Bala's Chalet, Cameron Highland


Assalamualaikum


Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti terbayang ladang teh yang menghijau, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, udara yang sejuk dan nyaman dan semestinya buah strawberry yang merah ranum di pokok. Kesemua tarikan ini menjadikan Cameron Highlands tempat percutian evergreen di kalangan rakyat Malaysia.

Selain keindahan persekitaran, tanah tinggi seperti ini juga seringkali dikaitkan dengan penginapan ala-Inggeris, mungkin kerana suatu ketika dahulu, ia sememangnya menjadi lokasi retreat untuk golongan berbangsa Inggeris yang menetap di Tanah Melayu.


Mungkin kerana itu juga, sehingga kini Cameron Highlands menawarkan hotel-hotel berkonsepkan senibina Inggeris yang boleh didiami oleh para pengunjung. Seronok juga kadang-kadang jika dapat menginap di tempat begini. Sedikit-sebanyak terasa juga seperti bercuti di luar negara. 


Bala's Holiday Chalet aka Planters Country Hotel. Hotel ini pernah menjadi sebuah sekolah berasrama khas untuk kanak-kanak berbangsa Inggeris yang menetap di tanah tinggi ini. 

Senibina Tudor yang masih dikekalkan digabung pula dengan garden yang menarik mampu menawarkan percutian seolah-olah berada di English countryside, walaupun hakikatnya masih berada di negara sendiri! 


Ni dekat reception


Konon candlelight dinner la.. hehee



Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
Pahang, Malaysia
Tel : 05-4911660 | Fax: 05-4914500




Ni bilik mak abah



Ni bilik sis & hubby


Kalau korang nak usha harga untuk 1 malam & bilik yang ada boleh tengok kat sini :





Hotel ini juga menawarkan hidangan tea dan scones yang sememangnya popular di Cameron Highlands untuk dinikmati di persekitaran garden yang indah. 


Jim Thompson sebenarnya adalah nama seorang saudagar Amerika yang terkenal dalam perniagaan sutera di sempadan Thailand.

Pada 26 Mac 1967, Jim Thompson telah ke Cameron Highlands untuk melawat beberapa orang kawannya. Pagi itu, setelah ke gereja, beliau dan kawan-kawannya telah pulang ke Moonlight Cottage sebelum beliau keluar semula secara bersendirian untuk bersiar-siar. Itu adalah kali terakhir beliau dilihat sebelum menghilang secara misteri di tanah tinggi ini.

Pencarian secara besar-besaran telah dilakukan selama sebulan melibatkan 400 orang polis dan askar menggunakan peralatan yang ada pada waktu itu termasuklah helikopter selain bantuan orang asli. Namun, sehingga kini misteri kehilangan Jim Thompson masih belum terjawab. Tiada siapa tahu apakah yang telah berlaku kepada jutawan sutera ini.



Ni masa sis pergi Khao Yai, Thailand. Tempat yang famous dengan nama Jim Thompson ni :





Ni family room ada 2 tingkat. Cantik!


Walaupun bilik penginapan yang ditawarkan di sini mungkin tidak semewah hotel-hotel ala-Inggeris lain seperti The Smokehouse Hotel, The Lakehouse Hotel mahupun Cameron Highlands Resort, suasana dan ambience yang ditawarkan adalah cukup menarik, tidak kira samada anda ialah peminat senibina Inggeris ataupun sekadar ingin berada di suasana persekitaran yang mendamaikan jauh dari kesibukan kota.


Keindahan garden dan keistimewaan bangunan di sini juga seringkali membuatkan Planters Country Hotel lokasi pilihan wedding photoshoot buat pasangan yang ingin mahupun baru mendirikan rumahtangga.




Feeling2 macam kat zaman kolonial di Europe gittewww...


Ni la owner chalet ni. Baik & ramah orangnya. Beliau akan bertemu sapa dengan guest kat sini.



Dibahagian luar bilik, pokok merayap direkahan dinding. Kami mengambil kesempatan untuk berfoto sebanyak mungkin sebelum menuruni anak-anak tangga menuju ke bahagian reception untuk melihat ceruk-ceruk Bala's Chalet. Mengagumkan!

Kawasannya bersih walaupun hanya mempunyai pekerja seramai 7 orang untuk 44 buah bilik! 




Kalau nak dapatkan info lebih lanjut mengenai chalet ni boleh usha website ni :




Pheewitttt!



Dining area





Acah-acah buat video clip! hahaa





Next kemana kita??


























Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS