Hujung Benua Asia Tenggara


Assalamualaikum

Kali ni sis nak jalan-jalan sampai ke hujung benua Asia Tenggara! hehehh

So, kalau nak tahu kat mana lokasinya, stay tuned guys....


Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.


Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.


Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. 

Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.


Mercu tanda Tanjung Piai

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. 

Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Tanjung Piai juga tempat yang paling hujung tanah besar Asia. Singapore tu tak kira sebab ia dah terpisah dari tanah besar.

Kalau dah ke sini, boleh lah bergambar kat kawasan arca yang tunjukkan anda dah sampai ke kawasan ini.

Waktu Operasi

Tutup Isnin

Selasa – Jumaat : 9pg – 5 ptg
Sabtu & Ahad : 9pg – 5:30 ptg

Harga Tiket

Warganegara - Dewasa (RM5)Kanak2 (RM3)
Pelancong Asing - Dewasa (RM10)Kanak2 (RM5)


Berkicap juga berjalan kat platform ni sebab agak jauh juga & kawasan paya dia panas & lembap dikelilingi pokok-pokok. Xde angin.. hahaa

Lagi kena patuh sop kena pakai mask, rasa lemas daku dalam asmaramu... ehh tiberr


Ehh... Liverpool fans detected! lol


Kawasan ini ada paya bakau dan ada kawasan laut berselut. Jadi kalau datang nak mandi-manda, ini bukan tempatnya melainkan anda komando Malaya! ehh

Kawasan Tanjung Piai ini penting. Walaupun nampak macam tak ada apa-apa, kawasan inilah tempat burung-burung berhijrah berehat. Dan juga kawasan yang tahan kawasan tepi pantai daripada terhakis atau naik banjir.

Kalau tak ada kawasan begini, air laut akan masuk ke kawasan Tanjung Piai, dan buat kawasan pertanian penuh air masin. Habis mati pokok bang.

Apapun, kalau tak faham, kena tahu satu. Kawasan paya bakau perlu ada dan tak boleh kita hancurkan suka-suka. Dan walaupun bila datang kat sini, semua pokoknya nampak sama, kat sini sebenarnya ada 22 jenis pokok bakau berbeza.


Ni kalau dah boleh travel dah lama sis pegi seberang Pulau Kerimon ni... hahaa


Anok manjo mak.. hahaa



Jaga-jaga, anda sentiasa diperhatikan... ehehh






Social distancing


Ehh..


Agak-agak lepas ni sis boleh kurus macam ni balik tak?? ehehh






Ehh ado budak hongap berbau la... hahaa


Selain tip of mainland asia, sis pun pernah sampai ke tip of Borneo.. Hujung Benua Sabah nun disana.. hehehh.. Teringat pula kenangan nak sampai kat sana. Jauh betul perjalanan.. Rindunya zaman backpackers, trip redah & terjah! hihii




Bergambar kenangan di Arca glob yang menandakan titik terselatan benua Asia.



In a nutshell, see ya next time! 

Kbye!

Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor