Lost World of Tambun



Assalamualaikum....


Baru-baru ni sempena Gong Xi Fa Cai, aku sempat berjimba ke Lost World of Tambun!... Tapi disebabkan cuti umum, jalan mesti traffic jem giler babas punye!.. So pagi tu aku pergi hiking dulu kat air terjun Sofea Jane tu... hahaa.. So aku bertolak ke Ipoh dalam pukul 6 petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam jugak la dari Kuala Lumpur.


Esoknya, awal-awal pagi pintu masuk tak bukak lagi, pon ramai dah beratur! Waktu operasinya dari 10 pagi hingga jam 6 petang. Pukul 9 orang dah start datang! Phewww.....

Selfie ciked!

Tengok harga tiket boleh tahan jugak! 




Tapi-tapi, sebenarnye aku dapat tiket free! yeayyyyhhh! Aku ade masuk contest teka gambar dalam Instagram. Gambar yang aku teka tu salah satu tempat dalam Universal Studio Singapore... Ingat ke dapat tiket masuk USS... hahaaa ;p... Dapat tiket Lost World pon ok jugak! hehee... Aku rasa macam first time jerr bertuah menang contest! lol... ;p. Thanks to Asia Horizon Magazine for the tickets! Tiket kanak-kanak telah ku sedekahkan kat member, so boleh la bawak anak-anak dia!

Beratur nak masuk!

Ok peraturan kat sini ketat jugak! Dorang akan cek beg dulu sebelum masuk. Dia memang akan selup tangan dia sehabis boleh! Dalam beg aku ade terselit 1 biji roti pon kena rampas!... jadahnyerr!... hahaa.. Jadi tak payah ler korang nak bawak segala jenis makanan macam nak berkelah. Bawak badan, duit & baju saja cukup.


Sempena CNY haritu banyak jugak aktiviti yang menarik!



Tengok kat map, besar jugak Lost World nih! Kitaorang masuk2 je dalam ni terus serbu kat tempat best2 dulu. First main gelonsor Tube Raiders! Korang tak payah sibuk nak sewa2 pelampung nak main gelongsor kat sini. Dorang memang dah ade siap2 pelampung. Sewa pelampung tu untuk main kat 2 tempat jer, kat kolam ombak & adventure river jer.. So tak payah le membazir... hehee...



Tube Raiders ni ade 4 jenis gelongsor. Semuanya lain-lain style dia.. Ade yang paling extreme & ade yang rileks jer! Yang extreme slide tertutup semua & gelap tak nampak ape... Memang feeling kecut perut la dengan lajunyer! hahaaa...


Ni slide yang paling extreme. Dia tertutup half & terbuka half.. Lap paling dasyat & curam! Tapi best woooo! Disebabkan pagi-pagi tu tak ramai orang, kitaorang memang tak payah beratur la tunggu turn nak main ni... Naik turun naik turun sampai 4 kali... penat gak coz tangga dia tinggi! hahaa... Kalau korang datang petang memang ramai giler orang beratur.. So nak try empat2 slide tu memang lama la... hehee..



Cliff Racer ni pon best jugak. Tapi ni biase jer tak kecut perut sangat! ;p hehee... Ni kitaorang naik dua kali.




Dah penat main gelongsor, kitaorang pergi kat Amusement Park pulak!


Kat Amusement Park ni ada Roller Coaster (Lupe's Adventure), Dragon Flights, Stormrider, Perak Parade carousel dan Giddy Galleon.  Kalau nak tahu, roller coaster kat sini merupakan roller coaster yang pertama di Perak!


STORM RIDER- tajuk cam nama filem. hahaa... Naik kapal ni pon biase2 jer.. tak cuak sangat..




DRAGON FLIGHT ni macam ala2 kat genting tu.. Yang kat genting dulu aku tak naik pon sebab dah pening naik roller coaster.. Ni aku nak try la...


Ok memang pening!.. berpinar otak... spinning head! hahaaa ;p




GIDDY GALLEON



Ok spinning head lagi kuasa dua! hahaaa... Aku memang tak boleh la main bende2 yang statik jer dia punya pusing2!... Memang rasa nak tumbang macam buasir otak dah! koh3... ;p



Lupe’s Adventure... Roller coaster dia rileks jer.. tak extreme pon.





Kepura Cave

Masa kitaorang masuk, dorang baru je habis show bagi ikan makan.. aiseh tak sempat nak tengok! huhuu... Tapi uniklah gua ni siap ade akuarium lagi!..

Tin Valley

Lokasi gajah batu nie di permulaan tempat lombong bijih timah. Mereka buat satu kawasan seperti suasana perlombongan bijih timah. Zaman dulu2 dorang guna gajah ni la untuk angkut bijih.



Kat sini suasana dia best, sebab ko tengok la latar belakang dia? hutan wey. Bukit batu kapur pon ade. Mana nak carik tempat water theme park tetiba pemandangan hutan?!. Memang lost world la kat sini! hahaa...





Mari mendulang timah! Ni prop kalau nak ambil gambar mendulang bijih timah. Dulang tu pun disediakan. Masuk jer dalam air tu dan posingla ala-ala nak mendulang sebelah mak cik 2 orang tu. hahaa...







Rumah hantu pun ade. Tapi kitaorang tak masuk pon...


Kat Ipoh street ni ade banyak makanan yang best2 macam kat pekan Ipoh betul2!




Lepas dah main semua game yang best2, skang baru la boleh mandi puas2 kat kolam dia!.. keh3..





Pasir macam kat tepi Pantai pon ade. Boleh main volleyball.


Peace!
Lion dance!
Tiger Valley

Ni antara tarikan yang menarik iaitu Tiger Feeding Show. Ada 2 sesi pertunjukan memberi makan harimau. Kalau nak tengok kene datang awal ade tempat duduk.


Harimau-harimau di Tiger Valley ni merupakan Siberian tigers.




Masuk ke PETTING ZOO. wahhh banyak haiwan. ouh ye, kat sini ade show bagi haiwan makan. tapi ade time die. Masa aku datang sumanya dah kenyang.. haha



Di Petting Zoo ni ada pelbagai jenis haiwan dan semuanya terlatih. Paling comel, Racoon kat sini memang jinak. Racoon ni sebenarnya haiwan perosak yang akan menyelinap masuk ke dalam rumah untuk curi makanan. Kat kampung aku dulu ade banyak binatang ni. Depa panggil Jebon! Rupenye Jebon ni la racoon! hahaa.. Macam nak bela pulak sekor. hehehe :p


Selain racoon, ada banyak lagi haiwan dan kesemuanya sangat unik! Kat sini, korang boleh bagi makan dekat burung yang sangat jinak, memancing ikan-Longkang Fishing dan macam2 lagi.  Petting Zoo ni luasnya adalah 100,000 square feet. Memang besar beb!

pegang ular!
Dia nak patuk kamera aku! Cisss!


 Bird zone ni seronok sebab bebird dalam tu semua mesra. Dilepaskan dan dibenarkan untuk pelawat pegang.


Burung kakak tua!


Ni geli! Tikus tak de bulu! Yearkks..






Last before balik, lepas dah sejuk-sejuk menggigil dok berenang dalam wave pool tadi, berendam pulak puas2 dalam hotspring! Best gila berendam kat kolam air panas ni… rileks jerr.. Air panas ni semula jadi, kaya dengan mineral asli. Bagus la untuk kesihatan selain mampu mengurangkan ketegangan atau masalah stres.


Air menggelegak


In a nutshell, Lost World of Tambun memang best! Sesuai nak bawak satu family. Paling aku suka kolam air panas tu! Terbaekk!











Comments

  1. Bestnya..even dok balik penang mmg xpnh lagi singgah sini..apatah lagi nak msk sebab tiket mahal

    ReplyDelete
  2. Tambun vs Gambang yang mana satu best?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS