Eps 6 : D-Day Preparation Gunung Kinabalu Hike



Assalamualaikum.....



1 Mac 2015, Ahad 7.00 pagi





Masa untuk bersarapan!



Setiap pendaki akan diberi tanda nama sebagai permit mendaki dan pengenalan diri. #teamanakgunung

Peace yaw!
Wajah-wajah keterujaan!
Azim aka wak doyok sapu jem di roti dengan penuh bergaya! #akuyangsapukoyangpanas! #merecikk
Tunjuk kad ciked! Yeayyy dapat sudah lesen mendaki!
Toraaa datang lagi, dengan tongkat ajaibnya! ;p
Mana-mana barang yang tak perlu dibawa untuk mendaki, korang boleh simpan di loker di Sutera Sanctuary Lodges. Satu beg akan dicas RM10. Backpack aku yang besar tu aku simpan kat sini. So bawak beg galas kecik jer. Dalam beg tu yang penting kene bawak air, makanan, lunch pack, ubat2, baju sejuk kot-kot tak tahan sejuk masa otw naik nanti, baju hujan, headlamp & glove. 

Dengan geng abang-abang otai! Terasa bahang aura kegunungan mereka! ;p 
Yang tengah duduk, Bro Ariff selaku organizer yang dah naik Kinabalu 5 kali kot?!. Tora, aku, Cikgu Zul aka Pendekar Langit ke-7 (dengar nama pon dah gerun nih, keturunan pahlawan agaknya?!), Zul, Bro Sham Castello (Perghhhh, ni lejen naik Kinabalu buat kali ke-9?!) & sapa eh nama dia, Fara kot? (sorry lupa). 

Dorang ni mau berlari jer kot naik Kinabalu nanti! Mesti Kinabalu ni takat celah gigi jer!.... Hurmmm.. mohon tunjuk ajar pada kami yang nubis kubis ni! :)





Lepas jer turun Kinabalu tu nanti, ade beberapa orang geng dari Team Anak Gunung ni akan naik ke Gunung Trusmadi pulak! Gunung kedua tertinggi selepas Kinabalu! Perghhhhh, Kau mampu??? Nak naik Kinabalu ni pon aku tengah dok terfikir2 mampu ke tak?? hahaaa.... 



Memang hikers kental la dorang nih! Salute! Bak kata tagline kat banner tu, Possible is everything, Challenge is nothing! Yeahhhh!... Gud luck untuk semua pendaki Kinabalu & Trusmadi expedition!

Bukaan langkah silat sebelum mendaki dari Cikgu Pendekar & anak2 buahnya! bhahaaa...
Semangat!
Krik krik krik....
Wajah-wajah kegirangan sebelum mendaki!
Map

Info menarik mengenai Gunung Kinabalu ni:


1. Merupakan puncak yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara, mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut.


2. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Namun, hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.

3. Nama "Kinabalu" merupakan perkataan kaum Kadazan dusun yang dicampurkan dengan perkataan "Aki" yang bermaksud nenek moyang. "Nabalu" pula bererti gunung. Maka, terjadilah nama Gunung Nenek Moyang atau lebih tepat lagi sebagai gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazan dusun.

4. Mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

· Puncak Low’s (Low’s Peak) (4095.2m)
· Puncak St. John’s (St. John’s Peak) (4090.7m)
· Puncak Oyayubi Iwu/puncak victoria (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
· Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
· Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
· Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
· Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)


Sebelum mendaki, ade briefing dulu dari abam guide @ porter. Barang-barang penting lain yang nak dibawa ke atas macam baju sejuk, baju extra, seluar, glove tebal, kasut getah, sandal, aku dah siap2 asingkan untuk bagi kat porter nanti. Kat sini dorang akan timbang barang-barang yang akan dibawa oleh porter. 1 kilo bersamaan RM12. Barang-barang aku dalam 5 kilo jugak! Kene bayar RM60 untuk upah porter. Disebabkan laluan trek ikut Mesilau ni jauh sikit, so bayar porter pon mahal sikit lah. 

Sapa yang terasa sado, gagah @ memang dilahirkan gagah lagi perkasa, boleh jer kalau nak bawak sendiri barang-barang korang. Baru la real backpackers kan?? ;p Tapi percayelah, beg yang 1 kilo pon akan rasa macam beban bawak 10 kilo kalau dah penat sangat mendaki nanti! Rasa macam nak humban jer.. ;p


Khusyuk dengar briefing!

Kasi warm up dulu sebelum mendaki supaya otot-otot tak kejung terkezut!

Dak Saffuan dok main2 kat belakang tu ye!
Group foto!
Free Style! Weh agak2 la nak Nazz nak peluk si Zul Wop tu, tau la dia jembu! ;p hahaa...
Kaunter pendaki




D-day! Ready to attack!........



Previous Entry :















Comments

  1. hi nadz, ada facebook @ instagram x untuk join aktiviti hiking ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u join jer mana2 group hiking kt fb.. etc Hiking & camping around Malaysia, Team Anak Gunung

      Delete
  2. >> Merupakan puncak yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara, mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut << msh ada ~> Mt.Hkakabo Razi 5.881 (Myanmar), Puncak Cartenz 4.884 (Indonesia)

    ReplyDelete
  3. >> Merupakan puncak yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara, mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut << msh ada ~> Mt.Hkakabo Razi 5.881 (Myanmar), Puncak Cartenz 4.884 (Indonesia)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS