Air Terjun Sofea Jane aka Kubang Gajah


Assalamualaikum....


Rasa macam dah lama tak pergi hiking... Persediaan untuk panjat kinabalu pon macam prepare tak prepare jer... cuak pulak haku!...hahaa... So ni last hiking log aku before ke kinabalu. Niat asal nak panjat Tabur Extream sebenarnye, tapi tiba-tiba abam guide kitaorang bro Ariff nak pergi air terjun pulak... ok tak kisahlah, gua layan ajer! hehee....


Macam mana nak ke sini?

Untuk ke kawasan air terjun ni, dari pintu masuk Zoo Negara korang ambil jalan bersebelahan pagar untuk ke Kg. Kemensah. Korang akan melintasi kawasan perkelahan dan akan ada kawasan ATV. Dari situ akan ada denai kecil yang menghubungkan korang ke air terjun. Korang boleh try hiking, mountain biking, naik moto scrambler ataupun ber-ATV untuk menuju ke air terjun tersebut.


Baru jalan macam nih dah start mengah! Stamina di tahap yang kurang memberangsangkan! kene workout lebih pasni! Aisehhh... jangan menangis sudah panjat kinabalu nanti! hahaa!


Test adidas kampung yang gua baru beli! Nak pakai masa naik puncak kinabalu nanti.. katanyer kasut ni power dia punya grip! heheee...


Lokasi air terjun yang juga dikenali sebagai Sofea Jane Waterfall ini dikhabarkan suatu ketika dulu menjadi lokasi penggambaran filem lakonan Sofea Jane. Aku pon tak pasti citer ape... Entah2 baru nak masuk tadika kot time filem ni tengah up! koh koh koh....

Kotor sudah kasutku! Nasib kasut getah jer... bhahaa... 

Terdapat beberapa kawasan yang berair dan berlumpur sepanjang laluan hiking nih. Tak payah nak sayang kasut sangat! hahaa... 


Yeayyy nampak sudah air terjun kat belakang tuh!

anak sungai!



Sampai dah kat atas nih! Yeahhhhh!

Thorbaekkkk!

Masa kitaorang sampai ni tak ade orang pon! Best giler! Aku nak terjun ke tak, terjun ke tak??? Dah la tak bawak baju. Kalau bro ariff bgtau awal2 nak pergi air terjun ni, memang aku dah bawak baju dah! hahaa.... Tapi depa yang lain tak kesah pon terus terjah jer dalam air! keh keh keh....


Air terjun ni sebenarnya bernama Jeram Kubang Gajah tetapi lebih dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane dalam kalangan penduduk kampung kat sini. Air dia memang sejuk & jernih!

Aku & Sher!

Tengoh syok bersantai2, tetiba ade 1 group muay thai ke tinju kot dorang dok wat training sampai ke sini ha!... Cuci mata jap! Walaupun badan kecik tapi ketak2 6 pax, tuff whoaooo! hahaa.... Siap tapau lebih nasi lemak bagi kat kitaorang.... Makan nasi lemak ramai2 dalam sungai! Memang perghhhh!... heheee




Pastu ade pulak segerombolan geng2 mountain bikers baru sampai atas nih! Gigih dorang dok angkut beskal! Tetiba meriah pulak kat air terjun nih! hahaa...


Naz, Hadi & Najwa dah menggigil kesejukan ka?? koh3... Moh la beransur turun!


Masa nak turunn pon jumpa segerombolan geng2 ATV tengah parking. Suma tengah syok mandi kat air terjun la tu! Apalagi kitaorang pon saje2 amik gambar.. Acah-acah naik! Dah lame teringin nak bawak ATV nih! hahaaa... Maybe next time!

Acah2 ride!

 In a nutshell, air terjun Sofea Jane aka Kubang Gajah ni memang best! #countingdays#cuak#roadtokinabalu






Comments

  1. Bestkan panjat gunung...dah lama dah x panjat gunung...dulu pernah panjat gunung tebu.best.bermalam atas gunung...love that moment,,

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat pengalaman naik gunung. rasa puas kan bila dpt tengok alam semulajadi yang masih dara lagi.

    ReplyDelete
  3. Brapa lama hiking ke air terjun ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS