Memburu sunrise di Bukit Panau!



Assalamualaikum



Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama pemadangan indah dari puncaknya. 


Misi mengejar matahari terbit di Bukit Panau on! 

Trying to kiss the sun!


Kami bergerak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sejam juga perjalanan nak sampai ke sini.

Bukit panau terletak 20 km daripada Bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan Jajahan Pasir Mas memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin mengunjunginya. 

   
Lepas solat subuh di masjid berdekatan, kami start hiking lebih kurang pukul 7.00 pagi. Trek dia melalui jalan tar. Jalan tar ni dibuat oleh syarikat telekomunikasi untuk ke puncak Bukit Panau. Mungkin untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan di menara pencawang kat atas bukit ni.


Gapo dio Fiq tu pewai bersepai! hahaa


Walaupun trek dia jalan tar jer, tapi pacak dia boleh tahan curam! Semput juga nak naik! Dah boleh buat tarian Micheal Jackson condongkan badan 45 darjah! Kah kah.. Ok hambar

Bila nampak sahaja jalan bercerun sebegini, rasa boleh patah semangat untuk meneruskan pendakian terutama apabila nafas dah tercungap-cungap... hahaaa


Nutshell, bunga matahari & rosmawar. 

Boleh tahan menitik peluh jantans! Merecik hawau! bhahaaha


Kemon abe Fiq, gogo mental tak boleh koyak! Kata nak training untuk next trip! hahaa


Sekitar 20-30 minit, sampailah kami ke stesyen pemancar menandakan puncak yang hampir dekat.


Lalu trek hutan sikit.


Kat sini kena mendaki sikit & sampai dah kat puncak!

Tadaaaa....


The peace of morning light.


The golden silence


Syiokk layan sunrise kat atas ni dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa!




Here comes the sun, get your shine on!


Eh terbalik la!


Ni baru betol! 

L.O.V.E.


Loving the sight of a beautiful sunrise.

  
Bukit lagenda ni setinggi lebih kurang 234 meter. Kalau tak de kabus, boleh nampak view cantik sungai kelantan dan kawasan perkampungan tanah merah & pasir mas kat atas ni.


Touch the sun!


You are my sunshine, my only sunshine, you make me happy when skies are grey..

Star jump!
U jump i jump!


Awat macam kami bertiga je yang syok sakan posing?? kah kah kah



Misi memburu sunrise di puncak bukit panau done! Yeayyhh


Happy dance ke kiki dance ni? hahaa




Rest but never quit. Even the sun has a sinking spell each evening. But it always rises the next morning. At sunrise, every soul is born again.

– Muhammad Ali


Three Musketeers!


Dab pose!


Bancuh air dulu. Breakfast sambil layan matahari terbit katanya!

Mai secawan!


Thanks guys tunjuk jalan nak ke puncak bukit ni!



Sedikit info mengenai Bukit Panau. Dalam kalangan orang lama tempatan, ia terkenal sebagai tempat orang dahulukala meningkatkan ilmu persilatan selain membuat pertapaan. 

Malah ada yang percaya, Bukit Panau ni sebenarnya Bukit Pancalusa yang disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah sebagai salah satu tempat Laksamana Hang Tuah belajar ilmu perang dengan seorang mahaguru bernama Adi Putra.



Disinilah Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya datang berguru dengan Adi Putera iaitu nama gelaran kepada Syeikh Thana’uddin. Jarak Kota Melaka dengan Bukit Panau adalah sejauh 7 hari 7 malam pada tahun 1400 Masihi.


Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku.



Ada orang menyebut, Bukit Panau juga merupakan tempat duduk Puteri Sa'adong yang terkenal dalam cerita rakyat Kelantan. Pihak lain menyebut, Puteri Sa'adong bersemayam di Bukit Marak sebelum berpindah ke Bukit Panau pula.




 





Bukit Panau ini juga merupakan ‘Mount Ophir’ yang disebut dalam Kitab Yahudi yang mana tempat ini pernah dilawati oleh Nabi Sulaiman a.s. 

Namun, ada yang mendakwa ‘Mount Ophir’ tersebut merujuk kepada Gunung Ledang tetapi setelah adanya kajian yang dilakukan oleh pihak yang terlibat, ‘Mount Ophir’ ini sebenarnya merujuk kepada Bukit Panau.




Dah jom turun!


Terdapat juga catatan dalam sejarah negeri Kelantan tentang kejadian aneh di Bukit Panau yang menyebabkan Kelantan memperoleh namanya. Mungkin ini mitos namun ada kebenarannya. 

Suatu masa dahulu di Bukit Panau telah kejadian aneh yang mana di bukit telah terpancar cahaya berkilau-kilauan seakan kilat, dan cahaya ini dikatakan terpancar hingga ke Terengganu dan berkilauan dari arah laut. Lantas, dari “kilatan” inilah timbulnya nama Kelantan dan dari pandangan orang di kejauhan “Terang nu” yang dikatakan timbulnya nama Terengganu.


Bukit Panau yang terletak berdekatan Danau Tok Uban ni menyimpan banyak sejarah lampau dan amat menarik untuk kita terokai.


Bukit panau checked! 

Next ke stesen keretapi Pasir Mas.


Railway tracks to your heart!



Landasan kereta api laluan antara Pasir Mas – Tanah Merah. Cantik kan kalau buat wedding photoshoot kat sini! 

Tapi, mana pengantin lelaki mana? hahaa




Ok la, Gerak lu pape roger boh!





Macam kat Victoria Bridge yang terkenal kat Kuala Kangsar tu kan!



Kalau keretapi nak lalu, dia akan bunyikan hon & tutup palang, so kereta tak boleh lalu. Masa ni keretapi baru je lalu. So chill ok!




If a train doesn't stop at your station, then it's not your train.





Sometimes the wrong train takes you to the right station.



Thanks to Yuna yang tunjuk jalan ke sini & juga photographer of the day, Mr Afiq! Awesome gambar semua! hahaa

Hakak kawasan!



In a nutshell, life is like a train station, people come and go all the time, but the ones that wait for the train with you are the ones that are worth keeping in it!


See ya!








Comments

  1. Asal lawa sangat gambar ngan sunrise tu 😭😭😭

    ReplyDelete
  2. Landasan keretapi tu kt mna yer... kg apa yer... Sy cadang nk berselfie jgk ler... Cantik sgt

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS