Annapurna Base Camp Packing List



Simpan dulu kat sini.



Packing list ke ABC kadangkala memeningkan. Terutamanya bila anda tidak mengupah porter. Berat sangat, nanti tak larat nak angkat, ringan sangat takut ada barang tak tertinggal. Untuk yang tidak mengupah porter, disarankan tidak membawa terlalu banyak barang, lagi ringan lagi bagus. Berikut merupakan senarai barangan yang korang perlu bawa dan sediakan sebelum memulakan ekspedisi ke Annapurna Base Camp. 

1) Passport

2) Travel Insurans - PENTING. Pastikan travel insurans anda cover emergency evacuation / helicopter evacuation.

3) Visa - boleh buat di Nepal Embassy Wisma Paradise (RM95) atau VOA sebaik tiba di Kathmandu Airport ($25). Harga untuk 15-hari entry.

4) TIMS Card & ACA Permit - Tiada 2 dokumen ini anda tak dibenarkan hiking dalam kawasan Annapurna Sanctuary. Boleh apply di Nepal Tourism Board Kathmandu.

Pada yang tidak mengupah porter untuk mengangkat barang anda, ini senarai barangan yang korang perlu bawa. Mulakan dari bawah.
KAKI

  • 1X Kasut hiking - kalau boleh, bawalah dari Malaysia. Jangan beli di Nepal. Biasakan diri dulu dengan kasut yang akan dipakai. Nak berjalan jauh ni. Pastikan tapak kasut ada grip yang baik dan jenis water resistant. Ada yang syorkan pakai high cut, kerana ada lebih perlindungan pada buku lali. Bagi saya, pakailah kasut hiking yang selesa dengan kaki anda. Ada orang pakai high-cut, buku lali sampai melecet. Saya pakai Karrimor Summit Waterproof jenis low cut pun dah okay. Maka, pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki anda. 
  • 1X Selipar / Sandal - Penting bila nak mandi nanti / melepak di luar bilik atau teahouse pada waktu malam.
  • 2X hiking socks - Pakai semasa hiking. Supaya kaki tak berbau / melecet. 
  • 1X wool socks - Pakai semasa tidur. Boleh beli di Kathmandu. Murah dan pelbagai warna.


SELUAR & BAJU

  • 2X Seluar hiking - Pilihlah seluar yang stretchable, mudah kering dan tahan lasak. Boleh cari di Kathmandu atau di kedai-kedai outdoor berdekatan anda. Bundle juga ada jual. Kena pandai cari. 
  • 1X Seluar untuk tidur - Seluar tracksuit biasa sudah memadai. Pilihlah yang ringan.
  • 10X Disposable underwear - Boleh beli di farmasi terdekat / Tesco / Giant
  • 2X T-shirt dry fit - Pastikan materialnya daripada fabrik polyester. Mudah kering dan tidak menyerap lembapan. Baju daripada material cotton adalah tidak digalakkan kerana menyerap lembapan dan lambat kering. Cotton memang selesa, tapi kurang praktikal untuk cuaca sejuk di Nepal. Terutamanya bila hiking. 
  • 2X Thermal Wear - Boleh dapatkan di Sportsdirect (jenama Campri) / Universal Traveler atau mana-mana kedai menjual barangan musim sejuk. Satu dipakai semasa hiking bersama dry-fit, satu lagi pakai semasa tidur. Tapi most of the time, semasa hiking saya hanya pakai dry fit dan windbreaker saja. Thermal saya hanya pakai semasa tidur.
  • 1X Down jacket - PENTING. Terutamanya bila anda datang pada musim sejuk membeku. Pilihlah yang jenis ringan dah mudah dibawa. Saya pakai down jacket Columbia bundle. RM50 saja. Hehe!
  • 1X Windbreaker - Inilah jacket yang saya pakai sepanjang hiking. Down jacket hanya saya pakai semasa melepak pada waktu malam / keadaan terlalu sejuk terutamanya bila bangun tidur. 


PERALATAN & AKSESORI LAIN


  • Sleeping bag - PENTING! Pastikan sleeping bag yang anda bawa sesuai dengan keadaan di cuaca di ABC. Pastikan anda bawa sleeping bag yang bersesuaian dengan musim yang anda datang. Salah bawa, kesejukan nanti. Saya sewa saja di Kathmandu. Sehari NRs.100-150 (Gore-Tex -25, super selesa untuk musim winter)
  • Topi / Snow cap - PENTING! untuk mengekalkan haba dalam badan. Kerana kebiasaannya haba badan akan hilang melalui bahagian kepala yang tidak bertutup.
  • Headlamp - Perlu. Terutamanya bila dah malam.
  • Polarized sunglasses - Ada je polarized sunglasses yang murah. Saya beli RM25. Sahaja. Macam mana nak tahu cermin mata itu polarized atau tidak? Rujuk video ini - https://www.youtube.com/watch?v=bAb...
  • Glove - Saya cadangkan beli wool glove. Lebih menghangatkan berbanding anda beli glove The North 'Fake' di Nepal. Tak pun beli waterproof glove Karrimor di Sportsdirect. Mana-mana yang anda rasakan selesa. 
  • Hiking pole - PENTING! Jarang saya lihat hikers menuju ABC berjalan tanpa hiking pole. Hiking pole bertindak sebagai kaki ke-3 anda dan juga menjimatkan penggunaan tenaga terutamanya ketika mendaki. Saya hanya pakai hiking pole yang dibuat daripada kayu. Rs. 50 (RM2) sebatang. Beli di Nayapul, starting point saya. Selesai hiking, buang saja. Hehe.
  • Tuala mandi - Rasanya tak perlu bawa yang saiz besar. Kerana ia makan space. Bawa saiz kecil pun dah ok. Microfiber towel lebih afdal. 
  • Serbuk pencuci - PENTING! Bawa 2 helai baju saja kan? Takkan nak pakai baju busuk berulang kali. Dah basuh, sangkut dekat bag sambil hiking dah boleh kering. 
  • Toiletries, lip balm, sun block, moisturizer jangan dilupakan. 
  • DIAMOX - pil jika anda terkena AMS, boleh beli di farmasi di Nepal.
  • Aquatab - untuk letak dalam air sebelum anda minum, beli dimana-mana kedai outdoor di Nepal. Saya beli, tapi tak guna langsung, haha.
  • Gula-gula berangin - seperti Hacks, Strepsils, Fisherman’s Friends atau Woods. Sakit tekak amat mengganggu kelancaran perjalanan anda. Terutamanya bila hiking pada musim winter yang keadaan cuacanya kering dan dingin.
  • Ubat-ubatan seperti panadol, minyak gamat, ubat batuk, pil Chi Kit Teck Aun, handplast, bandage serta sebarang ubat-ubatan peribadi yang dirasakan perlu, jangan lupa masuk dalam bag.
  • Botol kosong 1L menyimpan stock air sepanjang hiking. Anda akan melalui guest house dan tea house yang anda boleh refill botol air anda. Semakin tinggi, air semakin mahal. 
  • Camera - SANGAT PENTING. Bukan selalu datang ABC kan. 


OPTIONAL

  • Gaiter & crampons - Kedua-duanya berguna bila anda hiking pada musim salji yang tebal. Tak ada pun tak mengapa.
  • Yak wool blanket / jacket - Sangat selesa dipakai terutamanya pada cuaca yang sejuk. Diperbuat daripada bulu Yak yang tinggal di atas pergunungan Himalaya.
  • Lilin IKEA & cili padi - Kedua-duanya berguna dikala waktu terdesak, terutamanya bila dah tak tahan sejuk. Lilin dalam mangkuk aluminium IKEA boleh dinyalakan untuk menghangatkan sedikit tangan yang membeku. Cili tu janganlah makan banyak sangat ya!
  • p/s Buat research sedikit mengenai layering clothing system supaya anda faham apakah kegunaan down jacket, thermal wear, windbreaker etc. 
  • Anda juga boleh tinggalkan sementara barangan yang anda rasakan tidak perlu dibawa naik ke atas di Guest House yang anda menginap. Kebanyakan guest house membenarkan barangan hikers disimpan di permis mereka untuk sementara. Kesimpulannya, packinglah beg anda sebaiknya. Ketahui musim kedatangan anda ke ABC sebelum mulakan packing barang. Khuatir salah bawa, menyesal nanti. Sebolehnya jangan lebih daripada 10KG. Lebih ringan lebih bagus. Selamat berpacking!



Kredit to : Erik Hassan



Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt