Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah




Assalamualaikum



2 Februari 2016, Selasa, 7.00am




Kami di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat! Ingat lepas subuh nak tengok panorama sunrise sambil nak terjun dalam laut. Tapi tak nampak pulak mataharinya.



Suasana pagi yang tenang & mendamaikan!


Disebabkan pagi-pagi tak de orang. so buat tempat ni macam kami yang punya! hahaa... Nak landing tengah-tengah jalan pon tak de masalah! :p

Dok bertapa!

Usha mamat hensem lalu! Mesti dia pelik apa dia aweks 2 orang ni buat kat tengah-tengah jalan! hahaa :p

Bunga Raya!

Sebelah dengan Merrimas Villa ni ada Chalet. Sesuai untuk yang datang sini secara backpackers.

Pusat Kraf

View pantai kalampunian yang indah dari atas!


Ada orang tengah workout pepagi nih!


Tanjung Simpang Mengayau yang sunyi & sepi pada waktu pagi.


Di hujung Tanjung Simpang Mengayau terdapat sebuah globe yang menjadi mercu tanda tempat ni dengan Jalur Gemilang berkibar megah. Sebuah peta yang memaparkan pulau Borneo dipahat di atas permukaan yang rata.


Tips Of Borneo adalah satu tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. Ia jadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah. 


Kami sedang berada di tanduk Sabah! hahaa


Kalau tengok dekat peta, korang akan nampak bentuk macam kat hujung telinga anjing. Itulah dipanggil tip of borneo.


The Tip of Borneo / Tanjung Simpang Mengayau checked!


Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan ‘mangazo’ pula bermakna peperangan. 


Hanya kitaorang berdua jer yang ada kat sini pada waktu pagi ni! Rasa macam private beach pulak! hahaa


Kalau dahulu Tanjung Simpang Mengayau ditakuti kerana sinonim sebagai tempat persembunyian lanun, tetapi kini ia dikenali saban hari lantaran keindahan semulajadi dengan sejarah yang tersendiri. 


yeahh!! The end of tanah Sabah!


Laut Sulu yang luas terbentang dengan ombak mengganas di "Tanduk Sabah"!


 Pemandangan laut yang membiru dengan ombak-ombak jernih memukul batu-batuan tepi pantai menghasilkan pemandangan yang begitu seni dan indah. Angin pula bertiup agak kencang, menjadikan suasana lebih dramatik. Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ni.


Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama.....


Adalah tidak digalakkan untuk para pengunjung turun ke kawasan ni kerana permukaan batu yang agak licin dan pukulan ombak yang kuat & kencang seperti kencangnya degup jantungku melihat kau yang begitu kacak di puncak kinabalu! #pickup line hambar! lulz... Ehhh2.... tapi kenapa dia ni dah ada kat bawah?? Ajet-ajet macam photographer pulak? hahaaa


Struktur tanjung "tips of Borneo ni, agak sedikit berbahaya & curam.  Sebenarnya di sebelah atas tu sudah ditampal papan kenyataan, tidak dibenarkan turun sehingga ke bawah. Tapi dah alang-alang sampai sini, macam rugi jer tak turun sampai bawah kan! hahaa... Untuk turun, kene lalu ikut struktur-struktur melengkung yang terbentuk akibat mendapan pasir yang mengeras ni. Nampak unik & menarik!


Tengah relaks-relaks layan angin kencang & ombak rindu tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami pon berlari-lari anak untuk balik ke Merrimas Villa! Rasa macam jauh la pulak & hujan semakin lebat. Boleh je bawak kereta sampai ke parking Tanjung Simpang Mengayau ni sebenarnya. Hahaaa

You are here!
Kitaorang sebenarnya bercadang nak terjun ke laut tapi tak jadi coz angin sangat kencang & hujan! So tak dapatlah aku nak test Dome & nak amik gambar dalam laut! Sedihhh! huhuuu... Coz beriya bawak dome semata nak datang Sabah ni tapi tak guna pon. Last-last mereput Dome tu tak sempat guna lagi. Bila lah nak pergi pulau lagi! hahaa


Yeayhhhh perut pon dah lapar! Lepak kat cafe untuk sarapan & tapau untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh!


Pengembaraan perlu diteruskan melalui pekan Kudat-Kota Belud-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu..


Comments

  1. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt