Jalan-jalan Taiping

 


Assalamualaikum


Bandar Taiping merupakan ibu kota heritage juga bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur


Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan biji timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. 

Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.




Nostalgia rumah kedai kat Bukit Merah ni. Tempat ayah sis membesar. 


Dengan family cikman. Adik bongsu abah.


Sementara cuti ni sempat la singgah rumah sedara mara belah abah di Perak. Masa bulan 7 ni kes baru covid dah tak de, dah boleh rentas negeri, so rasa selamat sikit nak pergi jalan-jalan dan berziarah sebab masa raya haritu kan tak boleh pergi mana-mana.


Dengan family Mak Teh. Kakak abah di Taiping.


Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong biji timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. Apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. 

Pembangunan ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan.


Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya.


Dulu jalan ni adalah jalan utama nak ke taman ni. Tapi sekarang dia dah tutup sebab ada pokok besar yang tumbang. Bagus juga dia tutup jalan ni sebab boleh dijadikan tarikan utama pelancong dan boleh bergambar dengan pokok yang cantik dan taman tasik kat tepi ni.

Sekarang ada pula perkhidmatan menyewa basikal untuk santai-santai kat sini. Memang nice! 

Anda boleh sewa basikal ini pada tempoh 30 minit dengan menggunakan apps atau bantuan staf yang berada di situ. Sambil ride, bolehlah korang ootd sambil layan suasana di Lake Garden yang segar!

FB: Cycle Dios Taiping Lake Garden
Lokasi: Taman Tasik Taiping, Taiping, Perak
Waktu:8 pagi hingga 7 petang


Kami datang ni waktu pagi hari biasa. Mujur tak ramai orang sangat. Kalau time weekend ni memang penuh orang dok bergambar kat tengah jalan. hehee


Untuk pengetahuan anda, lanskap taman ini merupakan hasil rekaan seorang warga British bernama Charles Compton. Antara fasiliti yang terdapat di taman ini adalah kolam teratai, taman Jepun, jambatan zig-zag, laluan rollerskate, trek berjogging, ruang refleksologi, bot pedal dan lain-lain lagi.


Layan video dulu :


Di dalam tarikan alam semula jadi ini bukan hanya terdapat sebuah tasik tapi 10 buah tasik indah yang di sekitarnya berdiri pohon-pohon angsana yang membekalkan oksigen yang menyegarkan kepada sesiapa yang bersantai di sini.



Next, kemana kita??




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah