Selamat Hari Raya Haji 2020
Assalamualaikum
Masa hari raya haji haritu sempat la sis pulang ke kampung halaman mertua di Pontian, Johor. Ni first time la balik lepas dah kawen haritu. Memang meriah kat kampung ni dengan ipar duai, biras dan anak buah yang ramai. Almaklumlah dalam family sis memang tak de budak kecik. Kalau kat sini fuhhh ramainya! Dah la comel semua! hahaa... Ni pun tak semua ada sebab abang ipar yang di Kedah tak dapat balik.
Sambut hari jadi Mak Mertua sis! Semoga panjang umur & murah rejeki selalu mak.
Pergi raya umah sedara mara mak mertua kat sekitar sini.
Ni first time sis makan Burasak. Mak mertua sis buat. Mak memang asal dari Benut, Pontian. So berdarah bugis la. Pak Mertua plak orang nogori. Umangaiii.. Lots of mix la.. hehehh
Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam.
Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis.
Proses pembuatan burasak ni memakan masa yang agak lama. Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rendang daging. Memang dap.. lah! Rindu nak makan lagi!
Dipercayai orang Bugis berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor, Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis.
Kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian. Rasanya enak hingga menjilat jari! Mandre' (makan)
Yummehhh...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!