.



Masa nak turun, baru ramai giler orang nak naik. Masa tadi tu kami jer yang ada kat atas. Rasa macam seram pun ada kat tempat tinggalan sejarah ni! hahaa


Bersepai peluh! hahaa


Tempat parking kenderaan di pintu masuk Bukit Marak.


Peace yo!


Till next time, see ya Bukit Marak! Lepas hiking jom pekena 'rice to wednesday' pulop aka nasi kerabu. hahaa


Kami pergi hiking ni masa sebelum PRU lagi. Tengah musim pacak bendera masa ni. Meriah betul. hahaa.. Aku sebenarnya nak highlight dekat pokok-pokok ni sebab cantik! Macam ala-ala musim luruh jer sebab tinggal ranting-ranting. 

'Autumn in my heart'


In a nutshell, pendakian yang menarik dan bersejarah ke puncak Bukit Marak! Bukit Marak dan Puteri Saadong menjadi salah satu daripada legenda yang termashyur dalam kalangan rakyat Kelantan sehingga hari ini.


 Next, bukit mana lagi yang boleh didaki kat Kelantan ni eh??







Comments

  1. salam. nak tanya, ada contact no person yg boleh kita hubungi tak untuk guide nak bawa pelajar daki bukit marak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde guide pon sebab easy hike jer. hujung minggu selalu ramai org naik bole folo jer group yang naik tu.

      Delete
  2. Puteri Saadong bukan lagenda, tapi hakikat kewujudan wanita yang di Muliakan oleh Sang Pencipta dan keturunan Baginda Puteri masih wujud sehingga kini

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS