ANNAPURNA BASE CAMP




My wishlist! Good info! Simpan dulu kat sini, for future reference.


10 TRIVIA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENJEJAKKAN KAKI KE ANNAPURNA BASE CAMP





1) Perjalanan untuk sampai ke Annapurna Base Camp tidaklah sesusah mana. Tapi itu tidak bermaksud treknya mudah. Hanya perjalanannya yang panjang diikuti dengan Acute Mountain Sickness (AMS) yang menjadikan perjalanannya sedikit sukar.


2) Seorang hikers yang memiliki fitness level sederhana mampu untuk sampai ke Annapurna Base Camp. Apa yang anda boleh lakukan sebagai persediakan sebelum ke Annapurna Base Camp adalah banyakkan squat atau panjat tangga bersama bebanan 5-10KG sudah memadai.

3) Anda tak perlukan guide untuk sampai ke Annapurna Base Camp. Trail menuju ke ABC sangat jelas, anda tak mungkin sesat melainkan anda buat laluan sendiri. Papan pandu arah juga merata diletakkan. Jika anda sesat sekalipun, kadang-kala ada sahaja warga tempatan yang lalu lalang turun/naik menggunakan route ABC tersebut. Malu bertanya, sesat jalan. Jadi tanyalah mereka! Mudah kan? Tetapi itu tidak bermakna mengupah seorang guide tidak penting. Mereka ibarat tour guide / local representative yang berpengalaman sekiranya ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda.

4) Perlu diingat, semakin anda hampir ke ABC, semakin tinggi perbelanjaan makanannya. NRs.1500-2000 adalah mencukupi untuk perbelanjaan sehari. Kos termasuk makan, minum, dan juga penginapan. Average sekali makan termasuk minum adalah NRs.500. Average penginapan satu bilik dengan 2 kamar adalah NRs.300 per malam.

5) Terdapat banyak guest house/tea house untuk anda menginap di sepanjang kampung-kampung yang anda lalui. Jadi tak perlu khuatir ketiadaan bilik kosong untuk anda menginap. Membawa khemah tidak digalakkan melainkan anda rajin memikul khemah tersebut sehinggalah ke ABC.

6) Di sekitar Annapurna Sanctuary, binatang seperti ayam/kambing/lembu/kerbau adalah dilarang disembelih bagi menghormati agama yang mereka anuti. Jadi kebanyakan menu mereka adalah daripada sayuran, kekacang dan telur. Makan saja! Tak perlu risau.

7) Untuk membeli kelengkapan hiking, anda boleh beli di Thamel Road, Kathmandu. Di situ merupakan syurga kepada hikers untuk mendapatkan hiking gears mereka, kerana kebanyakan peralatan hiking boleh didapati dengan harga yang murah. Anda juga boleh beli di Pokhara, harganya lebih murah berbanding di Kathmandu.

Sebenarnya tidaklah murah mana peralatan hiking di Nepal. Ada yang murah, tapi harga yang anda bayar kadang-kala tidak berbaloi, kerana apa yang anda dapat di Kathmandu kebanyakkannya adalah tiruan. Contoh, berdasarkan survey yang telah dibuat oleh penulis, harga windbreaker di Sportsdirect / Bagak Outdoor / Abemat Basecamp lebih murah berbanding windbreaker di Kathmandu. Yang penting Original. Termasuk juga harga hiking pants jenis stretchable. Lebih murah jika anda survey dalam group FB Kedai Outdoor Malaysia. Tepuk dada Tanya selera. Apa yang boleh penulis cadangnya, di Nepal, anda hanya perlu beli snow cap, glove, hiking pole, rain cover dan aksesori-aksesori tambahan. Peralatan utama ada lebih baik anda sediakan dari Malaysia.

8) Bagi penulis, musim yang paling menarik untuk anda sampai ke Annapurna Base Camp adalah pada akhir bulan Disember iaitu pada musim winter. Walaupun winter, salji pada waktu ini tidaklah setebal pada bulan Februari. Dan benda yang paling best, tak ramai hikers memilih untuk hiking pada bulan Disember, terutamanya pada hari Krismas. Jadi anda dapat hiking dengan tenang kerana trek tidak dipenuhi dengan hikers. Berbeza pada bulan/musim yang lain, trek menuju Annapurna Base Camp bagaikan Broga di hujung minggu !

Antara sebab lain kenapa anda harus datang ke ABC pada musim winter kerana cuaca sepanjang perjalanan menuju ABC sangatlah clear. Langit sangat biru tanpa awan yang banyak. Tiada debu/kabus menjadikan pemandangan sepanjang perjalanan menuju Annapurna Base Camp mengasyikkan.

9) Kebanyakan rakyat Nepal suka akan kehadiran orang Malaysia. Mungkin kerana mereka / sanak saudara mereka ada yang pernah bekerja di Malaysia. Yang lebih mengkagumkan, walaupun usia mereka sangat muda, kebanyakan anak Nepal fasih berbahasa Inggeris walaupun mereka tinggal di ceruk gunung ganang. Jangan terkejut, ketika anda sedang hiking di balik gunung ganang menuju Annapurna Base Camp, ada pengembala kerbau warga Nepal yang menegur anda dalam bahasa Melayu.

10) Nepal bukan seperti India yang penuh dengan scam. Mereka lebih mesra dengan orang asing. Jika anda tak tidak mahu beli, mereka akan move on. Tiada hard selling berlaku. Begitu juga dengan taxi. Tiada mark up yang melampau seperti di Cambodia/Vietnam. Yang ada hanyalah kebolehan anda tawar menawar dengan mereka.

Jadi apa tunggu lagi? Cepat beli tiket ke Kathmandu sekarang dan mulakan eksplorasi anda di Nepal! Tahukah anda, 8 puncak tertinggi di dunia berada di Nepal !

P/s: Nukilan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis yang pernah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp tanpa guide & porter. Segalanya disusun sendiri. Beliau sedang membuat persiapan untuk ekspedisi ke Everest Base Camp secara backpack pada hujung tahun 2016. 
----------------------------

NOTA TAMBAHAN PART 1: Average harga untuk penerbangan AirAsia/Malindo ke Kathmandu adalah RM1200-1300 (bukan harga promo)

Jika anda bercadang untuk datang ke Nepal pada bulan Disember-Januari, tiket termurah yang boleh anda dapat adalah berharga RM535 dengan menaiki AirAsia. Kebiasaannya sale untuk penerbangan ke Nepal pada bulan Disember-Januari adalah pada sale bulan March. Jika anda terlepas sale pada bulan March, usah khuatir, sale AirAsia pada bulan September masih ada! Tapi harganya mahal sedikit dalam lingkungan RM700-RM800. Ini berdasarkan pemerhatian saya! Selamat mencuba!

NOTA TAMBAHAN PART 2: Dengan kos serendah RM1715, anda boleh sampai ke ANNAPURNA BASE CAMP. Mari saya tunjukkan pecahan kosnya.

ANNAPURNA BASE CAMP (10 hari)
> Flight KL-Kathmandu-KL: RM600
> Visa: RM95 
> Insurans: RM55 (AXA VIP Smart Traveller)
> TIMS Card: RM80
> ACA Permit: RM85
> Daily expenses include transportation, accomodation & foods: RM80/day. So 10 hari = RM 800

GRAND TOTAL: RM 1715 (ALL IN)
p/s: RM80 sehari tu dah dikira selesa dah. Kenyang. Kalau anda ikut panduan ni, Insyallah takkan overbudget.



Kredit to : Erik Hassan






Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Hidden Treasure Hunt