Merrimas Villa, Kudat Sabah




Assalamualaikum



Lepas dah pergi Rumah Terbalik tadi, kami pon meneruskan perjalanan ke Kudat. Lalu kat kawasan perkampungan Tuaran dan Kota Belud. Pemandangan yang sangat indah sepanjang jalan.


Perjalanan dirasakan sangat lah jauhhhhhhh dengan jalan bengkang bengkok! Tengah dok syok sembang-sembang tetiba dapat call dari bos aku! Perghhhh apa dia hal yang penting sangat nih! Tetiba aku rasa cuakkk! Angkat-angkat call terus dapat maki! Fuhhhhhh!...... Mengucap kejap! Tapi line pon dah la macam ada tak ada coz dah masuk kawasan hulu nih. Tak berapa nak clear. Bos siap tanya aku, where are you now?? Nak suruh aku balik sekarang ke?? Memang tak lah! hahaaa... Aku pergi sini memang tak bagi tau pon aku nak panjat Kinabalu lagi! Coz nanti kantoilah kalau aku amik mc lagi sebab sakit kaki panjat gunung! hahaaaa

Bos aku call pasal ada orang yang still tak dapat gaji lagi! Aduhhhhhhh............ Kalut la dia kat ofis tuh! Memang masa sebelum berangkat ke Sabah hari tu, aku memang kelam kabut sikit pulun buat kerja. Nak setelkan semua benda tetiba terlupa pasal cheque gaji staff! Oh my god!... Memang mati lah aku bila balik nanti nak menjawab! bhahaaaa... Ermmmm.... aku dah bercadang pon nak berenti kerja sebenarnya! hahaaa..... Memang spoil terus mood aku nak honeymoon! lulz


Aku rasa kerja sekarang ni macam tak kena sangat dengan jiwa aku nih! Jiwa yang suka memberontak, buat benda suka hati, bebas, suka benda-benda adventure, young, wild & free! lulz.. :p Tapi tak pelah, kerja tu untuk hidup, earn for my living & fullfill my pocket for my next adventure! hahaaa

Lama-lama aku rasa bosan buat payroll. Mula-mula memang best & seronok dapat tengok gaji-gaji orang terutamanya bos2 besar tuh! hahaa... Tapi bila buat benda yang sama jer, rasa otak macam dah tepu! Kerja ni sangat analytical & kena sangat detail coz kang tersalah kira, tersalah key in gaji memang masak lah! hahaa.... Setelah buat ujian personaliti masa ada staff retreat, ternyata aku bukan seorang yang analytical thinking sedangkan team payroll yang lain semua dalam group analytical! Nampak tak??? Lulz :p Aku seorang yang expressive. Tapi aku tak de lah suka nak marah @ emo tak pasal-pasal. Mungkin aku ni cepat touching kot! hahaa...

Kalau bab nak uruskan permit mengajar & bekerja aku suka! Sebabnya suka tengok passport pegawai2 dagang! Boleh belek puas-puas! hahaa... Teruja! Satu hari nanti berazam nak jejak kaki kat negara dorang! Tengok passport pon dah cukup excited terutamanya dari New Zealand & Kanada sebab memang cantik passport dorang & boleh glow in the dark! hahaaa... Btw, aku kerja di Taylor's Education. HQ untuk semua anak syarikat Taylor's University, College & School. Sesiapa yang ada background dalam HR, Payroll @ Expatriate Management, boleh lah apply untuk position aku nih! Menggagau lah dorang nak cari replacement coz work scope aku ni special skit kene buat 2 bende yang berbeza, payroll & expat management. 

Sebenarnya aku berenti kerja pon bukan untuk suka-suka. Mungkin dah tiba masanya. Untuk aku mengubah haluan. Mencuba bidang baru yang sangat berbeza. Hope for the best lah in my new career! hahaaa


Hari pon dah nak semakin gelap. Kat Sabah ni, baru pukul 6 tapi dah gelap macam pukul 8 malam. Jalan masih bersimpang siur macam tak nampak tanda-tanda mau sampai! Line waze pon dah tak dapat signal. Macam masuk dalam hutan lalu off-road. Rasa memang jahanam la kereta ni langgar jalan batu-batu, lobang sana sini. Kiri kanan tak de lampu jalan. Fuhhh macam seram pon ade! hahaaa.... Hanya berpandukan signbord je lah satu-satunya alternatif yang ada. Hampir sesat juga lah, patah balik beberapa kali disebabkan salah masuk simpang & jalan tak berapa nak clear di dalam kepekatan malam! Akhirnya, lebih kurang pukul 8 malam, sampai juga di Merrimas Villa, Kudat! Huhhh......



Honeymoon apa ni ada 2 katil! hahaa... Tido sorang satu katil! Cantik jugak bilik dia, besar & selesa. Patut aku hajak geng ramai-ramai boleh sumbat dalam ni. Tapi disebabkan semua tak dapat cuti so hanya aku & Ayu je lah yang datang sini. Terima kasih Tourism Sabah! Dapat hadiah pakej honeymoon nih! Nak bawak bakal suami tak boleh coz tak kawen lagi! Lulz :p


Jumpa katil, landing baekkk punya, terus aku lena tak sedar apa! Tapi si Ayu, katanya tak boleh tido semalam sebab takut bilik besar sangat & takut kalau ada orang ketuk pintu. Dah la ni kat penghujung dunia, tak tau nak lari kat mana dah kalau jadi apa-apa! bhahaaaa.... Memang kuat betul imaginasi dia nih!



Bilik kami dari luar
Cafe



Come with nothing
Leave with sweet memories








Untuk maklumat lanjut, boleh tengok sini :



Tempat ni memang sesuai lah untuk sesiapa yang nak honeymoon sehingga ke hujung dunia! hahaaa



Next, nak ke Tanjung Simpang Mengayau!



Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt