Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya


Assalamualaikum


Baru-baru ni, aku telah pergi Singapore Day trip bersama dengan Percutian Jimat Saya (PJS). Trip ni memang super jimat sebab dengan pakej yang hanya serendah RM135 jer korang dah boleh menjelajah satu Kota Temasik nih! Haaaa.... jimat tak jimat weyhhh!

Kad putih yang perlu diisi untuk masuk ke Singapura

 Kami mulakan perjalanan pada hari Jumaat malam dari KL Sentral dan masuk ke Singapura melalui Tuas Link. Bertolak pada tengah malam dan sampai ke destinasi pada waktu subuh. Haa dah jimat penginapan kat situ. hehee


Semua nampaknya dah excited nak bertolak ke Kota Singa! Sepanjang perjalanan bas akan berhenti di beberapa perhentian. Di R&R Gelang Patah korang akan diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk mandi, solat dan sarapan. Sarapan yang disediakan adalah Nasi Lemak. Jam 6.30 pagi mula bertolak masuk ke Singapore. Yay!


Sementara tunggu sampai kat immigresen, Abang Paci selaku ketua rombongan ada bagi sedikit briefing pasal trip ni & ada main pop kuiz! Soalan-soalannya berkaitan dengan Kota Singa lah! Aku ada menjawab soalan dengan betul & dapat hadiah souvenier patung koala yang diimport khas dari Australia. hehee

Lalu di atas jambatan sambil melayan matahari terbit yang menghubungkan antara Johor dan Singapura. Untuk peringatan semasa di imigresen tidak dibenarkan mengambil gambar. Semasa proses imigresen di Johor kami di minta hanya membawa pasport sahaja. Mereka hanya scan passport kita tanpa stamping. So tiada apa-apa cop di muka surat passport kita tu. Kastam Malaysia juga tidak check barangan yang kita nak bawa ke Singapura.


Di imigresen Singapura, serahkan passport dan kad putih yang dah siap diisi. Lepas tu pegawai di kaunter tu akan scan passport kita dan cop. Keratan kad putih IMM27E tadi tu akan diberi balik. Jangan hilangkan keratan kad ni. Ini kerana keratan kad putih ni perlu diserahkan semula bila kita nak keluar dari Singapura nanti. Kalau keratan tu hilang, memang besar masalah nanti.

Makanan seperti gula-gula getah tidak dibenarkan dibawa masuk ke Singapore. Bagi yang merokok tidak dibenarkan membawa kotak rokok. Kalau bawa juga kotak rokok dimestikan keluarkan dalam 3 batang rokok. Tidak dibenarkan membawa sekotak rokok. Itulah peraturan imigresen Singapore.


Lokasi pertama adalah ke ikon Merlion di tengah kota Singapura. Ini adalah mercu tanda Kota Singa yang anda tidak boleh lepaskan peluang! Wajib bergambar di sini. Hehe. Kalau tak datang kat sini macam tak sampai kat Singapore lah bak kata orang! hahaa.... Ikon separuh-ikan dan separuh-singa ni terletak di Merlion Park. Kat sini ramai gler orang, terutamanya pelancong asing!

Minum air jap! Haus2! heheee

Kat belakang tu pulak, Marina Bay Sands Hotel aka Hotel kapal atas langit dan Art Science Museum. 


Ahli-ahli rombongan PJS bergambar kat depan Merlion!


Bersama Kak Ziana, crew Caravan Serai Holiday yang sporting, peramah & mesra alam! hehee



Bergambar kat Esplanade


Air terbang keluar dari mulut mama merlion! Papa merlion ade kat Pulau Sentosa. hehee

Eh ehhh, Merlion telah bertukar wajah! hahaaa

Singapura ni mempunyai banyak bangunan pencakar langit, bangunan yang besar dan tempat pelancongan yang bertaraf dunia seperti Universal Studios di Pulau Sentosa.


Marina Bay Sands Hotel dari dekat.


Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia. 


Lokasi seterusnya kami di bawa ke Gardens By The Bay.

Happy!

Tasik yang dipenuhi dengan pokok bunga teratai!



Disini ada taman botani belakang dengan Marina Bay hotel.


Yang ni sebenarnya serombong asap yang dihias unik seperti pokok! Kalau waktu malam memang cantik ambik gambar kat sini dengan lampu-lampu bergemerlapan kat pokok ni.



Meet my new friends! hehee




Next ke Singapore Souvenier Centre di Bugis street.


Kalau nak shopping, barang-barang memang mahal. Tambah pulak beli dengan Sing Dollar. Tapi kalau kat sini kira murah jugak lah. Macam ala-ala kat Petaling Street.


Kalau nak beli fridge magnet, keychain & t-shirt boleh la beli kat sini.


Next, lalu kat masjid Sultan.


Masjid Sultan adalah masjid yang bersejarah dan terletak di Kampong Glam. Nama kampong ni adalah berasal dari nama pokok yang banyak di Singapura pada waktu dulu iaitu pokok Gelam. Selain Masjid Sultan, di sini juga terdapat Istana Kampong Glam dan juga Taman Warisan Melayu. 


Kak Long, guide kami semasa di sini.


Di hadapan Istana Kampung Glam ni, Kak Long tengah bercerita pasal asal-usul sejarah & tempat-tempat yang menarik di Singapore .



Malay Heritage Centre


 Kitaorang bercadang untuk makan di Singapore Zam Zam. Kalau datang kat sini, makanan yang akan disebut-sebut adalah Murtabak Singapura.



Jangan melintas sebarangan di Singapura. Melintas jalan (walaupun tak ada kereta) hanya dibenarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Cari tempat yang ada tanda melintas jalan. Melintas di situ. Kat sini peraturan dia agak ketat.


Kami order Nasi Beriani Ayam & Murtabak daging. Nasi Beriani dia banyak giler! Macam tau2 jer kitaorang tangah kebuloq... haha


Restoran Zam Zam ni bertentang dengan Masjid Sultan. Selesai makan kami ke Masjid Sultan untuk menunaikan kewajipan.


Masjid ni telah digazetkan sebagai salah satu daripada national monument pada tahun 1975. Walaupun Masjid ni adalah antara yang tertua di Singapura, tapi keadaan luaran dan dalamannya kelihatan sangat cantik dan terjaga. Masjid ni juga telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong ke Singapura.


Lokasi seterusnya ke Street Art di Haji lane. Kat sini dindingnya dihiasi dengan lukisan yang menarik di sepanjang lorong jalan! Kat sini pon penuh dengan bar & cafe-cafe hipster!



Dengan kak Ina yang cute dengan teddy bearnya! Travelling beruang! hehee

Bergambar bersama Z, wartawan dari Bernama!

Ehhh ada paparazzi pulok! hahaaa

Bila wakil-wakil media & blogger bergambar! Free style katenyer! hahaaa


Dari kiri, abang blogger retis, Bro Framestone, Ketua Rombongan aka guide kami, Abam Paci, kak Ina Bernama, blogger Yanty Lee, Me in a Nutshell, Z Bernama & blogger femes, Kak Iena Wahab.




Naik teksi dari Haji Lane ke Pulau Sentosa SG10 dollar.

Bangunan nipis!

 Patut r bro tu mengelat tak nak duduk depan, rupanya syok tido kat belakang tuh! hahaaa... Aku pon sembang-sembang la dengan uncle ni. Uncle ni boleh la sembang dalam bahasa melayu sikit2! hehee...


Menurut abam guide, kalau orang Malaysia nak masuk Casino ni free jer & dapat percuma air. Boleh la pilih nak soft drink ke, milo ke air mineral ke. Cuma tunjuk passport. Sebabnya, Resort World kat Sentosa ni kepunyaan orang Malaysia yang buat Genting Resort tuh. Wowww! Kalau Singaporean nak masuk kene bayar SG100 dollar! Perghhhh!... Patutlah banyak je bas-bas no plat dari Malaysia berderet masuk Casino nih! hahaaa... 

Kitaorang berhajat nak masuk Casino ni nak minum air & lepak-lepak kat dalam aircond sambil tengok orang main judi! hahaaa.... Haus ni bak ang coz cuaca panas kat sini lain macammm skit! Sekali bro tertinggal passport dalam bas pulak! Aisehhh tak jadi nak masuk. Segan lah kami gadis-gadis nak masuk sendiri tak de bro jadi bodyguard. kah3... :p

Cute Candy!


Group photo dulu depan globe Universal Studio Singapore! Yeayhhhh!


Aku dulu dah pernah masuk dalam USS nih. Memang best giler lah dia punya ride semua! Dulu aku beli tiket USS murah pon dengan Percutian Jimat Saya ni lah! Memang berbaloi-baloi! Sape nak tengok macam mana kat dalam USS ni boleh usha kat sini :


 
Disebabkan tak dapat masuk Casino, kitaorang pon pergi lah beli air kat 7 eleven. Air kat sini memang mahal giler lah. Air mineral 1 botol dalam 2-10 dollar. Dah haus beli je lah. Nak lepak kat dalam Starbucks lagi lah tak mampu! Kata pon percutian jimat! hahaa... Cuma lepak kat luar Starbuck cari wifi! kah3...

Wukong!


Hard Rock Cafe Singapore! Mampu tengok dari luar je lah! hahaa










Dah sampai di Pulau Sentosa!



Kat sini ada Papa Merlion! Memang besar giler. Boleh naik kat atas mulut singa tu, tapi kene bayar lah! hehee








Sempat pulak abam Paci kat belakang tu menyelit! hahaa

Lawa pintu gerbang nih!
Bergambar dengan train kat atas tuh! hehee
Kidzania


Seterusnya, kami naik tram untuk ke kawasan tepi pantai!


Sampai-sampai je kat pantai..... Wowww, rasa macam kat California Beach pulak! Mat salleh half naked suma tengah bersidai! hahaaa...




Sepanjang pantai ni penuh dengan bar dan lounge, boleh lah kalau nak cuci mata tengok mat salleh. hahaaa... :p


Konon nak layan tengok sunset tepi pantai, tapi tertengok bende lain pulak! kah3... Goyang iman tengok abang-abang sado 6 pack ni tengah main volleyball! Ok tak boleh lama-lama dok kat sini! lulz :p



Kat sini ada banyak pantai! Lepas tu kitaorang naik tram pergi ke Palawan Beach pulak!


Ada jambatan gantung untuk ke tengah pulau!

Traffic jam!


Kat sini tenang sikit pantai dia, tak crowded sangat!

Pokok kelapa unik!

Layan sunset kat sini memang syok!


Letih kaki weyh berjalan seharian! hahaaa


Kesimpulannya, memang best giler join Singapore Day Trip nih! Trip ni santai dan rileks! Memang dah habis jelajah satu Kota Singa dalam masa satu hari jer dari pagi sampai malam! Hahaa... Memang berbaloi dengan harga pakej yang serendah RM135 sahaja. Yang bagusnya, kitaorang bergerak naik bas jer dari satu tempat ke tempat yang lain & berhenti betul-betul kat tempat tarikan yang utama! Memang senang kalau nak bawak family dengan anak-anak kecik atau parents. 

Dulu aku pernah datang ke Singapore secara backpacking. Memang pengangkutan utama naik train jer, tapi nak berjalan kaki & menapak ke tempat-tempat yang utama & menarik macam Merlion, Marina Bay & Pulau Sentosa memang jauhhh giler! hahaaa... Trip ni naik bas memang senang! 



In a nutshell, terima kasih kepada Abam Paci & Percutian Jimat Saya kerana sponsor trip ke Singapura nih! Memang menarik & super duper jimat bak ang! Kalau korang solo traveller, lone ranger & tak de gang ke, jangan risau! Semua yang join trip ni sporting2 belaka! Boleh dapat ramai kawan & geng baru! hehee... Untuk korang yang nak join next trip abam ni boleh la usha kat fb bawah nih & pm laju-laju ok! :






Video by Lifestyle & Youth Bernama!




Comments

  1. beach side tu tak pernah sampai lagi... macam cantik jaa

    ReplyDelete
  2. Alamak kantoi.... Memang nak mengelat... time2 mcm ini baru dapat tidur.

    Kalau tidak, agak sukar juga nk curi2 tidur.

    ReplyDelete
  3. hahaha bro seronok tidur, asal masuk bas tidur..masuk teksi pon tidur :)

    ReplyDelete
  4. AMboi... cuci mata nampak tengah lelaki-lelaki half naked dekat sana...

    Arghhhhh awat xde awek2 half naked Bro temui.... Kecewa... Oh lupa tuhan tutup hijab Bro he...23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah2... ade je berlambak lepak kat swimmimng pool dekat2 california beach tu! nanti buta mata! tgh partayyy liar! lulz....

      Delete
    2. Amboi, agak liar juga mata dia nie... Ok, xpe la... Bukan rezeki dapat cuci mata dekat sana he..23x

      Delete
  5. Ala... Knp xjmp sgt yg men in hal naked tu. Eh. Sikit2 aje dE. Nad jmp giler ramai. Not fair. Well tiring trip but its such a worth it.

    ReplyDelete
  6. Ala... Knp xjmp sgt yg men in hal naked tu. Eh. Sikit2 aje dE. Nad jmp giler ramai. Not fair. Well tiring trip but its such a worth it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaaa... ni kat first beach tuh! Memang ramai giler hot guys! Siloso beach kot nama dia! Tergugat iman dok lama2! kah3... :p

      Delete
    2. Yan Ty kena ikut orang2 muda macam Nadz, baru boleh jumpa "syurga" macam tue....

      Delete
  7. macamana nak dapat pakej tu? menarik dan murah.. email saya boleh? eddah75@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Thanks atas infonya.. Saya sekeluarga ambil infonya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. E-mail kan ke sy mcm nak dpt kan pakej ke singapore tu TQ
      Thenyuki88@gmail.com

      Delete
  11. salam nak ty , beach tu nama die apa ek?? pahlawan ker siloso beach??

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt