Assalamualaikum.... Harini aku nak wat review skit pasal Action Camera SJCAM @ SJ4000 wifi. Korang pernah dengar tak pasal kamera ni? Aku memang dah lame mengidam nak beli kamera ni.. Nak beli GoPro cam mahal sangat.. so grab r kamera ni, gopro alternatif dengan harga yang memang mengancam & mampu milik! My new baby born, SJCAM Red! Apo bondo eh Action Cam? Action cam ni selalu digunakan untuk yang kaki adventure, yang suka travel & aktiviti-aktiviti outdoor yang lasak seperti menyelam, mendaki gunung, berbasikal & macam2 lagi. Sebab saiz dia kecik so senang nak guna untuk snap & rakam moment2 yang cun masa buat aktiviti lasak tu. Tapi sekarang ni kan zaman orang suka SELFIE. Dah jadi fenomena plak... Kadang2 orang beli kamera ni bkn untuk wat outdoor pon. Setakat nak selfie sambil lepak kat kedai mamak! ;p hahaaa.... Tapi aku beli kamera ni sebab memang aku suke beroutdoor. Next entry nanti aku share gambar2 aku g menyelam kat P...
Sekarang ni siapa yang sombong ekk? Kalau sis sombong awal-awal dah suruh pak cik berambus. Kita ni bersimpati sebab dia orang tua ni siap extend duduk 2 bulan free-free lagi. Entah lah manusia jenis tak tahu bersyukur. Bila kita dah buat baik dipijak-pijak pula. Siap kata nak saman kita pulak eh? So mampu la nak bayar lawyer? Kita dah bertolak ansur dah mintak elok-elok tak diendah kita pulak dikata sombong sebagai alasan sengaja tak nak bayar hutang? Dengan janji dicapati, kita kena sidai call tak angkat, text tak reply tu bukan alasan la pak cik! https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2026/08/05/tuan-rumah-sombong-punca-rahim-omar-sengaja-tangguh-bayaran-sewa-2-tahunsaya-tidak-lari https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/08/06/rahim-omar-vows-to-clear-rm7000-debt-after-tough-spell https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/08/1597998/isu-tunggakan-sewa-rm7000-rahim-omar-mengaku-belum-lunas https://www.kosmo.com.my/2026/08/05/saya-dah-pindah-pemilik-rumah-halau-sa...
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Fuhhh dah bersarang blog aku nih!. Baru sempat nak update. Kali ni story pasal misi Kinabalu ada dalam Majalah BackPackerz Vol 3 edisi April 2016! Memang menarik betul majalah ni untuk kaki2 travel & backpackers! Kebetulan plak aku baru je balik dari trip Surabaya & Jogja! Ade pulak story pasal terjah Jogja dalam nih! Fuhhhh memang mengimbau betul! Memang best gler majalah nih! Magnet Kinabalu! Mana nak dapat majalah ni??? Hurmmm memang majalah ni tengah hangat di pasaran! Jenuh jugak aku cari kat banyak kedai semua dah sold out! Korang boleh cari kat kedai-kedai buku Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat kiosk2 myNEWS.com. Beli online pon boleh jugak! Boleh usha kat fb BackpackerzMag ! Tu diaaaa... gambar poskad aku kemain besaq! Teruja kejap! hahaaa Story pasal Adam & Team Anak Gunung! In a Nutshell,TQ Backpackerz Magazine! So cepat-cepat pergi beli s...
Assalamualaikum.... Selamat datang 2014! Hari ni aku nak share senarai baldi aka 'my bucket list'. 100 things to do before I die! Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun, aku nak buat aktiviti2 & benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan teringin sangat nak buat. Lepas aku buat, aku akan share tips & lokasi yang menarik yang aku dah pergi sebagai rujukan & panduan klu korg nak try. Selalu pun aku just tulis 'done my list'! Jadi ramai member2 yang tertanya2 ape sebenarnye aku punye wish list tu.... heheehh So, lets check it out! 1. Paragliding. Done! 2013 - hiking & paragliding di bukit jugra 2016 - Paragliding Jugra with Planta 2016 - Paragliding Kuala Kubu Bharu with Planta 2. Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Done! ...
Assalamualaikum Bersua kembali kita di dalam log hiking ke mana kita kalini?? Yang pasti bukan hiking ke hati awaaa... Cia cia cia... ehh Bukit Tunggul ialah sebuah bukit di daerah Sepang, dengan ketinggian sekitar 278 meter dari aras laut. Ia terletak berhampiran kawasan Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Sungai Buah, dan Bukit Unggul Golf & Country Club. Sumbangan seikhlas hati tapi, jangan bagi hati tapi bagi duit... ehh Boleh parking dengan tenang jiwa tenteram tiada dendam... ehh Sunrise Ternampak kawan hiking masa zaman dulu-dulu naik gunung... Masih maintain fit dak ni buat loop naik turun bukit ni beberapa kali, sis tak sampai-sampai puncak lagi... hebat.. hahaaa Bukit ini popular dalam kalangan pendaki tempatan kerana laluan pendakian yang pendek hingga sederhana, sesuai untuk latihan kecergasan. Boleh lihat pemandangan kawasan sekitar Bangi, Sepang dan Putrajaya dari beberapa titik. Laluan tanah dan hutan yang sesuai untuk aktiviti hiking dan trail running. First che...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!