Part 6 : Langkawi & the geng, Pulau Payar



Assalamualaikum....



Isnin 30 Mac 2015, 8.00am



Hari keempat di Pulau Langkawi. Nak pergi ke Koh Lipe macam tak cukup bajet, so ke Pulau Payar la kite! Cari punya cari punya cari paling murah kitaorang dapat RM130 sorang. Dah research kat blog konon boleh dapat RM90, hurmmm semuanya hampa! Tu harga 2-3 taon dulu kot. 



 Pakej ni termasuk semua sekali la, pengangkutan, makanan, bayaran taman laut, dan snorkeling gear. Untuk Pulau Payar ni ada dua pakej. Yang pertama Snorkeling Package. Pakej ni kita lepak-lepak di pantai dan snorkeling di dalam kawasan yang dikhaskan. 

Yang keduanya pakej Coral Island. Yang ni mahal sikit! Pakej ni pula, pengunjung lepak-lepak di atas platform terapung di tengah laut. Di bawah platform ni ada aquarium chamber yang pengunjung boleh masuk untuk melihat hidupan di dasar laut. Pakej coral island ni pon rasanya ada snorkeling juga dan boleh pergi lepak pantai jugak, cumanya kena berenang la pergi pantai. Anyways, pakej snorkeling lagi murah daripada pakej Coral Island.

Kene pakai wristband. Macam nak masuk theme park jer! hehee

Jam 8.30 pagi, lepas breakfast, tunggu bas datang pick up kat tempat penginapan masing-masing. Kitaorang tunggu kat depan McD kat sebelah underwaterworld tu. Dah pick up semuanya, bas menuju ke jeti Kuah.

Masa book pakej tu, dorang akan bagi resit dan sticker. Sticker tu seeloknya lekatkan kan baju kasi agent tu nampak. Kitaorang tiba di Jeti Kuah pada jam 9.30 pagi. Di Jeti Kuah, kitaorang dikumpulkan mengikut group agent masing-masing. Setiap seorang akan diberikan waterproof wristband.



Agent kemudiannya akan bagi voucher makan tengah hari di Pulau Payar nanti. Bila dah setel semua, kitaorang menuju ke pelabuhan untuk menaiki feri. Untuk feri ke Pulau Payar ni seat bebas, ikut suka la nak duduk mana. Perjalanan lebih kurang sejam. Sempat la tido kejap. Nasib tak mabuk laut! hahaa


Selain dari Langkawi, korang jugak boleh ke Pulau Payar  melalui laluan dari jeti Kuala Kedah (30 min) atau Pulau Pinang (2 jam).

Air jernih!
Welcome to Pulau Payar!









Ta sabar dah nak terjun laut nih!
 


Pulau ni tak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas. Aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di pulau ni kerana ia telah pun digazetkan sebagai salah satu taman laut negara. Maknanya sebarang aktiviti penangkapan ikan adalah dilarang sama sekali, hanya boleh tengok, bagi makan dan senyum sorang2… hahaa... 




Pada tahun 1998 Pulau Payar pernah mengalami kerosakan teruk pada karangannya ekoran peningkatan suhu global yang meningkat. Kurang ketahanan pada cuaca panas menyebabkan ekologi karangan di sini telah rosak teruk dan menyebabkan karangan menjadi luntur atau bleaching.

Ekoran kejadian ni, sudah pasti ekosistem laut turut terjejas terutamanya lokasi pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain yang bergantung hidup antara satu sama lain. Langkah menutup pulau ni dari menerima kunjungan pelancong dan adanya pemantauan yang sewajarnya telah mengembalikan keindahan dasar lautnya.


Kat tengah ni ade platform untuk lepak2 sambil layan view pulau nih! Memang cantik gila view kat sini, tapi penat jugak nak berenang sampai ke platform ni! hahaa... Yang aku perasan kat sini ramai pelancong asing jer.. Terutamanya dari Korea, Jepun & Europe. Mungkin sebab kos nak datang pulau ni agak mahal. 




360 selfie @ Pulau Payar!


Dok bersidai kat tepi platform

Pulau Payar terkenal sebagai taman laut yang tercantik di Malaysia dengan pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih biru kehijauan. Kejernihan air lautnya yang luar biasa, bak orang putih kata ‘crystal clear’ memang membuat sapa2 pun geram untuk terjun.. hahaa

Peace!
Geng Krik Krik!



Posing untuk majalah mangga! lol


Dah2 jom pergi lunch dulu. Pasni sambung berenang balik!

U jump, i jump!

Aksi terjun bebas terbabas!


Aksi terjun tiruk yang gagal! Epic failed! bhahaaaa :p



Ni la lunch box kitaorang. Setiap sorang dapat sebotol air mineral 500ml, Setin air minuman ringan, buah oren, nasi goreng, timun, kentang goreng, dan ayam goreng. Bole la. Dapat isi perut.
Pesta oren!
Muka kebuluran!

Tu dia keluar dah shark! Ikan ni jenis Black-tip Reef Sharks yang merupakan salah satu jenis ikan yu dengan saiz tubuh yang agak kecil.

Teruja tengok shark!
Lepas je makan tadi, kitaorang terus berlari pergi tengok ‘baby shark feeding’. Aktiviti ini dilakukan di tepi pantai berhampiran jeti. Dorang akan campak kulit ayam dari atas jeti.



 Ikan-ikan tu akan menggelupur tangkap makanan tadi! Bukan takat shark je, kat sini ade lagi satu ikan yang memang besar gila, ikan kerapu gergasi @ giant grouper! Satu pengalaman yang cukup menarik dan memang rugi la kalau dilepaskan begitu jerr! Best wooo! Bagi yang kaki pancing tu, mungkin meleleh jerr air liur dapat tengok kelibat kerapu gergasi nih! hahaaa




Muka Kegelian pegang timun laut! lol
Timun laut!



Ikan pelangi! Nikmati pelangi!



Peace yaw!


 Sawan ikan datang menyerangggg! kah kah kah ;p




Benda paling best kat Pulau Payar ni korang akan dapat berenang dengan Baby Shark. Yay!! Excited giler dapat berenang dekat dengan Baby Shark. Tapi macam cuak jugak tiba-tiba jer dengan selamber shark muncul sebelah aku! Pastu aku buat2 kejung dalam air! hahaa.. Baru nak tangkap gambar, dia dah berenang jauh! Laju betol!



Thorbaekkkk!

Kalau korang berenang kat kawasan bawah jeti tu, memang lagi banyak ikan! Kat sini la tempat ikan kerapu gergasi tu! Ni pon aku cuak jugak bila tengok ikan kerapu tu ramai-ramai kat situ. Rasa ade dalam 10 ekor kot! Besaq gila weyhhh! Macam besaq orang jer! Sekali dia telan habis lenyap! hahaaa...


Selalunya ikan kerapu ni akan makan ikan-ikan kecik & sotong. Ikan ni suka menyorok kat bawah batu-batu besar dalam kawasan terumbu karang.

Finding Nemo! Cute gila Nemo nih! ;)


Tengok ada banyak ikan kat kawasan cetek ni. Bagi yang takut nak berenang atau snorkeling boleh main ikan kat kawasan ni je. Bukan main banyak yang datang. Besar-besar pon ada. Jangan risau digigit kerana ikan ni jinak dan suka berkawan. 



Berebut-rebut ikan makan. Tapi awas, jangan kasi makan pada Baby Shark! Dulu pernah ada kes orang putus Jari. huhuu... scary! 
This is para para paradise!
In memory!

Kemudahan seperti tandas, bilik mandi, dan tempat menyalin pakaian ada disediakan. Tapi harus ingat air yang digunakan ialah air laut. Pulau ini tiada bekalan air tawar. Sekadar nak cuci daripada pasir-pasir boleh la.

Pada jam 3.00 petang pengunjung perlu kembali semula ke platform. Jaket keselamatan akan diserahkan semula di sini dan kemudian terus menaiki menaiki feri untuk pulang ke Jeti Kuah. 



Lagi satu, aku sarankan elok kalau bawa baju untuk salin baju basah. Pada mulanya aku ingat baju basah ni akan kering macam tu je tapi tapi, kita akan bertolak pulang dengan menaiki feri. 

 Seat dia kusyen dan berhawa dingin, bukan open air style tu. Sangat-sangatla tak selesa bila basah & rasa melekit air laut! hahaa... Jadi dinasihatkan bawak la sepasang pakaian untuk ditukar sebelum menaiki feri pulang ke Kuah.


Cuaca kat sini memang panas. Dinasihatkan bawak la air mineral secukupnya untuk minum dan membersihkan diri.


Tiada kemudahan penginapan disediakan kat sini. Ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan ekosistem taman laut selain masalah ketiadaan keperluan asas seperti air dan elektrik. Pulau ni pon tiada kedai. Pastikan korang bawa makanan dan sunblock secukupnya.


Lawatan ke Pulau Payar dengan tempoh perjalanan pergi balik dan aktiviti selalunya mengambil masa dari pagi hingga ke petang. Jadi pastikan korang lapangkan satu hari khas untuk ke sini. 
 


Kalau pergi ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah di Pulau Payar! Gerenti tak menyesal!! Memang terbaekkk habaq hang!


Next entry aku share bajet & total lost aku untuk trip Langkawi nih! Adios!



Previous entry :








Comments

  1. wahhh tak pernah tau ada pulau ni. thanks for sharing. kira lagi dekat dari Kuala Kedah la ye? bagus jugak kalau boring2 bila balik Kg dekat Alor Setar.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah... dah lama tak pegi sini... must repeat one day hihi

    ReplyDelete
  3. Salam. Boleh tau apa name travel agency utk Pulau Payar ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik nad. Nak tanya dua perkara.
      1. Camera & Video guna camera apa ye?
      2. Nama travel agen pulau payar guna yg mama?

      Thank you

      Delete
    2. Camera & video guna phone je pki casing plastik. Oppo mirror, Iphone 6 & Sony Z3 ni boleh masuk air terus.
      Sorry x ingat nama travel agent tu tapi boleh cari kat area pantai chenang betul2 berhadapan McD kat sebelah underwaterworld tu... Kat situ mmg ramai org jual pakej ke Pulau Payar. Harga lebih kurang same je semua... hehee

      Delete
    3. Hi Nadz..nak tanya:
      1.casing plastik tu ade jual ke kt sana? lupe nk beli waterproof bag kt krabi :(
      2. Ade tempat letak bag x?
      Tqvm :)

      Delete
  4. Cantiknya Pulau Payar ni, airnya jernih sangat! :)

    ReplyDelete
  5. hua, mahalnye.. bru ingt na masuk air :(

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Cik Nadz, nak tanya utk pakej pulau payar ni pergi balik dari Langkawi naik feri ke? Kalau amik pakej platform tu adakah akan naik sama dengan orang yang amik beach pakej? Terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup naik feri. ye betul akan naik skali dgn pakej platform. Sape yg amik pakej platform tu akan turun dulu pastu baru pergi kt beach..

      Delete
  7. Cik Nadz ambil pakej coral ke atau pakej snorkling shja?

    ReplyDelete
  8. Salam. Ada tak contacy agent ni. Saya nak pergi and call utk booking. Tq

    ReplyDelete
  9. Salam. Ada tak contacy agent ni. Saya nak pergi and call utk booking. Tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum... wahh bestnya (Y)
    boleh tak nak minta number agen utk ke pulau payar tu?
    seronoknyaaaaa

    ReplyDelete
  11. Asalam awak. Nak tanya awk stay hotel area mana? Stay satu hotel atau tukar2 hotel? Tq hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau tak pandai berenang blh join ka.hihi

    ReplyDelete
  13. wah best2 thanks syaza jadikan as rujukan ni ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah