Selamat Tinggal Sabah!


Assalamualaikum


2 Februari 2016, Selasa, 11.00am



Lepas meninggalkan The Tip of Borneo & Merrimas Villa, kami singgah sebentar di persisiran Pantai Kalampunian. Park kereta di bahu jalan & meredah rumput semak sebelum sampai ke tepian pantai yang indah! 


Pantai Kalampunian ni berombak besar kerana mengadap laut lepas dan pasirnya putih bersih. Terdapat banyak chalet yang cantik & selesa berdepan dengan pantai ni.


Harapan nak mandi pantai memang tak kesampaian lah sebab banyak lagi tempat yang nak disinggah lepas ni. Kami bercadang nak ke Poring Hot Spring di Ranau. Tapi sebelum tu, layan dulu view kat tepi pantai ni! hehee


Yuna - Blue Sands


Hold my hand!

Phewwitttt! Ade orang tu dah propose boyfriend dia! Huntunglarrr... hahaa


Oh blue sands, will I ever get to marry my best friend?

Oh blue sands, will he ever understand?


Dah boleh la nak ajet-ajet pre honeymoon dengan laki ko macam ni kat Bali beach tu nanti! Lulz :p


Gigih aku korek pasir nak cari angle baekkk ni! hahaa


Bubye Kudat! Till we meet again!



Perjalanan pun diteruskan dari Kudat menuju ke Ranau. Ikut waze macam jauh giler. Lebih kurang 6 jam. Tapi pemandangan di sepanjang jalan memang menakjubkan. Dari view pantai, tanah landai yang dipenuhi sawah padi sehingga ke jalan berbukit beralun yang betul-betul menguji skil pemanduan & drif aku menggunakan kereta auto. 

Sebelum ni, memang si Ayu ni dok gelak-gelak jer tengok aku bawak kereta auto macam siput! Al maklumlah tak biase. Gua dah biase main2 brek & clutch bawak kereta manual. Hahaaa....Budak sebelah ni tetiba, lena pulak dia tido coz malam semalam tak boleh tido katanya! Aku pon memandu sambil melayan perasaan menembusi kampung-kampung membuatkan aku bernostalgia sorang-sorang sambil layan lagu Yuna. 



Tapi sampai di Kundasang, aku hampir kecut perut bawak kereta kat jalan-jalan berliku sebelah gaung ni! Dengan hujan rintik-rintik, lori besar kiri-kanan, tetiba kabus tebal menyelubungi seluruh pandangan! Aku tak nampak apa-apa kecuali putih jerrr seakan-akan berada dalam alam khayalan! Aku rasa cuakk giler! Aku pon kejut si Ayu! Weyhhh bangun bangun! Ayu yang tengah mamai, aku suruh dia tangkap gambar kabus! hahaa



Dah la minyak pulak tinggal satu bar, jalan semakin curam menaik atas gunung. Fuhhh memang mencabar betul. Menitik peluh jantan  sejuk aku! Perjalanan macam jauh lagi jer nak sampai. Tak nampak pulak bayang mana-mana stesen pam minyak yang terdekat. Bagi menghilangkan sedikit kegusaran, aku pon bukak tingkap & tutup aircond. Terasa kabus sejuk menampar-nampar pipiku! Sampai kat Pekan Ranau baru jumpa stesen Petronas. 



Fuhhhh..... akhirnya, lebih kurang pukul 6.00 petang, kami sampai di Ranau Poring Hot Spring! Memang sepanjang perjalanan dah berangan nak berendam dalam air panas bagi menghilangkan sengal-sengal otot yang masih tidak berkesudahan sejak turun Kinabalu haritu. Kali ni sakit kaki dia bukan biasa-biasa. Tapi..... malangnya, tempat ni dah tutup tepat pukul 6. Awatlah dia tutup cepat sangat! T__T Adehhhh!


Tapi dah alang-alang sampai sini, masuk lah tengok apa yang ada kat dalam ni. Pak cik yang jaga kat situ pon bagi kitaorang masuk free jer coz kaunter dah tutup.



Sampai-sampai je, Kolam air panas semua dia dah cuci! Dah tak de air panas dah. Baru ingat nak celup-celup kaki sikit! Tak de peluang langsung! Adoiii sedih! Macam nak kena datang lagi jer lain kali! hahaaa


Macam menarik jer... Kalau datang awal memang aku dah pergi trekking sampai ke air terjun nih! hahaa... ok next time kene repeat!


Sungai dia pon nampak mengancam rasa mau terjun tiruk jerr dari atas jambatan nih! :p


Dari Ranau, kami teruskan perjalanan untuk balik ke KK. Perlu menempuh perjalanan berliku lagi hampir 3 jam dalam keadaan pekat malam walaupun baru pukul 6 petang. Aku rasa, ni memang roadtrip paling selamber, sempoi & paling gila yang pernah aku redah dengan member yang memang sekepala. Terima kasih Ayu kerana sangat memahami, cepat belajar cara nak tangkap gambar, sanggup melayan kerenah & kegilaan aku! Lepas ni pasti kau rindu aku gila-gila! Harap kau bertabah lepas kita dah berpisah nanti. Hahaaa... 


Sampai di pekan KK lebih kurang pukul 9 malam, terus check-in di A&J hotel. Pulangkan kereta lewat sikit dari masa yang ditetapkan, nasib baik masih dalam keadaan elok walaupun dah lenjan habis bajet macam bawak 4x4! hahaa



3 Februari 2016, Rabu, 8.00am

Esoknya, seawal jam 8.00 pagi lagi kitaorang dah sampai di airport KK. Mereputlah kejap tunggu flight pukul 11.00 pagi. Kali ni, balik ke KL naik Rayani Air. 



Menarik paper bag dia!

GoPro sedang beraksi!

Dapat kudap-kudapan!

Kesimpulannya, ni total bajet aku untuk trip selama 7 hari berkelana di Bumi Sabah! 



In a nutshell, selamat tinggal Sabah bumi bertuah! Sehingga ketemu lagi! Aku pasti akan kembali ke sini. Tapi, mungkinkah akan ada pendakian Gunung Kinabalu buat kali ke tiga??? Via Ferrata maybe? Memang aku tak akan lupa kenangan paling sedih tertinggal flight Paragliding dari puncak Kinabalu tuh seumur hidup! hahaa... Siapa tahu, mungkin aku akan dapat kerja baru kat Sabah ke? Ahhhh marilah mengadap realiti! Esoknya kene menjawab depan bos! Boleh tak nak bagi surat resign terus?


Kbye!









Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt