Eps 3 : Jalan-jalan Pekan Nabalu, Kota Belud, Sabah




Assalamualaikum.....



28 Februari 2015, Sabtu 1.30pm


Dari apartment tadi kitaorang mulakan perjalanan & stop untuk makan tengahari di Putrajaya. Rupanyanya kat Sabah pon ade Putrajaya la... hehee.. Kemudia kitaorang teruskan perjalanan ke Pekan Nabalu.




Jalan semakin tinggi & bersimpang siur! Macam nak naik ke Cameron Highland tu. Aku dah rasa macam pening-pening lalat sikit! Tapi sepanjang jalan nak menghala ke sini, kitaorang dapat tengok pemandangan bukit bukau dan hutan yang sangat marvellous! 





Tu dia Mr Exclusive terlentok gittew! Nasib tak lentok kat bahu aku! Kang jeles crush aku! bhahaaa... Kesian dia tertinggal flight semalam. Melayang duit RM300++ jugak kene beli tiket baru.. Walaupun dah datang awal sejam pon tak boleh check in kat kaunter dah, coz gate dah tutup! Kalau aku mau menangis jugak kat situ, dah la sorang-sorang pastu tertinggal flight! Habislah misi xpdc kinabaluku! hahaaa ;p. Next time kene check-in flight siap2 supaya tak kena tinggal lagi. Tak pon sampai 2 jam awal sebelum flight.



Sampai dah di Pekan Nabalu!


Whoaaaa! Tempat ni SEJUKKK! Dengan udara yang segar, nyaman lagi tenang, pemandangan hutan dan gunung-gunungnya cukup indah. Walaupun ada cahaya matahari, tak terasa kepanasannya. Awesome weyhhh!



 Ibarat lukisan indah yang tergambar di kanvas infiniti. Cenggitu!




Dari Pekan Nabalu ni boleh nampak Gunung Kinabalu sebenarnya. Disediakan pelantar khas dan juga menara tinjau menghadap gunung. Tapi kitaorang tak nampak sebab di dilindungi awan mendung yang berarak! Kalau nak lihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas kena datang waktu pagi.




Pekan Nabalu yang terletak di kawasan berbukit ni pastinya menyajikan pemandangan yang cukup mengagumkan. Siriusly!


"Early Sunsets Over Monroeville"


Late dawns and early sunsets, just like my favorite scenes
Then holding hands and life was perfect, just like up on the screen
And the whole time while always giving
Counting your face among the living

Up and down escalators, pennies and colder fountains
Elevators and half price sales, trapped in by all these mountains
Running away and hiding with you
I never thought they'd get me here
Not knowing you'd change from just one bite
I fought them all off just to hold you close and tight.....

-My Chemical Romance-





Verangan macam ala-ala kat Machu Pichu! hahaaaa...






Orang kata barang-barang kat sini lagi murah dari Pasar Philipine tu.. Nak beli souvenier pon murah. Disebabkan dorang ni datang awal, sempat la shopping kat sini! Beli pishang supaya tak kepishangan nak panjat gunung esok! koh3... Aku tak sempat beli ape, sempat amik gambar jer.. hahaa.. 

Roarrrr!... Mereka & topi binatang mereka! Gua jeles tak sempat beli! hahaaa


Pekan nie boleh kata lengang, orang tak ramai & kereta pon tak banyak. Aman ja. Tapi kat sini banyak anjing, bersepah-sepah. Anjing bebas berlari riang gembira lansung tak takot orang, aku pulak yang mencicit lari takotkan binatang ittew! keh keh keh



Perjalanan diteruskan lagi. Tetiba nampak view yang cantik gila! Pastu park van tepi jalan semata sebab nak tangkap gambar jer!... hahaa

Geng2 Gopro!

Kat sini pon view Gunung Kinabalu masih lagi ditutupi awan! Tapi tak pe, yang penting pemandangan dia memang cantik! hehee


Paksa abam bawak van tu selfie sekali! Mesti dia pening layan kitaorang nih! hahaaa

Sarangheyo!


 Perjalanan diteruskan ke Kundasang pulak....



Previous entry :








Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS